Khamis, Jun 02, 2011

Hantaran hunting Part 2 - Kasut

Sebagai seorang yg berkaki saiz mak gajah (saiz 9 sometimes 10) mmg misi mencari kasut adalah payah. Mana taknya, asal masuk kedai kasut semua yg sesuai utk wedding adalah tak muat. Sabor jelah. Sampai rasa nak give up pun ada. All this while kalau beli kasut casual or merepek2 tu ada je pulak. Nak mencari kasut pengantin mmg ler dugaan betul. But alhamdulillah.. semua sudah setel. Dan sekarang saya sudah ada 4 pasang kasut utk wedding.
Hahahaha.. yes. You read it right. Empat pasang kasut utk wedding je. Dari memula susah nak beli kasut tetiba dah dapat 4. Hehe..

nikah shuz Kasut #1

Kasut kuning ni beli kat vincci je. Kebetulan ada sale. Dan matching dgn outfit akad nikah saya nanti. Yes. Warna outfit utk akad nikah adalah kuning. Tak nak beli warna putih or cream sbb nanti afterwards mmg takkan pakai dan itu membazir. So beli kuning kekdahnya. Kasut tu nanti kalau rajin boleh DIY sikit bagi menyerlah. NEXT!

bertandang Kasut #2

Kasut warna lilac ni utk majlis bertandang. Sepatutnya beli utk dipadankan dgn outfit resepsi di rumah saya tapi bila balik tgk langsung tak matching. Nasib baik match dgn baju bertandang (baju bertandang adalah baju tunang ye). Recycle baju tunang sbb sayang giler kot baju tunang ni. Dah ler mahal. So mahu pakai lagi. Ni warna favourite emak saya. Sekarang sudah jadi favourite saya juga. Kata anak emak kan. Mesti la serasi gitu. NEXT!

hantaran kasut Kasut #3

Kasut seterusnya adalah kasut utk diletak di atas dulang. Warna kasut adalah bukan hitam. Sbb mahu lari warna2 kebiasaan. So beli mcm maroon merah. Tunang saya yg suggest sbb saya dah bagi tahu awal2 tak nak beli handbag warna hitam. Saya kekonon nak beli handbag pink. Tapi nan ado beli pink pun. Beli sama warna kasut ni jugak. Hehe.. misi mencari handbag nnt entry lain ye.
FYi, kesemua kasut di atas adalah kasut tumit rendah. Dlm 1 inci je heels deme. Nan ado bertumit tinggi pun sbb pakai mestilah utk keselesaan di hari bahagia mahupun di kemudian hari. Konsep membeli kasut ikut petua emak adalah mesti kasut tersebut selesa di pakai semasa bertandang ke rumah saudara mara dan sesuai di bawa bersantai ke mana sahaja. Thanks to emak sbb sentiasa jadi image consultant merangkap penasihat merangkap pengurus peribadi saya. Waakakaka..

wedding shuz Kasut #4

Ingat tak tadi saya kata kasut lilac tu tak match dgn warna outfit resepsi belah saya? So disebabkan itu emak kata beli je kasut warna silver/putih. Sbb kang salah beli lagi. So end up dpt beli kasut yg bebetul utk wedding. Bertumit. Dlm 2 inci kot. Just nice la jugak. Takde rasa sakit kaki sbb mmg cutting utk plus size. If only jumpa kasut ni dari awal for sure kasut #1 dan #2 di atas tidak akan dibeli. Tapi tulah kata orang rezeki utk si penggila kasut ni kan. Maka dapat la kasut secara banyak. Tersengih sampai telinga ler haku. Ngee..

Oklah.. nanti cerita lagi. (Mmg tulis perenggan penutup selalu tak best :p)
Daa..

2 ulasan:

_fyth_ berkata...

waaahhh...banyaknye ^_^

Eiyra Mokhtar berkata...

heheheheh :p