Khamis, Januari 06, 2011

5 bulan…

Malam tadi pukul 10.46 mlm kami terima panggilan telefon dari husband sepupu emak. Panggilan telefon yg memberitahu atok saudara saya yg terakhir sudah pun menghembuskan nafas terakhir. Petang sebelum itu kami sudah ziarah dan mengikut pengalaman mmg tak lama. Saya sempat bacakan yasin sebanyak 3 kali sebelum tolong mengupas bawang utk keluarga yg lain gorengkan mihun utk makanan tetamu yg datang.
Pagi tadi hujan. Sewaktu sedar dari tidur saya sudah fikir bagaimana urusan mandi jenazah nanti. Emak kata rumah diorang ada porch. So jgn risau pasal hujan. Saya, emak dan makcik ke rumah anak dan menantu arwah pukul 8.30. Org sedang bersiap utk mandikan jenazah. Jenazah tu pulak mahu di bawa ke Bagan Datoh utk dikebumikan. Yg paling sedih adalah tiada seorang pun anak lelaki arwah yg ada utk mandi dan kafankan jenazah. Semua sudah ke Bagan Datoh sedangkan saya rasa moment yg penting adalah saat mandi dan kafan. Bukannya kebumi. Hmmm…
Cerita lain pulak. Esok adalah kelas pertama saya semester akhir ni. Perasaan seperti biasa risau. Risau nak cope dgn subject baru. Risau dgn pensyarah yg kali ni agak tough. Tapi takde pilihan lain. Mesti hadap juga. Hanya tinggal 5 bulan saja lagi. Dah bertahun2 perjuangan masters takkan 5 bulan tak boleh hadap kan. So kena motivate diri lebih sikit. Bila tengok akademic calendar tadi rupanya semester dpn start bulan September. Wah! Lamanya cuti ek. Bagus jugakla. Boleh saya concentrate urus hal kahwin. Eh.. silap. Urus hal project paper daa.. Hiks….
Masalahnya tajuk pun nan ado lagi ni. Hmmm.. runsing sungguh la. Ni yg nak tak nak kena gak bertapa di library bila time free. Kena disiplin sikit la semester ni nampaknya. Kalau tak habislah saya.
Okla.. saya stop sini. Hari ni satu hari mata saya kurang selesa. Macam ada semut masuk pulak. Mengapakah? Pftttt~
Signing off,
signature

Isnin, Januari 03, 2011

First jalan as tunangan~

Wah! Tajuk macam la dia sorang je dah tunang kan. Hahaha.. xpe. Kasi chance naa..
Hari ni saya keluar dgn En Cipetos. Mulanya nak pulangkan pinggan mangkuk yg di guna masa hantaran hari tu. Kebetulan pulak si Cipetos ada kerja di the Curve jadi ke Curve sana. Saya actually nak ajak dia mkn prosperity burger nun. Jadi sekali harung ke sinun sudah.
Dlm perjalanan ke Curve melalui NKVE saya tanya “Apa beza sebelum dan selepas tunangan?”
En. Cipetos jawab “Tak de beza apa pun”.
Exactly. Saya pun rasa sama je. Takde rasa extraordinary ke hape ke. Sama je pun. Cuma maybe sbb ada title tu jadi En. Cipetos acts lebih bertanggungjawab la. Contoh, kalau saya lambat turun kereta maka dia akan membukakan pintu. Begitu. Kalau saya nampak terhegeh2 bawak beg plastik soping ke hape maka dia akan ambil dan bawakkan. Hehe..Yg lain sama je dik non.
Selain dari tu percakapan pun jadi makin baik kot. Kalau dulu kalau tak mengarok bukan ler namanya berjumpa. Sekarang ada sikit man man gitu…
So.. kesimpulannya memang benarlah apabila sudah terbuka jalan utk membina masjid maka berdoalah semoga semuanya dipermudahkan. Dan memang benarlah tujuan Allah mewujudkan institusi perkahwinan itu ada keajaiban yg tersembunyi.
Jadi mana yg bercinta tu mari kita ambil selangkah ke jalan lebih diberkati Allah. Semoga kehidupan kita lebih diberkati dan terselamat dari fitnah dan gangguan syatonirrojim yg menyesatkan.
Signing off,
signature

Sabtu, Januari 01, 2011

1.1.11

Selamat tahun baru 2011…
Bertambah lagi setahun. Semoga semua baik2 saja nanti.
Resolusi 2010 capai tak? Entah la. Sbb saya tak de pun. Cuma tak sangka di penghujung 2010 saya dah jadi tunang orang. Memang langsung takde perancangan apa pun. Niat pun takde. Tup tup sudah bertunang. Ajaib kan? Hehe.. idak ler. Tu namanya jodoh. Jodoh pertemuan di tangan Allah.
2011 ni jugak insyallah tinggal 5 bulan lagi saya attend kelas di um. Lepas tu masa utk bertapa siapkan project paper. Hopefully everything goes well.
Hari ni jugak birthday mak yg ke 57 tahun. Emm… sayu jugak rasa. Kami celebrate di rumah PA. Order kek sebijik exactly serupa dgn kek tunang saya then makan2 di sana. Sempat potong rumput sebelum hujan turun dgn lebatnya. This time semua ada. Saya, adik, adik mak, menantu dan cucu. Harap mak happy sentiasa. Dah lama sangat mak sedih kan. So resolusi 2011 saya termasuk membahagikan mak.
Dengan masuknya tahun 2011, saya rasa masa semakin pantas meninggalkan saya. Dan saya masih begini. Saya harap saya dapat menyelesaikan perjalanan masters ini dgn sempurna. Demi impian abah. Demi impian mak. Dan impian saya juga.
Itu kisah 1.1.11 saya. Kisah anda bagaimana?
Signing off,
signature