Selasa, Jun 09, 2009

Dah ramai orang~!

Photobucket

Kenapa ramai-ramai tu? Ada apakah?


Photobucket

Hehe.. itulah penangan cendol dan rojak Ali di Puncak Alam. Masa memula saya kenal rojak dan cendol ni peniaga ni cuma guna motor je. Sekarang dah guna lori kecil. Tak mustahil akan wujud restoran mereka pula suatu hari nanti kan?


Photobucket

Bagi tekak saya dan family rojak dan cendol dia memang sedap. Cendol yg menepati rasa. Sekarang saya tengok diorg dah tambah menu. Ada mee goreng pula. Nanti bila saya ke rumah PA lagi saya nak try. Sbb ari tu saya nampak ada org order sgt lah temptingnya mee goreng tersebut.


Kalau anda nak cuba silalah ke Puncak Alam ye.. tepi jalan masuk tu je.

Isnin, Jun 08, 2009

Jom mengintai~!

Intai apa ada dalam handbag terkini saya.


Photobucket


Ada purse Anna Sui pink kesayangan saya, ada calculator, ada sebatang pen, ada smart tag, ada sebuah novel, ada pill box, ada kunci, ada pengikat rambut dan ada handphone yg tiada dlm gambar sbb guna utk ambil gambar.


Semua tu akan berubah mengikut handbag apa yg saya pakai.

Ahad, Jun 07, 2009

Vitamin

Sejak umur saya menginjak ke angka 30an ni saya dah mula mengambil vitamin. Setakat ni hanya lima jenis vitamin sahaja yg saya ambil. Ada dari Blackmores dan ada dari Kordels. Bebaru ni juga saya cuba HPA.

Photobucket

Utk mendisiplinkan diri saya letak semua vitamin yg saya perlu makan ke dalam pill box. Pill box transparent tu utk letak di rumah. Ada 7 compartment bermakna 7 hari. Pill box kaler brown pula saya letak dalam handbag.

Awak makan vitamin apa?

:D