Khamis, Ogos 04, 2011
DIY Nikah Shoes
Selasa, Ogos 02, 2011
*edited* Update persiapan~
*Baju akad nikah – pun sama nasib seperti di atas.
*Baju bertandang – checked
*Tudung nikah, resepsi & bertandang - belumm.. rasa mcm nak pakai niqab masa akad nikah.. donno la.. hmm..
*Baju melayu Cipetos -
*Catering, khemah pengantin & outdoor settings – All by Mutiara (RM9.80/pax) - (Dep: RM500)
*Bilik pengantin – RM**** (Dep: RM100)
*Mak andam – RM700 (Dep: RM50)
*Pelamin – RM1000 (Dep: RM50)
*Cenderahati tetamu (700 pcs)
*Sticker utk cenderahati
*Bahulu
*Air moneh
*Organza bag
*Kompang (Mlm berinai & Mkn beradab)
*Hantaran (15 dulang)
*Borang nikah - Sabtu ni buat.. insyaallah
*Kursus nikah – checked
*HIV test – checked
*PA sistem & DJ – belum!
*Kad jemputan - RM580 (Dep: RM50)
Khamis, Jun 02, 2011
Hantaran hunting Part 2 - Kasut
Hahahaha.. yes. You read it right. Empat pasang kasut utk wedding je. Dari memula susah nak beli kasut tetiba dah dapat 4. Hehe..
Daa..
Jumaat, Mei 20, 2011
Hantaran hunting Part 1
Haii..
Kalau tengok kat atas tu mesti tahu lebih kurang 6 bulan je lagi sebelum majlis pernikahan saya. 6 bulan tu tak lama tau. Percayalah! Sbb bila kita tgh elok ke melepak tetiba je dah sampai hari tersebut. Masa memang bergerak pantas sekarang ni. Sekejap je dah malam. Sekejap je dah Jumaat. So perlu alert.
Nih nak cerita pasal hantaran hunting yg saya dan tunang saya buat 2 minggu lepas. FYI, masa kami bertunang mmg takde langsung benda2 berunsur barang. Semuanya makanan je. Saya yg nak begitu sbb nak memilih barang hantaran kita mestilah secara teliti dan mengambil masa kan. Mesti berpuas hatilah. Jadi masa nikah nanti baru bertukar hantaran barang2. Memang leceh la sbb dua kali kena buat hiasan hantaran tu semua. Tapi takpela. Sendiri yg buat kan. Kalau upah org baru kena fikir dua kali. Hehehe..
So kisahnya saya dan dia ke Subang Parade. Konon nak survey perfume. Sekali dia kata beli je terus. Senang. Yes. Secara tak langsung sesi hantaran hunting berlaku hari itu tanpa perancangan. Masing2 beli perfume set yg sama. Kami pilih DKNY je. Sbb Be delicious adalah perfume pujaan hati saya. Gembira. Dapat pulak voucher RM50 dari Parkson tu lagi lah bagus. Boleh tolong sponsor barang lain pulak.
Ni saya punye.
![]()
Ni dia punye.
Tips membeli perfume: Masa salesgirl tu wrap perfume tu sila minta free items utk mensemakkan set hantaran perfume kamu. Baru meriah. So perfume set DONE. NEXT!
Day 2 kitorg buat hantaran hunting tu lokasinya bertukar ke Sunway Pyramid pulak. Sbb lebih byk kedai. Jadi lebih byk pilihan. Dan lebih penat berjalan. Secara tak langsung kamu sudah berbrisk walk. Oh.. sila bawak buku catatan bersama utk memudahkan kamu menanda apa brg yg hendak dibeli. Lepas selesai beli satu barang boleh duduk sebentar di bench2 tepi mall tu dan bincang sejenak. Hahaha.. padahal pinggang dah sakit dok berjalan sana sini.
Lepas setel beli perfuma tu dia nak beli seluar slack pulak. Seluar slack nak buat hantaran? Amboi amboiii.. takpe. Kita layan je. Tengok2 seluar kat Parkson tu takde satu pun yg dia berkenan. Ya. Parkson selalu jadi tempat skodeng barang yg pertama. Tapi bab pakaian selalu tgk je. Tak beli sbb kurang menepati selera dan bajet. Bajet tu penting di kawal ya. Saya ajak masuk Marks & Spencer. Sesaje menyinggah je. Yes. Ada pulak yg dia berkenan. Terus try dan bayar. Eh eh.. senangnye pulak shopping barang hantaran ni.

Lebih kurang macam ni la seluar dia. Nak buat seluar kerja katanya. Zass.. DONE lagi. Next!
KASUT!
Saya dah puas pusing Sunway Pyramid tu. Setiap kedai kasut saya masuk. Charles & Keith pun saya terjah tapi satu pun takde yg berkenan. Kalau ada pun mesti tinggi. Tak kuasa ler nak pakai high heels pulak. Tak selesa. So misi membeli barang ni semua adalah mesti semuanya akan di pakai. Jadi selesa tu penting. Bukan org lain yg keluar duit. Bukan org lain punye brg hantaran. Tapi kita! So fokus adalah apa yg kita selesa. Penting tu.
Kisah seterusnya.. nanti saya sambung. Hihihi.. Nak pegi iron baju sat. Esok ada one whole day meeting.
Till then..
Tata :)
p/s: All pictures credit to Google.