Memaparkan catatan dengan label My Engagement. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label My Engagement. Papar semua catatan

Ahad, Januari 23, 2011

Sebelum & Selepas~

before&after
Makeup oleh: Kak As
Saya memang tak pernah bermakeup secara betul. Makeup secara tak betul ikut sesuka hati sendiri asal nampak tak pucat tu ada ler. Memang saya ni langsung tak tahu menahu bab makeup ni. Biasa saya hanya pakai lipstick, powder dan eyeliner je. So di hari bertunang tu konon memula tak nak guna khidmat mak andam. Tapi kang muka jadi rupa langsuir terperanjat pulak tunang ai. Hikss…
So kekdahnya berjaya di makeup juga walaupun sedang demam. Memang saya takde mood langsung masa tu. Semua serah pada Kak As je. Dia lebih tahu kan. So dok diam2 sudah. Hasilnya… hmm.. memula tgk cermin terkejut. Tetiba menyesal. Sbb maybe makeup tu belum blend lagi kan. So it looked terrible to my eyes. Mak siap cakap “Dah macam Anita Swak”. Hishhh… mujur makin lama makin ok. Dan saya suke!!
Kak As is definitely going to be my mak andam on the big day. Huhu…

signature

Siaran ulangan~

Nak cerita takde idea. Otak letih. Seminggu ni mmg letih. Letih mental. Dok fikir pasal research topic. Sampai mimpi pun pasal research jugak. Parah!
Jadi utk sementara mari tengok siaran ulangan ni lagi. Almaklum dah nak dekat sebulan acara berlangsung kan. Gegegege…
e-day
Saya tak igt la pictures above tu dah diblogkan ke belum. Yg saya ingat entry pasal tunang tu mati begitu saja. Hehehe.. jadi kalau belum jemput ler tengok. Kalau udoh tengok ler lagi sekali.
Saya nak pi fikir lagi. Hmmmm…

signature

Rabu, Januari 12, 2011

Cincin~

Entry tunang ari tu macam tergantung kan? Takpela.. kira halal la. Lagipun takde apa yg best pun. Sama je macam org lain. Mak bukan selebriti pun kan.. uhukk..
merisiktunang
Tapi nak tunjuk gak la cincin yg saya dapat tu ha.. langsung tak tahu camner romannya sehinggalah tersarung di jari. En. Cipetos nak buat surprise. Surprise la sangat. Saya dah dup dap dup dap takot tak lawa ke hape kan. Nasib baik haku suke. Hehe…
So seperti biasa ada dua cincin. Satu merisik (yg buat syarat je peranan dia ni) dan satu lagi cincin tunang. Suke pulak haku pakai cincin tunang ni selalu sampai la kena sound dgn makcik sbb sayangkan. Kang belum sempat bakal mak mentua tengok dua kali dah jahanam haku kerjakan. Kata ganas. Akekekekek… so sekarang cincin permata itu simpan saje. Pakai cincin risik jela nampaknya. Bak kata En. Cipetos, bila ada function baru pakai la. Baik bosss… :p
Sekian cerita hari ini,
signature
p/s: Makin ari makin hampeh cara haku end setiap entry. Hikss..

Ahad, Disember 26, 2010

Kisah tunang#4 - Perbincangan

Wakil pihak kami abang saya yg sulung dan Sheikh. Wakil pihak dia abang dia yg sulung jugak dan bapa saudaranya. Saya takde bapa saudara ya sbb semua sudah di alam barzakh.

 

PC250055

 

PC250044

 

 PC250045

 

PC250054

Next…

signature

Kisah tunang#3 - Ketibaan

Rombongan dari pihak lelaki ramai sungguh. Penuh rumah. Siap sedare mara saya panik risau makanan tak cukup. Tapi jgn khuatir. Dah budget dah. So cukup je. Siap ramai je yg tapau bawak balik kan. Walaupuuunnnnnn…

 

guests2

Sebahagian tetamu… dari pihak lelaki.

 

 guests

Lagi tetamu…

 

Next…

signature

Kisah tunang#2 - Hantaran

Kisahnya gambar hantaran saya tak snap semua. Sbb di saat akhir kan demam so takde mood sudah. So tempek mana yg ada jelah ya. Dari pihak saya 13 dulang dan dari lelaki 9 dulang. Nak jadikan lagi kesian hantaran dari pihak lelaki satu pun saya tak snap. Hahahahhaha.. :p

 

Copy of bahulu

Bahulu

 

buah

Buah

 

cheesetart

Cheese tart

 

 cincin utk tunang  Cincin & bunga rampai

 

 

kek asam manis

Kek asam manis

 

 

kek belang

Kek belang pemberian sepupu

 

 

kek

Kek tunang tema purple putih

 

 

kueh bakar

Kueh bakar kacang hijau sumbangan org kampung

 

sirih junjung

Sirih junjung

 

 

hantaran from me                 

Keseluruhan 13 dulang. Yg tak snap secara single adalah wajik, muffin dan pudding. Semua hantaran saya buat sendiri except sirih junjung dan makanan tu semua order la kan. Saya cuma prepare kotak dan hiasan. Kata save budget kan. Hahaha…

Next…

signature

Kisah tunang#1

Alhamdulillah.. sudah selamat semuanya semalam. Walaupun hari sebelumnya di landa demam panas yg agak kronik hingga tak tidur satu malam akibat muntah2 dan suhu badan yg tinggi.

Ok. Memula saya nak cerita pasal mini pelamin tunang yg saya buat aritu.

First buat rupanya begini…

 

pelamin x jadi

Notice the two seater tu kan.. tp sbb bila saya duduk nampak seketul je so kena tukar pulak. Isk…

 

PC250129

Kesudahannya begitu. Tukar one seater yg ada tempat lengan kiri kanan. Letak pokok kiri kanan. Carpet putih tu cousin bagi pinjam. Selesaiiiii.. jimat duit makcik. Sendiri bikin. Sendiri yg nak duduk kan. Walaupun begitu ramai je yg tumpang posing tau. Keh keh keh…

Next…

signature

Rabu, Disember 22, 2010

Update tunang#4

Kerusi di pelaminan tunangku di saat akhir perlu di tukar yg lain. Ceritanya makcik yg gemok gedem ni tak sesuwaii duduk di kerusi yg dibeli khas itu. Sbb kelihatan seperti topekkong siam. T___T

Fine. Bila gemok serba serbi tak cantik. Pasrah.

So nanti kena tukar kerusi yg lain. One seater this time. Pasti rupa beruang duduk. Haku yakin.

Next, hantaran. Almost done. Bunga dah tampal. Kotak dah tampal. Ribbon dah tampal. Siap kena beli glue gun baru sbb yg lama rosak. Nasiblah umurnya pun dah lama. Dah berapa banyak hantaran juga ia berkhidmat. Kini sudah mati. Takziah glue gun. Glue gun baru juga terbaik. Beli yg kecik sikit lebih selesa di guna.

Carpet di hall di mana acara pantun memantun pinang meminang akan berlangsung juga sudah ready. Final task cuma perlu di vacuum supaya nampak gebu je. Susun atur perabot juga sudah siap dibuat.

Sekarang cuma kena gubah bunga utk sisi pelamin mini tu. Aduhhh.. paling benci bab gubah bunga. Sbb bila tak cantik adalah stress melampau.

Jadi sehingga ke majlis Sabtu ni kemungkinan tiada update dilakukan. Biasalah. Saya pasti sibuk ke sana sini. Sibuk ke pasar bermula esok. Sibuk memerap ayam goreng nyam nyam. Sibuk menyusun hantaran. Sibuk buat final touch up. Sibuk itu. Sibuk ini.

Oh.. lupa mau rekod. Baju tunang sudah ambil tadi. Yg kononnya nak ambil Sabtu lepas tp tak jadi sbb belum siap. Nasib baik muat. Kainnya pun longgar. Jadi tidak risau. Disebabkan saya berasa sangat sayang pada baju tunang tu saya plan nak jadikan ia baju bertandang juga nanti. Cuma tambah batu batuan swarovski ke.. beads ke kasi meletop. Jimat. Kalau tak recycle rugi la beli baju mahal gitu kan. Acik kan kedekut sket. Hekss..

Tadi juga dah bincang dgn mak andam. Yes. Akhirnya guna khidmat mak andam. Sbb sedar diri sangat tidak tahu bersolek. Elok2 muka comel tetiba jadi ngeri. Pengsan pulak orang ramai. Hehe.. dah ler badan besar macam dinasour masa silam kan. Fineee..

Lastly, doakan saya ya. Doakan supaya saya tetap comel. Doakan saya tidak gabra. Doakan saya murah rezeki. Doakan saya yg baik2 saja. Boleh kan?

^__^

Nanti saya cerita lagi okay.

Tata.

Dari saya yg bakal berubah status,

signature

Isnin, Disember 20, 2010

Update tunang#3

Mini pelamin tunang saya sudah siap. Not 100%. Tp 95%. Lagi 5% tu adalah pokok yg belum di bawa masuk dari luar. Itu akan dilakukan pada malam sebelum majlis bagi mengelakkan pokok kekeringan dan kegersangan.

Hehehe.. apa? Awal pelamin dah siap. Beginilah kalau tangan ada dua. Kaki ada dua. Fikiran ada dua. Satu fikiran saya. Satu fikiran emak. Tenaga emak adalah terhad. Jadi tenaga saya kena buat awal. Sbb pergerakan juga adalah seperti gajah bergerak. Slow kekdahnya. Pelamin bikin sendiri je. Takde ongkos nak suruh org buat ni. Kata tak kerja kan. Ngeh..

So overall yg berat2 dan besar2 dah ready. Tinggal yg minor tu nanti jumaat bleh run sekali harung.

Begini rupanya mini pelamin tunang makcik…

pelamin1

Hah! Ponin ekau? Begitulah kekdahnya kan. Nama pun sneak preview je. Lepas majlis nanti boleh kasi tunjuk clear. Walaupun rupanya tidak ler boombastic mana tp jadilah nok! Acik bukan anak raja. Kawen pun bukan dgn anak raja. Buaiiii lajuuuuuuu… *feeling bwg merah pulak* Hekss…

Next.. apa ye next? Hehehehe…

Signing off,

signature

Khamis, Disember 16, 2010

Update tunang#2

My hand bouquet…

handbouquet 

Checked.

Beli dah siap saje. Malas mau gubah2 walaupun senang je buatnya kan.Beli yg simple saje. Simpan sampai kawen. Harga? Oh.. murah. RM15. Ngeh~

 

signature

Rabu, Disember 15, 2010

Update cerita tunang~

Pejam celik pejam celik dah tinggal 10 hari je lagi?
Aisehhh.. saya punye selamba ingatkan tunang takde hal besarrr.. sekali sudah tersilap. Rupanya TETAPP banyak persediaan. Jadi disebabkan lagi 10 hari nak majlis baru sedar maka sekarang adalah menggelupur. Gegegege.. T___T

Apa yg saya perlu/dah buat so far?

Baju tunang – Sabtu ni ambik dari tailor

Makeup – memula tak nak makeup.. nak makeup sendiri la konon.. sekali lupa diri sendiri adalah nan ado tahu makeup.. jadi Sabtu ni jugak gi discuss dgn mak andam (mcm mana la rupana haku nanti?)

Veil – nak kena pakai gak ke aaa? Hishhh..

Hantaran – segala polistrin dah balut, kotak dah hias, bunga dah godek, alas dulang mak dah beli baru (baekkk punye!). Tinggal nak isi jela nanti. So considered done! Wah! Efisyen jugak :p

Photographer – nan ado. Budget tak lulus. Sila snap muka sendiri je.

Mini Pelamin – tabir dah pasang. Kerusi belum bawak turun dari bilik. Aritu bawak naik atas konon nak sarung cincin dlm bilik. Sekali kena gak dok tgh khalayak ramai. Bunga kiri kanan pelamin  belum gubah. Malasnya haku nak buat. T__T

Lagi apa? Entah ler. Bukan boleh harap sangat haku ni. Isk.

Nenanti je cerita lagi.

Tata.

signature

Rabu, Disember 08, 2010

Sneak Peak #2

sneakpeak#2
Cuti maal hijrah saya dan emak meluangkan masa mengulit benda di atas. Sesambil tunggu plumber repair toilet atas kita kasi bikin itu hantaran sikit2. Esok lusa banyak lagi kerja nak di kerjakan.
Nampak tak bunga kaler purple tu? Adakah namanya lavender? Idok ler teman tahu benor. Teman kasi close up sikit ye.

lavendar ke
Teman ghaser cantik bebenor ler bunga tu. Ghaser tak cukup buat filler bunga dulang teman ni. Gamaknye kena beli lagi ler.
Eheks.. kena rasuk antu peghok ler pulak yer. Layan je ler. Zasss…
Tapi hari ni saya tak usik bunga tu pun. Saya layan gabus. Gabus gabus di awangan… emmm.. merepekk..
Akibat bermain dgn hot glue yg sudah semestinya hot tu.. tangan saya jadi begini…
tangan
Melecur ke tak tau. Sakit betul. Nasib baik boleh hilang. Kalau tak turun saham nak masuk cincin nanti. Hekss.. :p
p/s: korang layan jelah cerita makcik gemok gedempol dah tua kedaung baru nak bertunang ni ye.. baik haku kutuk sblm korang yg kutuk… elehhh.. cam ler tak tau korang pikior ape.. (wah! matikler buruk sangka pulak :P)

Signing off,
signature

Khamis, Disember 02, 2010

Sneak Peak #1

sneak peak 1
Hantaran theme color: Purple & Silver
Attire theme color: Purple & Silver (me), Purple (family)
Room theme color: Pink
Purple favorite color mak. Pink favorite color saya. Kasi combine dedua.

Signing off,
signature

Jumaat, November 26, 2010

Separuh bebanku pergi

Macam tajuk telemovie je.. or lagu ke? Buat tajuk novel pun cun ni..
Phewww… sebenarnya nak cerita pasal saya dah siapkan 2 assignments major utk subjek Perkembangan sepanjang hayat. Satu tu semester questions yg dah siap beberapa hari yg lepas. And satu lagi scrapbook yg baru siap kejap ni. Belasah jela buat scrapbook tu. Dah namanya dari sekolah rendah sangat benci kerja2 tampal menampal apatah lagi bila dah tua kedaung ni kan. Pasrah!
So hanya tinggal 2 kertas lagi belum buat. Saya akan cuba siapkan by saturday. Kalau tak siap pun takpe. Still boleh hantar dlm bulan disember. Lagipun dah nama pun kena beramas mesra dgn kampus sejak jadi r.a ni so takde hal la. Tapi kalau dapat hantar this sunday pun bagus la.
Sbb saya akan ada baanyaaaaaaak masa lapang (selain masa nak baca artikel utk research tu). Dan sudah boleh berlapang hati menyoping barang hantaran. Vavavavavaaa… macam geli je bunyinya. Tak kuasa mak nyah! Eiiii…
Keterujaan utk membuat persiapan kali ni macam malas. Kalau dulu saya buat sbb rasa tanggungjawab. Sekarang utk diri sendiri adalah rasa.. alah ala kadar jela. Nasib baik la utk tunang ni hanya barang makanan semata. Nan ado barang lain kecuali sirih dan cincin serta bunga rampai as requested by bakal omak mentuo. Perghhh.. lagi sekali kembang tekak menyebutnya. Maklum la adik2.. dah tua baru terhegeh2 kan. Nak buat camno.. jodoh den lambek kekdahnyo kan..
Walaupun begitu.. stillll kena buat gak preparation reben sume tu ha. Saya plan nak guna kotak plastik je. Senang. Tampal sana sini udah ler. Kang yg penting nak makan je kan. So jgn membazir di situ. Duit tu lebih baik buat beli kasut je. Opsss…
Oklah .. cukup2lah memokak tu kan. Baik gi nonton dvd. Kata baru beli dvd berkoyan2 semalam kan. Harussss nonton.
Yok!
Signing off,
signature