
Teman baru. Namanya LENOVO. Teman lama adalah IBM. Mereka sekeluarga. Saya memang seorang yg setia. Heh~!

Lenovo Mini Lappy aka Netbook model S10-2 berwarna pink. Susah juga nak cari model dan warna ini di Low yat. Namun kalau sudah jodoh tidak ke mana. Ianya berharga RM1699 tapi silalah tawar dan anda akan jimat sebanyak RM99 atau mungkin lebih bergantung kepada rezeki anda. Memang dah lama aim nak beli mini laptop. Ada yg suggest Lenovo ni tapi mula-mula tak nak beli sbb konon macam bosan dgn keluarga IBM. Tapi setelah membaca review di blog redmummy maka saya setia juga pada yg satu.

Disebabkan tiada casing diberi berserta pembelian maka saya telah membeli casing AVF ini yg lebih keras utk protection. Jadi kalau hendak dimasukkan ke dalam handbag pun protection sudah ada. Harganya cuma RM50 di sebuah kedai di Plaza Alam Sentral.

Itu pula adalah backpack berjenama Playez (ada ke jenama tu?). Berwarna pink juga. Berharga RM45. Dibeli di MX Collection Plaza Alam Sentral nun. Bersesuaian dgn status saya sebagai student yg belajar tak habis habis ni maka mempunyai backpack adalah wajar.
Satu hadiah lagi? Esok la pulak ye.
Oh.. perlu diberitahu entri ini dibuat utk berkongsi kegembiraan saya yg tidak seberapa dan juga utk berkongsi maklumat jika ada sesiapa yg berhajat utk membeli. Itu sahaja.
