Ingat last few months saya ada follow kuiz kat blog Tipah. Ujipah namanya. Waktu tu maybe saya sedang cuti sem. Dan takde apa yg sibuk utk dibuat maka saya join. Memula byk masa nak join. Bila last stage tu dah busy tapi saya tetap join sbb alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai masam. Hiks..
So semalam semasa saya sedang sibuk menyediakan bahan-bahan perapan utk bbq family ahad ni tetiba mak masuk dapur sambil mengendong satu bungkusan. Dia kata saya ada hadiah. Hehe.. saya dah tahu dah. Sbb bebaru ni saya dapat tahu saya menang kuiz ujipah tu. Yippie! Saya terus buka dan nampak towel biru berbelang-belang. Yeay! Pertama kali dapat hadiah dari blogger. Seronok saya. Kat towel tu Cik Tipah siap sulam lagi. Nanti saya amik gambo ye.. knowing me.. amik amik gambo lately memang la malas.
Anyway thank you so much pada Cik Tipah kerana memilih saya menjadi juara kuiz tersebut. Terima kasih daun keladi...
Cerita lain.. sedar tak sedar minggu ni sudah minggu ke 13 untuk semester 2 pengajian saya. Itu juga bermakna peperiksaan akhir sudah sangat berada di tepi sudut (around the corner). Risau juga nak menghadapi periksa ni. Saya risau saya tak dapat kekalkan pencapaian saya. Tapi apa pun saya kena usaha selagi masa masih ada kan.. insyaallah.. selalunya sebanyak mana usaha kita sebanyak tu juga la ganjaran yg kita dapat. Jadi.. berusahalah!
Oh ya.. sekarang saya sudah boleh melayari internet secara bebas di dalam rumah. Hari khamis lepas semasa saya keluar berkencan dengan Myl saya cakap saya nak beli wireless router utk streamyx di rumah. Dan dia terus call kawan dia mintak tolong belikan. Jadi balik je dari kuliah malam semalam saya dah ambil dari Myl dan wallah! berwifilah saya di rumah. Mungkin ada yg jelik sbb orang lain dah lama dah menikmati teknologi wifi di rumah ni. Hehe.. yela.. saya baru je beli sbb selama ni line internet dok ada dlm bilik saya je. Tapi sejak awal tahun ni saya dah transform bilik saya menjadi bilik tidur sepenuhnya. Dan internet sekarang saya pindahkan ke home library. So susah la kalau nak berblog secara santai sesambil meniarap di atas katil empuk kan. Hehe.. jadi kena la beli router ni utk mudahkan aktiviti pelayaran saya. Saya ni jenis suka study dan buat kerja di atas katil. Kalau masa study tu penuhlah atas katil tu buku-buku dan alat tulis bagai. Sejak sekolah rendah memang saya takde kimia sangat dgn meja dan kerusi.
Melalut pulak saya ceritanya. Saya berhenti dulu la. Nanti ada cerita lagi saya blog lagi.
Oh ya.. saya kasi beberapa gambar masa majlis kahwin bangah saya aritu ya..

Sesi makan beradab yg simple dan santai. Sendiri duduk. Sendiri makan. Sendiri kenyang.

Makan sungguh-sungguh. Sbb lepas tu kena bertugas menyambut tetamu seperti orang lain.

Purple is the theme color of the day. Saya yg pilih. Satu khemah sahaja. Simple.

One of the guests on that day. Misi saya mendekatkan keluarga yg jauh dan yg dah lama tak jumpa berjaya. Walaupun ada jugak yg tak hadir. Takpe. Cuba lagi next time. Thanks sis for coming!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan