Hari ni saya keluar dgn En Cipetos. Mulanya nak pulangkan pinggan mangkuk yg di guna masa hantaran hari tu. Kebetulan pulak si Cipetos ada kerja di the Curve jadi ke Curve sana. Saya actually nak ajak dia mkn prosperity burger nun. Jadi sekali harung ke sinun sudah.
Dlm perjalanan ke Curve melalui NKVE saya tanya “Apa beza sebelum dan selepas tunangan?”
En. Cipetos jawab “Tak de beza apa pun”.
Exactly. Saya pun rasa sama je. Takde rasa extraordinary ke hape ke. Sama je pun. Cuma maybe sbb ada title tu jadi En. Cipetos acts lebih bertanggungjawab la. Contoh, kalau saya lambat turun kereta maka dia akan membukakan pintu. Begitu. Kalau saya nampak terhegeh2 bawak beg plastik soping ke hape maka dia akan ambil dan bawakkan. Hehe..Yg lain sama je dik non.
Selain dari tu percakapan pun jadi makin baik kot. Kalau dulu kalau tak mengarok bukan ler namanya berjumpa. Sekarang ada sikit man man gitu…
So.. kesimpulannya memang benarlah apabila sudah terbuka jalan utk membina masjid maka berdoalah semoga semuanya dipermudahkan. Dan memang benarlah tujuan Allah mewujudkan institusi perkahwinan itu ada keajaiban yg tersembunyi.
Jadi mana yg bercinta tu mari kita ambil selangkah ke jalan lebih diberkati Allah. Semoga kehidupan kita lebih diberkati dan terselamat dari fitnah dan gangguan syatonirrojim yg menyesatkan.
Signing off,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan