Ngeh~
Hari ni buat pertama kali dalam hidup saya buat kueh talam berlauk. Wakakakakak..
Yelaa… saya bukan pandai masak pun. Tapi belajar sedaya upaya utk masak. And alhamdulillah so far saya boleh masak makanan yg family saya suka. Kalau dah usaha mestilah ada hasilnya kan.
Tak sesia saya beli majalah Rasa every month. Tak cukup dgn tu up lagi dgn beli buku2 masakan sana sini.
Dan hari ni catat rekod bila kueh talam berlauk saya menjadi. Ada bakat masak rupanya tangan gebu saya ni. Ngeh~
Ok. Take note. Next time daun2 tersebut mesti dikurangkan. Saya letak banyak sangat sampai tenggelam lauknya. Maklumla ni first time buat kan. Lagipun saya tak pernah beli dan makan kueh ni. Sbb saya tak suka. Hehe.. tapi saya belajar buat sbb ada org tu suka.
Selain dari dedaun yg merimbun tu taste wise perfect. Bancuhan adunan pun bagus. Tak keras kedaung dan tak lembik nyotnyet. Kira perfect gak lah.
Saya dah bagi si penggemar kueh ni satu bekas dan beliau kata “Lulus!”
Terima kasih. Tahniah utk diri sendiri kerana effort yg tidak sesia.
Ngeh~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan