Jumaat, Oktober 02, 2009

111. Sesat + Takut

Semalam sepulangnya dari kelas di UM saya tekad tidak mahu pulang terus ke rumah. Saya mahu berjalan-jalan menghilangkan kusut di otak dan menghiburkn hati kerana sejak akhir-akhir ini fikiran saya agak kusut dan selalu berasa letih. Mungkin stress. Jadi utk mengurangkan stress saya mahu ke Amcorp Mall melihat-lihat buku.


Disebabkan saya mahu ke Amcorp maka saya mengambil exit KL. Tidak mengikut exit PJ seperti kebiasaan. Keadaan di exit KL adalah sesak memandangkan semua staff mahu pulang kerja juga. Di Federal highway semasa mahu ke Amcorp saya telah tersalah jalan. Saya telah membelok ke kiri di jalan KWSP. Sepatutnya saya ke depan lagi. Dan itu telah menyebabkan sekali lagi saya tersesat di kawasan Jln Gasing itu. Semester lepas saya pernah tersesat ke situ juga. Dan itu lebih menakutkan kerana ketika itu waktu sudah mahu ke pukul 10 malam dan saya berseorangan. Ya. Berseorangan di kawasan yg kita tidak familiar adalah agak menakutkan.


Semalam saya sesat hingga termasuk ke Taman Jaya. Baru tahu ada sebuah taman di situ. Semasa keluar dari situ saya agak ketakutan. Tetiba merasa takut. Tapi saya tetap tabahkan hati dan membaca bermacam-macam ayat agak perjalanan saya dipermudahkan. Saya berlegar-legar di sekitar PJ lebih kurang 15 minit dan akhirnya jumpa juga Amcorp. Alhamdulillah. Risau juga.


Tiba di Amcorp saya terus menuju ke kedai buku kegemaran saya. Meluangkan masa lebih kurang 1 jam di situ membelek-belek buku. Dan syukur saya telah jumpa novel 'Pomegranate Soup' yg telah lama saya cari. Selain novel Marsha Mehran itu saya turut membeli 3 buah novel lain. Total semua adalah RM48.15 setelah di tolak diskaun 5%.


Jadi itu kisah saya sesat dan takut. Tapi walau bagaimanapun ketakutan saya itu tidak dapat mengatasi ketakutan mangsa-mangsa gempa bumi di Padang. Ya. Itu lebih menakutkan. Melihat runtuhan gempa bumi di TV dan mendengar kisah kejadian dari mangsa sahaja sangat menakutkan saya. Emak kata bala Allah adalah menyeluruh. Walau hanya segelintir yg melakukan dosa tetap semua akan menanggung akibat. Oleh itu walaupun kita sehabis daya cuba menghindari yg tidak baik namun kita tetap berisiko menempuh sama balasan Allah pada yg melakukan kejahatan. Saya sedar. Di sekeliling kita sekarang terlalu banyak noda dan dosa.


Ya Allah.. peliharalah kami sekeluarga..


Saya takut.


Anda?

Khamis, Oktober 01, 2009

111. Lenguh

Hari ni Khamis. Bila Khamis bermakna saya ada kelas di UM. Malam semalam yg sepatutnya saya siapkan slides tapi nan ado. Malam tadi pulak kononnya nak siapkan slides juga pun nan ado. Pagi ni bangun je tidur konon nak siapkan slides. Tapi badan rasa lenguh lenguh. Byk sungguh gangguan. Byk sungguh setan. Ngee..


Saya rasa sekarang saya makin tak cergas lah. Adakah kerana kurang pengambilan supplement? Asik lenguh sana lenguh sini.


Kekdahnya saya fikir lebih baik tulis notes saja di atas kertas then baru alih ke slides. Makcik kuno you! I lebih suka tulis dari type terus di komputer. Tak ada feel kononnya.


Memang dasar byk alasan sih kamu!


Huh!


I'm out~!


Catch U later!

110. Akhir zaman

Saya baru tahu ada gempa bumi bila menonton Buletin Utama malam tadi. Khabarnya ada juga yg stay di SA ini yg rasa gegaran tersebut. Tapi saya tak rasa. Atau mungkin saya tak perasan sbb masa itu saya dok makan rambutan di bawah pokok rambutan di depan rumah ditemani mayonese, charli nau dan emba nau (read: my cats, anak-anak Citamuna).


Sejak akhir-akhir ni saya selalu dengar abah kata "Kiamat dah dekat, jgn lupa ibadat". Saya juga perasan akan tanda-tanda kecil kiamat yg semakin banyak dan menyerlah. Setahu saya bila kiamat semakin hampir semakin ramai umat manusia akan mati. Sekarang pun saya perhatikan kejadian mati mengejut seakan sebuah fenomena. Tak sakit. Tak de accident. Tup tup meninggal. Cara meninggal pun macam serupa. Jatuh. Pengsan. Meninggal. Gerun.


Dunia pun sejak akhir-akhir ini selalu sangat menerima bencana. Banjir besarlah. Gempa bumilah. Tsunamilah. Takutnya. Isk.


Dan pernah sekali saya terima email yg mengatakan kononnya pakar bunyi dari Russia telah mengesan satu bunyi ngauman yg aneh dan kuat dari kerak bumi. Dan kononnya bumi tersebut adalah bunyi si Dajjal yg sedang berusaha naik ke bumi. Benar atau tidak itu saya tidak mahu tahu. Apa yg saya tahu sekarang saya semakin risau dan takut. Kerana saya juga dapat rasa akan kebenaran kata-kata abah saya. Kalau dulu abah pernah menangis disebabkan ayat-ayat al-Quran yg menghilang semasa di baca (ketika itu saya darjah 3 dan abah ditemuramah tentang itu). Kalau dulu ada sahaja orang yg mengatakan abah saya sudah nyanyuk kerana mengeluarkan statement yg bukan-bukan. Tapi saya tahu abah saya bukan bodoh. Dan baru-baru ini saya sekali lagi bertanya tentang kes tersebut dan emak mengiyakan. Emm...


Apa persediaan saya?


Byk lagi yg bermain di fikiran saya. Tapi ....


Biar saya simpan dulu.