Khamis, Disember 02, 2010

Sneak Peak #1

sneak peak 1
Hantaran theme color: Purple & Silver
Attire theme color: Purple & Silver (me), Purple (family)
Room theme color: Pink
Purple favorite color mak. Pink favorite color saya. Kasi combine dedua.

Signing off,
signature

Rabu, Disember 01, 2010

Hari yg sangat penat!~

Hari ni penat sbb kesinambungan semalam. Dah 2 hari berturut2 keluar beli barang je keje. Semalam beli brg2 nak buat hantaran kat puchong. Hari ni pulak ke Ikea nak beli bookcase. Selama ni saya dok simpan buku2 dlm storage box. So susah nak nampak and payah nak trace buku mana yg dah ada and belum ada. So perlu cari bookcase yg cantik bergaya sikit biar kemas dan sedap mata memandang.
Jadi ke ikea kita. Berdua sama mak. Sebelum masuk ikea singgah Ikano dulu. Masuk Aussino. Nak cari quilt cover. Sbb baru tunang je jadi beli yg sama design dgn bedsheet sedia ada. Nak jadi rezeki beli 2 king quilt cover set baru RM80 je. Berbaloi2. Alhamdulillah. Belasah jelah. Tu pun nasib baik dah beli quilt. Kalau tak merasa pulak beli quilt sampai Rm200++. Syukurrr dah ada.
Then terus masuk ikea. Merayap sampai jumpa Billy bookcase idaman hati. Tapi tetiba tak keruan sbb tgk macam tinggi pulak. Muat ke kereta ni? Nak guna delivery mmg tak kuasa la. Kata nak jimat. Kang kena bayo delivery RM70 semata2 nak angkut seketul bookcase je? Heh! Lagi la tak kuasa.
Pi tanya kat staff ikea diorg ckp boleh kecuali kereta myvi, proton dan lelain kereta kecik. Lega. Tapi satu lagi cabaran. Kotak bookcase tu beratnya mak aiiiiii .. tetiba tangan gagah perkasa haku pun tak larat angkat. Sadis. Tgk kiri kanan staff takde pun nak tolong. Nak panggil2 lagi la lambat. Sudahnya angkat sendiri juga pelan2. Tak mintak tlg mak sbb dia pun bukan sihat sangat. Kang lain pulak ceritanya.
Mujur nak masukkan dlm kereta ada mat bangla tolong. Salute abis sbb dia angkat sorg2 selamba ngok je. Makanan apa la dia makan agaknya?
On the way balik singgah Tesco lagi. Singgah mkn sizzling yee mee kat foodcourt yg sumpah takkan pegi lagi. Sbb kotor. Eii.. geli haku. Tray pun kedaung apa ke jadah begitu? Isk..
Kat Tesco sempat belikan baju encik cipetos sekali. Nak harap dia beli haram entah bila. So sila pakai baju kemeja pink tu nanti ye. Hehe..
Balik rumah satu cabaran lagi. Nak angkut kotak bookcase tu masuk rumah pulak. Aduhaiii.. rasa nak melayang2 badan angkut kotak tu. Tapi jgn risau. Sukses juga. Pelan2 angkut. Slow2 pasti berjaya. Walaupun akibatnya nanti ekau tanggung kemudian. Isk
Cabaran seterusnya .. hehe.. memasang bookcase tu. Tapi alhamdulillah. Senang je pasangnya. And the quality pun mmg worth it la. Tak sesia I angkut berat2 tadi.
Sekarang dah susun buku pun. Walaupun azab jugak dok angkut buku2 yg belum di baca turun dari bilik atas. Yg dah baca pulak angkut naik atas simpan dlm kotak. Sementara nak beli bookcase seterusnya utk library kan. Jadi dok dendiam dlm kotak tu.
PB290045
Kotak ini besar. Buku itu banyak. Sangat berat. Di bawa turun melalui tangga seorang diri. Sangat penat. Akibatnya tangan kanan adalah sangat sakit. Sapu yoko2 baru ok sikit.

PB290046
Ini gambar setelah bookcase siap di pasang. Siap susun buku2 yg dok simpan dlm kotak. Baru first layer susun tu. Next!

PB300047
Yg ni dah susun double layer. Sbb tak cukup ruang. Jadi yg masih dlm bungkusan plastik saya susun kat belakang. Yg depan adalah buku2 yg saya plan nak baca dulu. Stationery sume pun dah susun dlm kotak.

PB300048
Close up dah siap susun. Semua tu yg belum baca tau. Memang betul la. Perlu elak dari mengunjung kedai buku thn dpn. Encik Cipetos kata pesta buku pun tak payah pergi. Hishhh.. tak best la macam tu. Apa kata kita pegi jugak tp tgk2 je? *wink*
Selesai sudah edisi mengemas part 1. Nanti kena kemas hat lain pulak.
Signing off,
signature

Isnin, November 29, 2010

Menjaga bayi~

Semalam adalah kelas terakhir saya semester ini. Sekaligus exam. Sekaligus party mkn pizza. Sekaligus sesi amik pic dgn lecturer tercyg. Syg sungguh sbb tak dpt bersama dia lagi sbb segala elektif luar bidang saya dah ambil. Last day semalam, lecturer saya bagi note utk semua students dia.Sooooo sweet. Rasa macam nak senyum sepanjang hari je baca. ^___^ Namun demikian saya masuh hutang 2 assignments lagi dgn dia. Ehemm..
Petang semalam saya ke kedai beli barang hantaran. Yg dapat hanya styrofoam (betulkah ejaan ni?) je. Sbb kedai tu dah nak tutup pulak. Dah nak maghrib. Isk.. Ingatkan boleh terus beli dan buat apa yg patut. Sekali tak dapat gak. Hishhh…
Hari ni pulak saya menjaga bayi. Bayi yg baik adalah selepas minum susu dia tidur. And yes. Bayi itu sedang tidur. Bagusss.. dan mummy mok mok bleh online. Hehehehe.. tadi dia berak. Owhh.. masih belum boleh membiasakan diri dgn najis. Najis kucing boleh pulak. Owh.. itu terpaksa. Ini belum sampai tahap terpaksa. Sbb mak ada. Jadi bagi emak cuci najis cucu dia. Hehehehe.. saya tukang pakaikan lampin dan baju aje. Ngeh!
Tapi yg peliknya, emak yg cuci najis tangan saya yg berbau najis. Pfffttt… huh! Bye. Nak sental tangan.
Signing off,
signature