Pagi tadi hujan. Sewaktu sedar dari tidur saya sudah fikir bagaimana urusan mandi jenazah nanti. Emak kata rumah diorang ada porch. So jgn risau pasal hujan. Saya, emak dan makcik ke rumah anak dan menantu arwah pukul 8.30. Org sedang bersiap utk mandikan jenazah. Jenazah tu pulak mahu di bawa ke Bagan Datoh utk dikebumikan. Yg paling sedih adalah tiada seorang pun anak lelaki arwah yg ada utk mandi dan kafankan jenazah. Semua sudah ke Bagan Datoh sedangkan saya rasa moment yg penting adalah saat mandi dan kafan. Bukannya kebumi. Hmmm…
Cerita lain pulak. Esok adalah kelas pertama saya semester akhir ni. Perasaan seperti biasa risau. Risau nak cope dgn subject baru. Risau dgn pensyarah yg kali ni agak tough. Tapi takde pilihan lain. Mesti hadap juga. Hanya tinggal 5 bulan saja lagi. Dah bertahun2 perjuangan masters takkan 5 bulan tak boleh hadap kan. So kena motivate diri lebih sikit. Bila tengok akademic calendar tadi rupanya semester dpn start bulan September. Wah! Lamanya cuti ek. Bagus jugakla. Boleh saya concentrate urus hal kahwin. Eh.. silap. Urus hal project paper daa.. Hiks….
Masalahnya tajuk pun nan ado lagi ni. Hmmm.. runsing sungguh la. Ni yg nak tak nak kena gak bertapa di library bila time free. Kena disiplin sikit la semester ni nampaknya. Kalau tak habislah saya.
Okla.. saya stop sini. Hari ni satu hari mata saya kurang selesa. Macam ada semut masuk pulak. Mengapakah? Pftttt~
Signing off,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan