Tuan-tuan & puan-puan,
Cik Kiah, Cik Jenab dan segala Cik Cik Cak Cak Cicak pun bleh.
Mari memasak bersama. Hari ini Cik Mont ingin membuat demonstrasi masakan (cewah!). Masakan ni sonang yo! Pejam mato pun bleh buat punyo. Tapi Cik Mont tunjuk gak la noo.. mana tahu ada yg teringin tapi tak tahu pulak buat kan. Atau ada tetamu-tetamu rumah Cik Mont yg makan makanan ni kat rumah Cik Mont dan sukaaaaa sangat sampai tak mahu balik tu kan. Haaa.. silalah masak sendiri di rumah masing2 yooo..
Ok. Mari mula.
Bahan2: Spaghetti + udang + cendawan shitake + tomato + bawang putih + minyak masak
Mula-mulaa…
Rebus spaghetti sampai la berciri2 boleh di makan. Letak minyak sikit masa rebus tu yaa.. kang lupa plak kalo tak cakap. Maklum ler masak pun setahun 3 kali je kan? Hekss… bila dah lembut toskan dan letak tepi. Ambik kuali pulak. Panaskan minyakk.. dan…
… masukkan bawang putih, udang, cendawan… tumis tumis sampai naik bau…
…. masukkan cherry tomato ke dalam. Ada yg suka letak tomato last. Terpulanglah. Saya suka tomato tu masak sikit…
Then.. masukkan serbuk cili kasar.. ikut suka la nak pedas camner kan… saya letak sikit je..
Akhir sekali masukkan la spaghetti yg dah di rebus tadi tu…
Gaul… gaul… gaul… sampai sebati..
Dah siap.. letak dlm pinggan bunga2 feberet Cik Mont… sonang kan?
Jemput makan… nom nom nom nom nom…
4 ulasan:
ena suka lg bolenese lg..
nyum nyum nyum
tak jemput mkn pun cik mont :p
eiyra akak kalau masak olio letak bawang putih sebiji2..tumis sekali..mantap..ha.ha tapi bukan akak makan pun, Mr Seyit Karalah..he.he
uishhh.. bistu dia kunyah2 la ehh.. adeiii.. saya tak bleh kunyah bwg putih byk benor.. huhu..
apakah beza ant spegeti bolognese dan spegeti olio?
i prnh mkn yg bolognese saje, olio tak prnh...kalau sedap mahu try :D
Catat Ulasan