Alhamdulillah..
Yg nak menikah dah selamat menikah.
Result exam semester lepas pun sudah saya dapat. A- sahaja. Syukurrrr.. sbb menjawab dalam keadaan bersedih jiwa raga kan.
Majlis rsepsi perkahwinan adik saya juga sudah selesai semalam. Alhamdulillah segala perancangan berbulan-bulan bersama abah dahulu sudah saya laksanakan. Amanah sudah saya sempurnakan sebaik mungkin. Sebagai perancang majlis saya berpuas hati dengan perjalanan majlis. Segalanya berjalan lancar seperti dijadualkan. Lega. Walaupun ada mata-mata sinis dari pihak saudara mara yg hanya tahu mengecam dan mengutuk itu semua saya nyahkan jauh-jauh dari minda. Mungkin ada yg mempersoalkan keceriaan dan senyuman saya melayani para tetamu. Tapi logik ke saya perlu menangis sedangkan sebagai tuan rumah seharusnya saya meraikan tetamu yg dijemput? Di dalam hati saya kamu tahu ke saya sedih ke gembira ke.. atau berperasaan kosong ke?
Tapikan.. walaupun kaedahnya saya kelihatan kuat diluar.. tapi bila bertemu rakan rapat abah yg berpesan itu ini akhirnya benteng kesedihanku roboh jua. Maka gugur juga airmata makcik setempayan. Mujur ada anak-anak buah memujuk 'emak buah' yg kesedihan. Mujur juga perasaan saya easy come easy go. Jadi 'paip' airmata berjaya diberhentikan sebelum majlis tergendala dek aksi seorang makcik yg tersedu sedan menangis.
Hari ini rumah saya kembali normal. Normal dalam erti kata hanya ada saya, emak, adik, makcik, adik ipar dan mak andak dari kampung. Abang yg sulung sekeluarga pagi-pagi lagi sudah pulang ke Johor. Yg bangah pula petang tadi setelah membantu menyusun atur semula perabot di ruang tamu juga sudah pulang ke Puchong.
Selepas ini mungkin tiada lagi sebab penting utk berkumpul sekeluarga. Selepas ini tiada lagi amanah dan projek besar utk di selesaikan. Selepas ini tiada lagi aktiviti yg perlu di nanti. Selepas ini.. saya mahu buat apa?
Minggu depan rupanya semester baru akan bermula. Dan semester kali ini saya perlu bersendirian kerana rakan saya cuti bersalin. Emmm...
Masih ada lagikah sinar mentari? (Tetiba jiwang. Cheh!)
Sekian sahaja utk kali ini (Tetiba skema!)
Ok. TAMAT.
Isnin, Disember 21, 2009
Rabu, Disember 09, 2009
146. Penatlah!
Entri ini saya ingin mengajak anda berimaginasi sedikit.
Bayangkan. Saya yg gemok gedem tapi comel (ya ampun! hehe) sedang berusaha melawan arus graviti memanjat tangga mendril curtain railings yg tingginya mencecah hampir 9 kaki dari paras tanah (bukan paras laut sbb saya tak pernah ukur dan tak suka laut).
Amacam?
Hazab kan rupa mak noks?
Dah dua tiga hari itu kerja saya. Emak kata "Kalau dah datang hendaknya semua dibuat".
Dan di peha saya sudah berbirat akibat peha yg montok ya rabbi telah terlanggar bucu besi tangga. Pedih!
Tapi demi semangat waja wanita gemok gagah perkasa akan saya selesaikan sampai sudah. Pelan pelan kayuh. Rasa penat turun balik dari tangga. Hilang penat naik balik. Itulah dia kalau tiada siapa mahu menolong. Semua di telan.
Tamat sudah imaginasi.
Doakan saya selamat membuat semua kerja.
Harap maklum.
Hiks..

Isnin, Disember 07, 2009
145. Final meeting
Malam tadi lepas isyak satu final meeting telah diadakan di antara pihak pengantin lelaki dan pengantin perempuan. Sebagai organizer majlis pihak lelaki saya telah cuba melakukan yg paling baik dan termampu.
Perbincangan mengenai hantaran - checked.
Penyerahan baju tandang utk hantaran - checked.
Sesi fitting baju songket pengantin perempuan - checked.
Perubahan aturcara majlis di sebelah pihak lelaki juga telah diberitahu. Perancangan asal majlis adalah kedua-dua pengantin akan berarak dari rumah jiran menuju ke rumah. Tapi demi menghormati keluarga pihak lelaki yg baru mengalami kematian saya minta perubahan dilakukan. Acara berkompang hanya akan dilakukan dengan pengantin turun dan keluar dari dalam rumah sahaja. Saya tidak suka majlis yg kelihatan berjoli katak sedangkan di dalam rumah emak saya sedang dalam edah. Jika abah ada dia pun tidak setuju. Dulu ketika jiran kami meninggal anaknya kahwin cuma buat kenduri arwah sahaja. Itu pun nasihat dari abah. Ini pula bila abah yg meninggal hendak buat majlis sakan? Tolonglah! Tolong hormat perasaan saya at least! Emak kata dia tidak peduli kata orang. Wah! Bila kena batang hidung sendiri semua jadi boleh pulak? Tolonglah! Sekali lagi tolong hormat perasaan saya AT LEAST!
Saya sedang dalam sedih walau kebanyakan masa saya ketawa terbahak-bahak. Itu luaran ya makcik. Di dalam hati hancur siapa yg tahu?

Langgan:
Catatan (Atom)