Sabtu, Disember 18, 2010

Menggelupur~

Genap lagi 7 hari.

Menggelupur dik non.

Menggelupur sbb rumah belum pun siap kemas lagi.

Menggelupur sbb hantaran pun belum siap 100% lagi.

Menggelupur sbb hari ni nak pegi ambil baju tunang.

Menggelupur sbb tudung pun belum cari lagi.

Menggelupur sbb …. bla bla bla…

Haihhh…

Utk mengurangkan kadar menggelupur yg melanda hari ni nak masak asam pedas melaka ikan selar.

Hamik ko! Sekali masak pulak. Pastu makan. Pastu menggemok lagi dan lagi dan lagi. Lepas tu menggelupur berpanjangan. T____T

Beginilah nasib kalau semua kena buat sorg2 ye. Org lain kawen pun haku yg sibuk tonggang tonggek. Haku kawen pun lagi la tertonggeng terus. Kejam betul.

Grrr….

Tu je nak cerita. Kang kalau rupa paras asam pedas tu semenggah boleh la ceritakan dlm blog. Kalau takde tu maknanya ada 2 sebab. Pertama sbb rupa yg tak boleh terima dek akal. Kedua sbb sedap sangat dan jelita sangat kekdahnya masakan tu sampai teruja melampau lalu tak sempat snap pic udah kehabisan.

Hikss..

Signing off,

signature

Tiada ulasan: