Jumaat, Julai 03, 2009

Katakan tidak SYABAS

Beberapa hari yg lalu saya dan kedua ibu bapa ke Kuala Selangor utk bersiar-siar. Hek.. takdela. Sebenarnya ada urusan penting yg perlu selesai sblm kelas saya bermula.

Kami mahu ke Syabas Kuala Selangor sbb diorg dah potong air di rumah PA saya. Memandangkan Isnin depan saya perlu tidur di rumah PA maka penyambungan segera bekalan air adalah harus.

Sebelum ke Syabas yg tak berapa nak syabas tu mak mengajak singgah ke pasar Pasir Penambang. First time kami ke situ. Not bad juga. Makanan lautnya pun segar-segar. Lain kali boleh singgah lagi.

Photobucket
Di sinilah mak memborong stok ikan dan udang yg fresh dan manis. Sampai rumah terus masak dan makan dgn suka hati.

Photobucket
Itu bangunan di mana pejabat Syabas berada. Bahaya sungguh jalan nak masuk ke situ. Nasib baik tak accident sbb kereta dari arah jambatan laju giler macam kat litar Sepang je dibuatnya. Urusan di situ makan masa selama hampir 2 jam. Naik lenguh saya dan abah menunggu di dalam kereta. Kenapa la lembap sangat ya? Lepas tu servis pun mcm ala ala je kenapa ya? Kalau ada yg berkenaan terbaca tulisan saya ni boleh tak improve sket supaya tak menyusahkan org?

Ok. Itu saja saya nak cerita.

Tiada ulasan: