Memaparkan catatan dengan label Kucing. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kucing. Papar semua catatan

Khamis, Oktober 14, 2010

Ingat saya tak?

myo2

Sayalah Mayonese yg eksiden kena langgar kereta beberapa bulan yg lepas. Saya kan jenis gedik. Gedik is my middle name yo! Jadi saya suka merayap ke rumah jiran depan yg bak mahligai syurga dunia tu. Tuan saya marah saya merayap tapi saya tak peduli pun. Sbb apa? Ya. Sbb Gedik is my middle name. Hihi…

Bak kata orang sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Ahaa… kat rumah tuan saya ni memang banyak tupai. Kadang2 boyfriend saya Embe suka tangkap. Lepas tu gigit dan kunyah2. Balik pada pepatah tu pada suatu hari saya telah di langgar kereta. Sbb masa tu saya dengar tuan saya yg gebu devas tu panggil. Saya pun dgn gediknya larilah. Tapi tak sangka terkena pulak tayar kereta. Mungkin kereta tu tak sempat brek sbb jalan sini bukit. Aduhhhh… kepala saya berpinar2. Dunia seakan gelap gelita. Tiada esokkah bagiku? T___T

Disebabkan sakit yg tidak terperi saya pun menyorok dalam longkang. Nanti tuan saya nampak dia mesti marah saya. Isk… saya insap.

Tapi tuan saya sangat baik hati (ehem!). Dia bawak saya ke klinik Veterinar. Kat situ diorg ubatkan saya. Seminggu saya tidur situ. Hari2 jugak tuan saya jenguk saya macam takde kerja lain je dia (Eh! Dia mmg takde kerja pun :p). Saya kena surgery tau. Diorg betulkan rahang saya yg dah terkalih. Ya Allah… sebelum surgery tu mata saya pun kero tau. Mulut pun nganga je tak boleh tutup. Hidung pun sumbat. Oh.. hidung saya patah lah kawan2. Kasihan saya. Nasib baik lepas surgery saya rasa macam dapat peluang hidup yg kedua. Terima kasih pada tuan saya yg gebu devass tu. Oh..saya sayang tuan saya tu. Kerana saya dia sanggup spend RM450 utk bayar bil.

Sejak itu saya dah tak gedik lagi. Saya jadi kucing yg patuh pada kata2. Saya jadi kucing yg manja. Saya jadi kucing yg kuat makan (Oh.. itu memang tabiat sayalah!).

Tak percaya?

Tengok ni…

 

myo

Saya tidur je kan. Saya memang kucing yg baik dan comel sekarang. Dulu je saya degil.

Jadi saya nak pesan pada kawan2 semua. Jangan jadi gedik tau. Jangan degil. Jangan jadi bodoh sombong. Nanti merana badan taw! Ihikss…

Oklah.. itu saja saya nak cerita.

Signing off,

Mayonese a.k.a Myo a.k.a NyoNyo

Ahad, Oktober 11, 2009

116. Laporan semasa

Laporan 1: Jumaat lepas adalah sesi kunjungan saya kedua ke SPA. Kali ni lebih komprehensif treatmentnya. Saya masuk sauna (yg baru 5 minit peluh telah membasahkan kain batik yg saya pakai umpama terjun sungai je), buat full body scrub dan mandi susu. Antara semua tu saya paling suka mandi susu. Walaupun bau susu adalah sedikit busuk tapi saya suka bubble yg agak menghuru-harakan kain batik yg saya pakai. Oh! Minus bunyi bising jacuzzi tulah. Bingit seh!


Laporan 2: Ba Nau telah pulang pada petang semalam. Tamat sudah penantian saya. Akhirnya dapat jumpa Ba Nau semula. Sungguh tak sangka. Bila saya buka pintu Ba Nau tengok saya dengan perasaan lega. Dan saya pun lega. Cuma ia kelihatan seperti trauma sedikit. Mungkin kena kurung atau kena buang atau berkelahi dengan kucing lain. Tak kisahlah. Janji sekarang semua anak Tama sudah ada. Lega.


Laporan 3: Hari ini bersamaan hari Ahad saya telah berjaya menyudahkan projek cat rumah sewa di S10. Tenant baru juga sudah dapat. Barangan buangan peninggalan tenant lama juga telah selamat dikeluarkan dari dalam rumah. Hanya menunggu di buang sahaja. 15hb ini tenant baru akan masuk. Double lega.


Laporan 4: Lately saya selalu sakit dada belah kiri. Kenapakah? Mungkin patut buat check up di klinik?


Laporan 5: Saya penat. Mungkin mahu tidur awal.


Sekian.

Isnin, Oktober 05, 2009

115. Kepulangan yg dinanti

Kepulangan yg dinanti .. tajuk lagu rayakah?


Ok saya bukan mahu bernyanyi bersuka hati. Tapi saya menanti si Ba Nau. Yg masih tak balik balik. Hilang ke manakah? Kena langgar keretakah? Kena patuk ular lagikah? Kena pukul di rumah orangkah?


Isk. Ba Nau ni seekor kucing yg unpredictable. Dulu masa dia kecik saya tak berapa suka main dgn dia sbb dia dulu berkutu teruk. Bulu dia penuh dengan bintik-bintik putih macam kelemumur tu. Dah tu jarang-jarang pulak bulunya. Tidak lebat dan padat. Senang cerita tidak ler comel gebu. Tapi bila kucing hitam kesayangan saya si Ketong dulu mati, si Ba Nau inilah yg cuba memujuk saya seolah-olah menawarkan diri menjadi pengganti. Siap merayu-rayu lagi lagaknya memuncungkan mulutnya dan matanya tidak lepas dari memandang saya. Menjadi saya yg ambil masa utk menerima sesuatu yg baru memang saya lama baru boleh main-main dengan Ba Nau. Makin lama saya pun makin sayang dengan Ba Nau. Hingga saya membeli ubat kutu dan merawat dia bagi comel. Dan sekarang saya dan Ba Nau menjadi kawan baik. Sejak Citamuna mati dialah yg saya selalu dukung. Selalu main-main. Sebelum Ba Nau hilang saya main menyerabutkan bulu dia. Seronok sbb dia macam rimas je bulu dia saya serabutkan. Ba Nau ni kemahiran dia menangkap cicak di dinding. Memanjat grill dan pagar pun dia pakar juga. Kali terakhir saya tengok dia panjat pagar rumah ke tanah sebelah. Pastu berlari-lari melompat dalam semak nun. Lepas tu dia suka lari laju-laju dalam rumah sampai semua dia nak langgar.


Emm.. manalah Ba Nau ni. Mencari binikah?


Isk. Kot yer pun baliklah. Saya sedihlah.


:((

Sabtu, Oktober 03, 2009

114. Segar yg tak berapa nak segar

Saya baru balik dari spa. Saya buat facial. Mak buat massage.


Sehari dua ni sangat stress memandangkan this coming Thursday ada presentation. And the following Thursday kena submit assignment. Jadi saya sangat stress. Sangat sangat stress hinggakan saya merasa di atas ubun-ubun kepala terasa berkerak. Tahu tak berkerak? Haa.. kerak + keladak .. memang sangat teruk perasaannya. Perasaan je sebenarnya. Jangan ingat kepala saya berkerak dan berkeladak betul-betul pulak. Kiasan semata okeh.


Kisah saya di spa nanti saya blog lain kali kerana next Friday saya akan ke situ lagi utk bersauna, full body scrub dan milk bath. Wah wah wah ... makcik mont sekarang dah pandai berspa you! Ahaks..


Perasaan di muka sekarang memang berasa sangat segar dan bersih. Tetapi perasaan di hati ada sedikit gusar. Anak teruna Citamuna a.k.a Ba Nau (read: kucing hitam saya) hilang pulak. Pagi dan tengahari tadi ada. Tapi petang tadi tak nampak pulak bayang si Ba Nau ni. Ke mana ler agaknye dia. Risau sungguh. Isk. Balik la Ba Nau. Tama baru je mati. Takkan Ba Nau pun nak pergi? Isk. Sedihlah camni :(((


Harap-harap esok Ba Nau balik.

112. Rindu

Oh.. saya rindukan Citamuna.


Rindu wajah comelnya.


Rindu kemanjaannya.


Rindu belang badannya yg cantik.


Rindu persahabatan yg tiada galang ganti.


Tama..(panggilan saya pada Citamuna sejak dia menjadi ibu)..


Rindu.


:((

Isnin, September 21, 2009

105. Kehilangan

19 Disember 2009
29 Ramadhan 1430


Kepulangan Puan Citamuna saya yg tersayang ke syurga abadi..


Setelah 2 hari dia menghilang, rupanya kena patuk ular dan racun yg telah merebak ke seluruh sistem badan Citamuna tidak membolehkannya menjadi teman saya lagi. Perginya Citamuna membawa seribu kedukaan di hati saya dan membawa sejuta kasih sayang yg tiada terperi. Selama 3 tahun Citamuna menjadi teman merawat segala kesepian saya ia sudah menjalankan tugas yg sangat cemerlang. Dan di saat akhir Citamuna saya sempat membisikkan semoga kami berjumpa lagi di syurga. Saya redha. Jasad kaku Citamuna saya semadikan dekat dengan rumah sebagaimana dekatnya jiwa saya padanya. Erti persahabatan antara saya dan Citamuna tiada ternilai. Walaupun ia hanya seekor kucing yg diamanahkan Allah menjadi pengubat segala kedukaan dan kesepian saya.


Semoga kita jumpa lagi Cita..


p/s: Dan saya mengacau rendang tok di dalam tangisan yg tidak berpenghujung.