Pejam celik pejam celik dah tinggal 10 hari je lagi?
Aisehhh.. saya punye selamba ingatkan tunang takde hal besarrr.. sekali sudah tersilap. Rupanya TETAPP banyak persediaan. Jadi disebabkan lagi 10 hari nak majlis baru sedar maka sekarang adalah menggelupur. Gegegege.. T___T
Apa yg saya perlu/dah buat so far?
Baju tunang – Sabtu ni ambik dari tailor
Makeup – memula tak nak makeup.. nak makeup sendiri la konon.. sekali lupa diri sendiri adalah nan ado tahu makeup.. jadi Sabtu ni jugak gi discuss dgn mak andam (mcm mana la rupana haku nanti?)
Veil – nak kena pakai gak ke aaa? Hishhh..
Hantaran – segala polistrin dah balut, kotak dah hias, bunga dah godek, alas dulang mak dah beli baru (baekkk punye!). Tinggal nak isi jela nanti. So considered done! Wah! Efisyen jugak :p
Photographer – nan ado. Budget tak lulus. Sila snap muka sendiri je.
Mini Pelamin – tabir dah pasang. Kerusi belum bawak turun dari bilik. Aritu bawak naik atas konon nak sarung cincin dlm bilik. Sekali kena gak dok tgh khalayak ramai. Bunga kiri kanan pelamin belum gubah. Malasnya haku nak buat. T__T
Lagi apa? Entah ler. Bukan boleh harap sangat haku ni. Isk.
Nenanti je cerita lagi.
Tata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan