Memaparkan catatan dengan label Bloggers. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bloggers. Papar semua catatan

Khamis, Mac 03, 2011

Hari Bertemu Pelanggan~

Tajuk macam ye ye je berniaga juta juta. Hehehe.. takde la.. saja je buat tajuk macam tu supaya ada semangat kental sikit. Chaiyok!
Kisahnya beberapa hari lepas (errr.. minggu lepas la sebenarnya) saya ke Sogo (setelah lebih setahun tak jejak kaki ke Sogo) utk berjumpa dgn kak Norhayati Berahim dan rakan-rakannya yg berminat dgn bookmark saya. Seperti biasa KL adalah azab dgn trafik jem. Huishhh.. nasib baik yg memandu bukan saya. Sedangkan duduk di sebelah pun sudah pening inikan pulak mahu memandu? Adeii.. awat la hang KL trafik teruk sangat! Setelah di kaji apa punca rupanya jem sbb laluan masuk ke parking Kompleks Pertama tutup sbb penuh. Huishh… ramai betul nak ke Pertama ek? Ada apakah? Nasib baik parking Sogo tak tutup. Kalau tak double stress la saya nok!
Sampai Sogo En. Cipetos ajak makan. Yeaaa.. makan di warung masakan minang di Sogo memang sedap. Jadi alang-alang sudah ke sana mari makan bersama. Lagipun waktu tu sudah hampir pukul 5 petang. Mari makan malam terus. Gitu…
Bila duduk terus call kak NB. Tup tup dia dah ado depan mato ni ha.. seperti biasa saya agak kemalu-maluan. Ciss.. memang lambat panas betul la saya bab bab bersosial ni. Memang rasa segan melampau. Isk…
Sebelum berjumpa, kak NB dah pesan bawa je bookmark apa yg ada di tangan saya. Yelah. Nama pun handmade kan. Saya pun biasa buat sikit2 je. So yg ada hanya 20 pcs. Alhamdulillahh.. 20 pcs tu kak NB dan kak Liza Bujang dari Sarawak beli semua. Ternganga saya tengok bekas tu kosong. Tapi takpela.. rezeki.. saya boleh buat lagi. Hehehe.. syukurrr… terima kasih banyak kak NB, kak Liza Bujang dan lain-lain. Saya minta maaf jika ada salah silap semasa berjumpa. Dah la makan lembab. Mana saya tau org tunggu saya makan! Owhh.. T__T

sogo2
Saya dan mereka…

Ahad, Januari 16, 2011

Bahaya ke?

Wah! Tetiba ada tetamu dari entah mana letak komen. Komen yg kata saya ni bahaya orangnya?
Hahahaha..
Jgn gusar wahai manusia sekalian.
Saya bukan pembunuh. Bukan perogol. Bukan juga perampok. Saya hanya manusia biasa yg introvert, yg tak suka ckp byk kalau tak kenal, yg susah nak mesra2 kalau tak kenal, yg gemar berada di zon selesa sahaja, yg sgt penyayang pd kucing, yg sgt penyayang pada budak (walaupun kdg2 suka je gaduh2 manja), yg agak serius (SERIUS bukan SERIAU!), yg manja actually (wah! muntah haku nih), yg berdarah jenis apa pun haku tak tau (bahaya sungguh!) dan yg lain2 lagi for me to know for you to find out.
Tapi one thing for sure: Haku pantang hak dan ketenteraman family haku di ganggu gugat. Masa tu ko pilih nak kena bahasa atau tangan naik ke muka?
Wah! Nampak bahaya nih. Dan lebih bahaya lagi, duit bayar kereta mak haku dah 2 hari lupa nak bayar. Dah bank in td lupa pulak buat payment tu. Ciss..mati haku mak tau ni. See.. sebahaya2 saya ni takot ngn mak tau. Wakakakakakak…
Well, akhir kata tepuk dada tanya iman. Kerana iman akan buat anda fikir dua kali sblm buat judgement. Hiks..

signature

Ahad, April 05, 2009

Saya menang towel

Hehe..


Ingat last few months saya ada follow kuiz kat blog Tipah. Ujipah namanya. Waktu tu maybe saya sedang cuti sem. Dan takde apa yg sibuk utk dibuat maka saya join. Memula byk masa nak join. Bila last stage tu dah busy tapi saya tetap join sbb alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai masam. Hiks..


So semalam semasa saya sedang sibuk menyediakan bahan-bahan perapan utk bbq family ahad ni tetiba mak masuk dapur sambil mengendong satu bungkusan. Dia kata saya ada hadiah. Hehe.. saya dah tahu dah. Sbb bebaru ni saya dapat tahu saya menang kuiz ujipah tu. Yippie! Saya terus buka dan nampak towel biru berbelang-belang. Yeay! Pertama kali dapat hadiah dari blogger. Seronok saya. Kat towel tu Cik Tipah siap sulam lagi. Nanti saya amik gambo ye.. knowing me.. amik amik gambo lately memang la malas.


Anyway thank you so much pada Cik Tipah kerana memilih saya menjadi juara kuiz tersebut. Terima kasih daun keladi...


Cerita lain.. sedar tak sedar minggu ni sudah minggu ke 13 untuk semester 2 pengajian saya. Itu juga bermakna peperiksaan akhir sudah sangat berada di tepi sudut (around the corner). Risau juga nak menghadapi periksa ni. Saya risau saya tak dapat kekalkan pencapaian saya. Tapi apa pun saya kena usaha selagi masa masih ada kan.. insyaallah.. selalunya sebanyak mana usaha kita sebanyak tu juga la ganjaran yg kita dapat. Jadi.. berusahalah!


Oh ya.. sekarang saya sudah boleh melayari internet secara bebas di dalam rumah. Hari khamis lepas semasa saya keluar berkencan dengan Myl saya cakap saya nak beli wireless router utk streamyx di rumah. Dan dia terus call kawan dia mintak tolong belikan. Jadi balik je dari kuliah malam semalam saya dah ambil dari Myl dan wallah! berwifilah saya di rumah. Mungkin ada yg jelik sbb orang lain dah lama dah menikmati teknologi wifi di rumah ni. Hehe.. yela.. saya baru je beli sbb selama ni line internet dok ada dlm bilik saya je. Tapi sejak awal tahun ni saya dah transform bilik saya menjadi bilik tidur sepenuhnya. Dan internet sekarang saya pindahkan ke home library. So susah la kalau nak berblog secara santai sesambil meniarap di atas katil empuk kan. Hehe.. jadi kena la beli router ni utk mudahkan aktiviti pelayaran saya. Saya ni jenis suka study dan buat kerja di atas katil. Kalau masa study tu penuhlah atas katil tu buku-buku dan alat tulis bagai. Sejak sekolah rendah memang saya takde kimia sangat dgn meja dan kerusi.


Melalut pulak saya ceritanya. Saya berhenti dulu la. Nanti ada cerita lagi saya blog lagi.


Oh ya.. saya kasi beberapa gambar masa majlis kahwin bangah saya aritu ya..


Photobucket
Sesi makan beradab yg simple dan santai. Sendiri duduk. Sendiri makan. Sendiri kenyang.


Photobucket
Makan sungguh-sungguh. Sbb lepas tu kena bertugas menyambut tetamu seperti orang lain.


Photobucket
Purple is the theme color of the day. Saya yg pilih. Satu khemah sahaja. Simple.


Photobucket
One of the guests on that day. Misi saya mendekatkan keluarga yg jauh dan yg dah lama tak jumpa berjaya. Walaupun ada jugak yg tak hadir. Takpe. Cuba lagi next time. Thanks sis for coming!