Akad nikah kami buat waktu malam. Sbb konon after nikah terus buat malam berinai. Tapi majlis berinai takdelah diberi perhatian sangat sbb saya budget tak ramai org nak datang. Sekali anggapan saya salah. Salah besar. Sbb org adalah ramai dan sgt meriah. Rombongan keluarga hubby pun dah lebih 50 org. Nak dijadikan cerita makanan utk malam tu kami cater hanya utk 50 org sahaja. So disebabkan org sudah terlebih maka lauk tambahan utk kenduri esoknya kita keluarkan sekali.
Paling tak sangka sbb ada keluarga sanggup datang dari kampung utk raikan pernikahan saya. Bila saya turun dari bilik saya tgk hall rumah sudah sendat dgn tetamu. Jgn tanya sama ada saya nervous atau tak. Percayalah saya langsung tak rasa apa pun. Hihihi.. makcik saya kata dasar kulit buaya. Keras nok! Org menikah feeling2. Saya tak kosser nak feeling. Kang haku nangis kang habis rosak susu sebelanga. Hehe.. tp ternangis jugak la masa salam2 peluk mak semua. Yelah. Mesti ingat abah punye. Nampak je kontrol macho di situ. Padahal hati bukan kuat sgt pun. Cuba kuat sahaja.
Ok.. suami saya lafaz akad nikah 2 kali. Kali pertama sbb dia tergagap masa sebut nama. So Dato' Mufti suruh repeat. Oh..saya rasa sgt berbesar hati sbb Dato' Mufti sudi jadi salah seorang saksi pernikahan saya. Utk makluman dia merupakan salah seorg murid arwah abah saya. Kebetulan pulak dia juga pengetua masa saya sekolah menengah. Jadi maybe sbb tu beliau sudi dtg jugak. So after lafaz kedua maka saya dan si dia sah menjadi suami isteri. Saya tengok hubby mcm sebak. Tp saya adalah berhati batu. Terimalah saya seadanya ya. Hiks..
Lepas setel akad tu suami tunaikan solat sunat dulu. Then baru kita teruskan acara sarung cincin. Tp saya takde cincin. Saya pilih rantai tangan. Saya bagi suami je cincin. Haha.. ini lagi kisah lucu. Masa suami nak serahkan cek mas kahwin dia boleh hulur macam tu je. Seolah2 macam "Nah! Amik cek ni". Takde cakap apa pun. Hahaha.. maybe dia nervous tak habis lagi kot. Saya pulak terimalah cek tu dgn muka mcm tak pernah tgk cek. Akekekeke.. lawak betul. Pengantin perempuan mmg hampeh. Langsung tak tahu mengkontrol suasana. Tak abis2 main2 saje.
Masa acara sarung gelang/cincin tu saya tengok pasukan kompang tgh setting tempat duduk. Masa akad nikah diorg duduk luar. Maybe nak bagi peluang pada tetamu dan ahli keluarga je kat situ kot. Then dah habis semua baru diorg masuk set up semua. Saya nampak ada rebana. Err.. rebana ke nama dia? Yg besar mcm gendang tu? Alah..belasah jelah ye. Ada video masa tu. Nanti saya cari balik. Cuba bayangkan diorg main kompang dlm rumah. Gedegung gedegang bunyinya. Jantung saya macam bergoyang2 je. Neighbour saya pun teruja. Dia ckp dgn mak tak pernah tgk org kawen mcm ni. Kat sini la. Kalo kat tempat lain tu ada je. Maybe dia tak pernah tgk la kot. Fuhh! Tak sangka la haku kahwin mcm gitu. Mcm suasana kat kampung je. Impianku bab tu tercapai. Mmg pernah ckp kat mak bestnya kalau kawen suasana mcm kat kampung. Sbb masa saya kanak2 saya sgt rajin pegi rumah org kawen kat kampung mlm2. Jadi saya gembira dgn suasana begitu. So alhamdulillah. Merasa lah kan. So masa tu saya dan suami duduk atas pelamin. Walaupun rasa mcm "apa kes la kena duduk semua org tgk ni" tp pasrah jela. Kalau sesiapa nampak muka cuak den buat2 tak nampak jela yo. Takde acara merenjis ke mencampak ke membaling inai dilakukan. Hanya sekadar duduk posing mcm raja sambil dgr bunyi kompang gedegung gedegang sambil org berpusu2 ambil gambar. Makcik saya kata mcm retis ko ramai ngambik gambo. Hahahhaa.. biasalah. Kata pun pengantin gems. Jarang di dapati kan. Org nak kawen kurus. Haku kawen makin gems. So jgn bg haku stress. Ni pun stress dah gems. Opss..
Setel bab nikah. Setel bab hukum. Seterusnya majlis resepsi. Esok jelah saya sambung cerita ya. Mau layan #SuperSpontan.
Nite2.
3 ulasan:
tahniah lah awok 2..heheh
kelakarlah awak ni :P takpe yg penting dah selamat!
Alhamdulillah ...ijab dan kabul selesai.
Catat Ulasan