Memaparkan catatan dengan label komputer. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label komputer. Papar semua catatan

Jumaat, Julai 17, 2009

Semuanya serba pink

Hadiah untuk diri sendiri daripada diri sendiri.

Photobucket
Teman baru. Namanya LENOVO. Teman lama adalah IBM. Mereka sekeluarga. Saya memang seorang yg setia. Heh~!

Photobucket
Lenovo Mini Lappy aka Netbook model S10-2 berwarna pink. Susah juga nak cari model dan warna ini di Low yat. Namun kalau sudah jodoh tidak ke mana. Ianya berharga RM1699 tapi silalah tawar dan anda akan jimat sebanyak RM99 atau mungkin lebih bergantung kepada rezeki anda. Memang dah lama aim nak beli mini laptop. Ada yg suggest Lenovo ni tapi mula-mula tak nak beli sbb konon macam bosan dgn keluarga IBM. Tapi setelah membaca review di blog redmummy maka saya setia juga pada yg satu.

Photobucket
Disebabkan tiada casing diberi berserta pembelian maka saya telah membeli casing AVF ini yg lebih keras utk protection. Jadi kalau hendak dimasukkan ke dalam handbag pun protection sudah ada. Harganya cuma RM50 di sebuah kedai di Plaza Alam Sentral.

Photobucket
Itu pula adalah backpack berjenama Playez (ada ke jenama tu?). Berwarna pink juga. Berharga RM45. Dibeli di MX Collection Plaza Alam Sentral nun. Bersesuaian dgn status saya sebagai student yg belajar tak habis habis ni maka mempunyai backpack adalah wajar.

Satu hadiah lagi? Esok la pulak ye.

Oh.. perlu diberitahu entri ini dibuat utk berkongsi kegembiraan saya yg tidak seberapa dan juga utk berkongsi maklumat jika ada sesiapa yg berhajat utk membeli. Itu sahaja.

Rabu, Julai 15, 2009

Selamat harijadi sayang

Selamat harijadi,
Selamat harijadi,
Selamat harijadi eiyra montel,
Selamat harijadi...

Hari ini umur saya 31 tahun. Kerjaya? Tiada. Berat badan? Masih juara heavy weight dunia. Pencapaian membanggakan? Tiada. Jodoh? Tiada. Perasaan? Kosong. Masa depan? Masih samar.

Mula-mula cerita karpet merah sempena birthday saya dulu. Heh~! Pre-birthday la maknanya.

Seperti yg saya cerita di entri semalam saya telah meng'order' sebanyak 20 biji tart durian dari kak sya. Walaupun pada mulanya saya sangka misi tersebut gagal memandangkan waktu sudah semakin meningkat malam, tetapi setelah kak sya menghubungi saya pada pukul 9.30 maka saya boleh senyum. Oleh itu saya telah drive seorang diri sambil mendengar Hot FM. Lokasi pertemuan adalah di McD berhampiran BHP station di Hicom tersebut memandangkan saya tidak tahu lokasi lain utk bertemu. Kasihan kak sya yg terpaksa berpusing-pusing mencari. Maafkan saya ya. Lain kali saya order waktu weekend supaya tidak menjadi kepayahan di pihak kak sya. Apresiasi terhadap tart durian akan saya buat esok.

Oh ya.. lupa nak bagi tahu. Saya order tart durian itu utk abah dan ahli keluarga lain yg sangat menggemari durian. Bukan utk diri saya sendiri kerana saya dan durian tiada kimia utk bersama.

Ok. Sekarang sesi luahan perasaan di harijadi sendiri. Perasaan saya adalah kosong. Bertambah kosong kerana tiada ucapan seperti masa lalu di detik 12 malam. Cuma emak saya sahaja yg bagi ucapan panjang berjela sewaktu sama-sama menghadap tart durian malam tadi. Dan juga kak sya sendiri. Terima kasih atas ucapan tersebut.

Hadiah? Harijadi ke 31 walaupun perasaannya kosong tapi penuh dgn hadiah yg berharga. Heh~! Emak menghadiahkan sebuah handbag Bonia yg bernilai hampir RM600. Ke manalah saya hendak menggayakan beg mahal begitu? Tiba-tiba rasa amat tidak sesuai kerana sebagai seorang yg tidak berkerjaya maka saya rasa saya tidak layak. Tapi walaubagaimanapun terima kasih emak sayang sbb bagi hadiah yg bagi saya sangat mahal. Nanti kita kongsi la bersama. Hadiah seterusnya adalah dari diri saya sendiri. Saya telah membeli sebuah mini laptop berjenama Lenovo berwarna pink yg bernilai RM1600. Pada mulanya saya mahu sebuah PDA phone. Tapi memandangkan saya dan telefon di usia lanjut ini juga telah tiada kimia maka hajat tersebut dibatalkan. Ya. Di usia ini saya amat tidak suka bercakap di telefon kecuali urusan penting sahaja. Di setiap masa saya lebih prefer sms. Jadi jika anda menelefon dan saya tidak angkat maka tolonglah faham. Oh.. rasional membeli mini lappy tersebut adalah kerana saya tidak sanggup lagi mengusung laptop IBM saya yg berat itu ke library tiap kali saya ingin membuat research. Bayangkan berat badan saya + berat laptop IBM + kena cari plug point tiap kali nak on di setiap floor = memang menyusahkan! Utk mengiringi hadiah mini lappy itu juga saya telah membeli sebuah backpack dan casing yg serba serbi berwarna pink. Amik kau! Sila jgn getik. Saya sekarang mengamalkan konsep makin tua makin menjadi. Hihihihi.. :p

Kesimpulan tentang hadiah-hadiah tersebut ialah:

1. Sila sayang dan patuh kepada emak secara lebih mendalam kerana percayalah tiada lagi yg akan menyayangi kita sebagaimana emak menyayangi kita.

2. Sila belajar secara lebih rajin dan bersungguh walaupun mengambil masa bertahun-tahun sekali pun kerana hanya kita yg tahu apa kita mahu dlm hidup dan hanya kita yg berhak menilai hidup kita dan bukan orang lain. (Org lain tahu apa pasal idup aku?! Isk. Tetiba emo. Harap maaf!)

Dan yg ketiga.. sila enjoy hidup sendiri secara lebih berleluasa selepas ini kerana masa semakin pantas bergerak dan jangan lupa tingkatkan amalan ibadah supaya tidak sia-sia jika mati secara tiba-tiba. Isk.

Entri di harijadi ini adalah berbentuk karangan tanpa gambar semata. Segala gambar akan di masukkan ke dalam edisi akan datang bermula esok.

Akhir kata..

Selamat harijadi..

p/s: plan utk hari ini adalah pergi gunting rambut seperti saya sewaktu berumur 21 tahun. No more long hair pls!

Updated@7.20pm
Bagaimana saya celebrate birthday saya yg ke 31? Tiada celebration. Namun begitu saya dan mak singgah makan kfc berdua setelah selesai memotong rambut. Saya makan chikaroni. Kemudian singgah membeli satay kajang Hj Samuri di Kompleks PKNS. Abah yg pesan. Oh ya.. saya juga telah membeli 6 ekor ikan kembung utk menjamu 6 ekor kucing saya. Dan gelak ketawa seorang diri melihat gelagat masing-masing.

Happy ke saya?

Bersyukurlah dgn apa yg ada.

Alhamdulillah..