Jumaat, November 26, 2010

Buat baik di balas kenyang~

Semalam sewaktu saya sedang bertungkus lumus menyiapkan tampalan demi tampalan scrapbook kedaung tu tetiba perut terasa lapar. Saya terus bangun dan ambil diet shake dari peti sejuk. Sambil minum saya teman emak tonton tv.
Sejak akhir2 ni emak selalu sakit pinggang. Mana tidaknya, emak tak jaga pemakanan langsung. Kalau sebelum puasa dulu saya latih emak minum HL shakes dgn saya elok je kesihatannya. Saya syak punca emak sakit pinggang adalah sbb dia makan buah kuini santan byk sangat. Pokok kuini di kebun emak berbuah lebat. Dan buahnya elok. Tak ada ulat. Tak ada busuk. Lagilah emak suka.

kuini Gambar kredit pada Google. Macam inilah dia makan kuini tu. Letak santan. Letak gula. Makan sampai puas tekak. Saya tak sentuh langsung. Sbb utama tak mahu makan santan lemak berkrim. Walaupun bau kuini ni memang semerbak sebuah rumah.
Balik pada cerita emak sakit pinggang tadi. Lepas habis shake saya, emak minta tolong ambilkan air panas dan garlic oil. Saya pun ke dapur. Hulur air panas semug dan sebiji garlic oil. Lepas tu saya terus kembali ke meja dan sambung kerja menampal.
Lebih kurang 10 minit lepas tu emak masuk ke dalam bilik. Emak kata “Di sebabkan tadi ko tolong ambil air panas jadi ni mak bagi upah roti sandiwch satu”. Hahaha..
sandwich Kredit gambar kepada tuan empunya blog tersebut. Saya pinjam gambar sbb begitulah rupa roti sandwich yang emak bagi. Telur dadar campur mayonis sikit dan sos pencicah. Emak pesan “Jangan makan sekarang. Makan bila dah siap kerja”.
Dan sebagai anak yg patuh lepas siap semua kerja saya pun ngap sandwich tersebut. Kedaung lah diet. Tapi takpe. Cakap emak jangan di lawan. Rezeki jangan di tolak.
Tamat kisah “Buat baik di balas kenyang”.
Signing off,
signature

Tiada ulasan: