Tajuk adalah berciri budak tadika yg merengek mahukan sesuatu. Pedulik!
Kenapa saya perlukan handphone baru?
Sbb handphone v3x yg saya telah guna selama 2 tahun telah menunjuk perangai yg saya amat tidak gemar. Nak kata bateri rosak, saya sudah membeli bateri baru tetapi 'degilnya' masih sama. Memang menguji kesabaran betul!
Yg paling saya tidak boleh bertolak ansur adalah apabila ia akan sesuka hati mematikan diri tanpa disedari dan melepak 'malas' tidur selagi tidak dikejutkan. Keji sungguh.
Oleh itu bangun tidur pagi ini saya telah meng'on' mini lappy saya dan meng'browse' handphone di mobile88. Dan saya berkenan dgn model Nokia 7310 Supernova.
Mana nak cari?
Saya nak warna pink :p..
Hek..hek..hek.. (gaya ketawa yg weird)
Updated@11.26pm
Emm.. saya tak dapat pun beli Nokia 7310 Supernova warna pink tu. Tiada jodoh. Saya berjodoh dgn Nokia 5310 ExpressMusic. Warna merah pulak tu. Cis! Tidak teruja. Pasrah sahaja. Kerana yg saya perlu adalah handphone utk calling calling dan sms-ing sahaja. Camera adalah bonus. Yg lain tidak perlu. ExpressMusic ni.. emmm.. boleh lah. Takat nak dgr lagu masa boring tidak perlu bawak mp3 mickey lagi. Harganya RM450. Macam mahal je. Macam kena tipu je. Emm.. isk. Bencilah!
Ahad, Julai 19, 2009
Jumaat, Julai 17, 2009
Introducing Alex
Entri ini sepatutnya muncul pada hari Sabtu di mana saya dan keluarga akan berada di rumah saya di Puncak Alam. Tiada internet di sana. Tapi disebabkan keterujaan saya maka saya publish earlier ya.
Saya sebenarnya nak kongsi ilmu baru yg saya dapat semasa menghadiri kuliah Psycholinguistics hari Khamis lepas. Pada kuliah tersebut kami didedahkan kepada Sistem Komunikasi Haiwan. Dan saya tertarik tentang si Parrot yg handal berkata-kata. Saya sangat kagum dengan kepandaian haiwan ini berkomunikasi.
Saya ingin kongsi video ini yg saya ambil dari Youtube.
Kagum kan?
Dan paling saya kagum adalah Alex berumur 31 tahun sewaktu menghembuskan nafas terakhir.
Can you believe that?
Pergh!
Subhanallah..

Semuanya serba pink
Hadiah untuk diri sendiri daripada diri sendiri.

Teman baru. Namanya LENOVO. Teman lama adalah IBM. Mereka sekeluarga. Saya memang seorang yg setia. Heh~!

Lenovo Mini Lappy aka Netbook model S10-2 berwarna pink. Susah juga nak cari model dan warna ini di Low yat. Namun kalau sudah jodoh tidak ke mana. Ianya berharga RM1699 tapi silalah tawar dan anda akan jimat sebanyak RM99 atau mungkin lebih bergantung kepada rezeki anda. Memang dah lama aim nak beli mini laptop. Ada yg suggest Lenovo ni tapi mula-mula tak nak beli sbb konon macam bosan dgn keluarga IBM. Tapi setelah membaca review di blog redmummy maka saya setia juga pada yg satu.

Disebabkan tiada casing diberi berserta pembelian maka saya telah membeli casing AVF ini yg lebih keras utk protection. Jadi kalau hendak dimasukkan ke dalam handbag pun protection sudah ada. Harganya cuma RM50 di sebuah kedai di Plaza Alam Sentral.

Itu pula adalah backpack berjenama Playez (ada ke jenama tu?). Berwarna pink juga. Berharga RM45. Dibeli di MX Collection Plaza Alam Sentral nun. Bersesuaian dgn status saya sebagai student yg belajar tak habis habis ni maka mempunyai backpack adalah wajar.
Satu hadiah lagi? Esok la pulak ye.
Oh.. perlu diberitahu entri ini dibuat utk berkongsi kegembiraan saya yg tidak seberapa dan juga utk berkongsi maklumat jika ada sesiapa yg berhajat utk membeli. Itu sahaja.

Langgan:
Catatan (Atom)