Selasa, Julai 12, 2011

mood: moody

hishh.. tak best. Perasaan tak best. Adakah kerana mkn terlalu byk? Mengapa byk? hishhh…

Betul la org ckp. Mkn terlalu byk membutakan hati. In my context it’s ruining my positive aura. Benci!

Khamis, Jun 23, 2011

Crocs warehouse sale~

Yes. Sbg penggemar kasut yg kdg2 tegar kdg2 tak berapa nak tegar sbb budget takde saya teruja nak join the sales. Kasut crocs mmg one of my favourite la. Comfy tu utama. Dan lately saya dah redha utk isytihar diri sendiri adalah pemilik flat feet. Sblm ni gedik juga nak try wedges la bagai. Tapi memandangkan diri adalah seberat 2 tan maka lupakan hasrat nak pakai kasut yg bertumit lebih dari 1 inci. Sekian. Kesian.
So seperti dlm entry yg lalu saya dah jot down pasal story bahagia membeli kasut. Sorry to say yg akibat dari sesi menjejak dan membeli kasut itu telah buat saya semakin parah. Dlm otak asik la ingat kasut. Gila.
Dlm sebulan dua ni selain kasut utk kawen tu saya dah beli crocs kadee in black. Lepas tu jumpa pulak Bata buat clearance kat Subang Parade. Beli lagi sandal comfit. Then ada pulak crocs warehouse sale ni. Beli lagi malindi in skyblue. Damn!

11215_pair_060My kadee in black =)

Ohh.. man. Dari nak cerita psl warehouse sale tu melalut ke entry confession pulak. Isk. So sorry to myself. Perlu buat something utk back to reality again. Jgn dok asyik dlm dunia kasut memanjang.
Ok. Back to the sale story. Terus terang saya katakan jangkaan saya meleset. Maybe sbb saya pergi dah malam so byk stok dah habis kot. Women shoes pun tak byk ada. The only pattern yg menarik pandangan adalah malindi. Tu pun hanya ada 3 colors: mango, cotton candy and skyblue. Tapi semua tu pun ada saiz 9 & 10 je. Syukur saya pakai saiz 9 kan. So dpt la beli. Cuma terkilan cotton candy tu hanya ada saiz 10. Saya cuba pakai tapi sangatla besar. If only saya dtg awal tadi mesti dapat. Tapi takpelah. Takde rezeki. Saya bawak 2 psg malindi in mango dan skyblue tu ke kaunter. Tapi hanya beli yg biru sbb saya ingatkan harga dia RM50 sepasang. But rupanya RM70. Hishhh.. tulis lain. Sampai kaunter lain pulak. So cancel yg mango. Kat outlet pun dpt harga tu tau. Beli jugak sepasang selipar prepair utk adik. Mak pesan. Utk raya katanya.
77483-0 Mine =)
10382_side_067
My brother’s crocs. But his is in plum. Cantik ler.

So that’s all about it. Nothing fancy. Biasa2 aje.
Next time takde la jakun sgt nak ke warehouse sale crocs ni kan. Beli kat concept store atau outlet pun dah happy kalau tiba time nak crocs baru.
Kan?
*Credit all pictures to Google.

Khamis, Jun 02, 2011

Hantaran hunting Part 2 - Kasut

Sebagai seorang yg berkaki saiz mak gajah (saiz 9 sometimes 10) mmg misi mencari kasut adalah payah. Mana taknya, asal masuk kedai kasut semua yg sesuai utk wedding adalah tak muat. Sabor jelah. Sampai rasa nak give up pun ada. All this while kalau beli kasut casual or merepek2 tu ada je pulak. Nak mencari kasut pengantin mmg ler dugaan betul. But alhamdulillah.. semua sudah setel. Dan sekarang saya sudah ada 4 pasang kasut utk wedding.
Hahahaha.. yes. You read it right. Empat pasang kasut utk wedding je. Dari memula susah nak beli kasut tetiba dah dapat 4. Hehe..

nikah shuz Kasut #1

Kasut kuning ni beli kat vincci je. Kebetulan ada sale. Dan matching dgn outfit akad nikah saya nanti. Yes. Warna outfit utk akad nikah adalah kuning. Tak nak beli warna putih or cream sbb nanti afterwards mmg takkan pakai dan itu membazir. So beli kuning kekdahnya. Kasut tu nanti kalau rajin boleh DIY sikit bagi menyerlah. NEXT!

bertandang Kasut #2

Kasut warna lilac ni utk majlis bertandang. Sepatutnya beli utk dipadankan dgn outfit resepsi di rumah saya tapi bila balik tgk langsung tak matching. Nasib baik match dgn baju bertandang (baju bertandang adalah baju tunang ye). Recycle baju tunang sbb sayang giler kot baju tunang ni. Dah ler mahal. So mahu pakai lagi. Ni warna favourite emak saya. Sekarang sudah jadi favourite saya juga. Kata anak emak kan. Mesti la serasi gitu. NEXT!

hantaran kasut Kasut #3

Kasut seterusnya adalah kasut utk diletak di atas dulang. Warna kasut adalah bukan hitam. Sbb mahu lari warna2 kebiasaan. So beli mcm maroon merah. Tunang saya yg suggest sbb saya dah bagi tahu awal2 tak nak beli handbag warna hitam. Saya kekonon nak beli handbag pink. Tapi nan ado beli pink pun. Beli sama warna kasut ni jugak. Hehe.. misi mencari handbag nnt entry lain ye.
FYi, kesemua kasut di atas adalah kasut tumit rendah. Dlm 1 inci je heels deme. Nan ado bertumit tinggi pun sbb pakai mestilah utk keselesaan di hari bahagia mahupun di kemudian hari. Konsep membeli kasut ikut petua emak adalah mesti kasut tersebut selesa di pakai semasa bertandang ke rumah saudara mara dan sesuai di bawa bersantai ke mana sahaja. Thanks to emak sbb sentiasa jadi image consultant merangkap penasihat merangkap pengurus peribadi saya. Waakakaka..

wedding shuz Kasut #4

Ingat tak tadi saya kata kasut lilac tu tak match dgn warna outfit resepsi belah saya? So disebabkan itu emak kata beli je kasut warna silver/putih. Sbb kang salah beli lagi. So end up dpt beli kasut yg bebetul utk wedding. Bertumit. Dlm 2 inci kot. Just nice la jugak. Takde rasa sakit kaki sbb mmg cutting utk plus size. If only jumpa kasut ni dari awal for sure kasut #1 dan #2 di atas tidak akan dibeli. Tapi tulah kata orang rezeki utk si penggila kasut ni kan. Maka dapat la kasut secara banyak. Tersengih sampai telinga ler haku. Ngee..

Oklah.. nanti cerita lagi. (Mmg tulis perenggan penutup selalu tak best :p)
Daa..