Saya baru balik dari KL membeli 'hadiah' hari jadi utk diri saya sendiri.
Sedang saya merehatkan badan, saya telah membuka saluran tv yg menayangkan ulangan Michael Jackson Memorial. Malam tadi siaran secara langsung tidak saya tonton kerana saya tidak mahu hati saya pecah di tengah malam.
Sangkaan bahawa hati saya tidak pecah menonton rancangan tersebut di waktu siang ternyata meleset. Tanpa saya sedari air mata saya mencurah-curah tatkala mendengar speech yg dibuat oleh adik beradik Michael. Saya bukanlah peminat fanatik Michael Jackson. Tetapi apa yg diperkatakan oleh ahli keluarganya amat menyentuh hati saya. Ya. Saya sangat fragile. Walaupun kelihatan sangat kuat secara luaran. Apatah lagi bila anak gadis Michael Jackson yg comel itu berucap. Saya tak dapat tahan lagi. Dan menangislah saya sorg2 dgn perasaan kacau bilau dan retak. Saya tak suka menangis. Apa lagi di usia saya yg makin lanjut. Kerana saya sudah terlalu byk menangis di masa lepas. Tapi apakan daya. Perasaan saya pecah.
Takpelah. Semoga esok saya semakin kuat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan