Saya baru balik dari KL membeli 'hadiah' hari jadi utk diri saya sendiri.
Sedang saya merehatkan badan, saya telah membuka saluran tv yg menayangkan ulangan Michael Jackson Memorial. Malam tadi siaran secara langsung tidak saya tonton kerana saya tidak mahu hati saya pecah di tengah malam.
Sangkaan bahawa hati saya tidak pecah menonton rancangan tersebut di waktu siang ternyata meleset. Tanpa saya sedari air mata saya mencurah-curah tatkala mendengar speech yg dibuat oleh adik beradik Michael. Saya bukanlah peminat fanatik Michael Jackson. Tetapi apa yg diperkatakan oleh ahli keluarganya amat menyentuh hati saya. Ya. Saya sangat fragile. Walaupun kelihatan sangat kuat secara luaran. Apatah lagi bila anak gadis Michael Jackson yg comel itu berucap. Saya tak dapat tahan lagi. Dan menangislah saya sorg2 dgn perasaan kacau bilau dan retak. Saya tak suka menangis. Apa lagi di usia saya yg makin lanjut. Kerana saya sudah terlalu byk menangis di masa lepas. Tapi apakan daya. Perasaan saya pecah.
Takpelah. Semoga esok saya semakin kuat.
Rabu, Julai 08, 2009
Selasa, Julai 07, 2009
Tiada pemangkin
Tajuk kali ini memang bersifat tak boleh blah.
Semenjak duamenjak tigamenjak ni (mcm Nabil bf Irma Hasmie ckp), kerajinan saya berblog adalah menghampiri sifar. Walaupun kenyataannya saya telah online setiap hari tetapi masa saya lebih banyak membaca blog org lain yg ada cerita pasal kasut. Memang giler kasut sungguh. Kenapalah agaknya?
Dan mungkin salah satu sebab saya agak dingin berblog adalah kerana setiap kali saya mahu membuat entri bergambar, saya perlu upload di photobucket terlebih dahulu. Proses yg leceh ni la yg agak melemahkan semangat waja laksana besi utk berblog. Kenapa ya saya tak boleh upload dari blogger seperti dulu?
Berbalik kepada perihal giler kasut tadi, memandangkan harijadi saya bakal tiba minggu depan, maka saya pun dgn mengadanya telah berkira-kira utk menghadiahkan diri sendiri sepasang kasut Nike Mary Jane. Pada mulanya saya hendak membeli kasut Crocs Mary Jane. Tapi sekarang Nike lebih menarik di hati saya. Saya merasakan saya sangat perlu kasut tersebut kerana utk semester baru ini kedua-dua kelas saya adalah berlokasi di tingkat 4 di mana saya akan sentiasa perlu kasut yg baik utk membawa badan saya yg beratnya masyaAllah ini dgn selesa. Panjang sungguh ayat tadi. Ya. Saya tahu. Poyo terlebih dos.
Persoalannya sekarang ialah.. Nak beli ke tidak eh? Nak beli. Tak beli. Nak beli. Tak beli....... How? Saya gagal membuat keputusan kerana pihak rasional yg berkata "Jgn beli kasut dah byk" sedang berperang dgn pihak nafsu yg berkata "Beli jeee..".
Takpe. Biarkan mereka berperang secara aman kerana masih ada masa hingga minggu depan utk keputusan yg tepat.
Cerita lain. Esok saya akan ke KL bertemankan teman tapi mesra yg sejati. Satu benda dari wishlist saya akan tertunai. Oh.. tak ada siapa pun tahu apa benda-benda dlm wishlist saya kerana saya tidak memberitahu. Apakah? Sila jangan pening. Nantikan saja bendanya. Kalau rajin saya blogkan. Kalau tak rajin pun saya akan pastikan rajin. Hehehe..
Lusa dah start kelas. Heeesshhh.. malasnya. Maklumlah dah 2 bulan berlemak-lemak. Apa kata saya attend kelas pertama dan baru decide nak beli ke tidak kasut tu?
Eh.. masuk balik bab kasut. OK!
Berhenti di sini.
Jaga diri.

Jumaat, Julai 03, 2009
Katakan tidak SYABAS
Beberapa hari yg lalu saya dan kedua ibu bapa ke Kuala Selangor utk bersiar-siar. Hek.. takdela. Sebenarnya ada urusan penting yg perlu selesai sblm kelas saya bermula.
Kami mahu ke Syabas Kuala Selangor sbb diorg dah potong air di rumah PA saya. Memandangkan Isnin depan saya perlu tidur di rumah PA maka penyambungan segera bekalan air adalah harus.
Sebelum ke Syabas yg tak berapa nak syabas tu mak mengajak singgah ke pasar Pasir Penambang. First time kami ke situ. Not bad juga. Makanan lautnya pun segar-segar. Lain kali boleh singgah lagi.

Di sinilah mak memborong stok ikan dan udang yg fresh dan manis. Sampai rumah terus masak dan makan dgn suka hati.

Itu bangunan di mana pejabat Syabas berada. Bahaya sungguh jalan nak masuk ke situ. Nasib baik tak accident sbb kereta dari arah jambatan laju giler macam kat litar Sepang je dibuatnya. Urusan di situ makan masa selama hampir 2 jam. Naik lenguh saya dan abah menunggu di dalam kereta. Kenapa la lembap sangat ya? Lepas tu servis pun mcm ala ala je kenapa ya? Kalau ada yg berkenaan terbaca tulisan saya ni boleh tak improve sket supaya tak menyusahkan org?
Ok. Itu saja saya nak cerita.

Langgan:
Catatan (Atom)