Selasa, Februari 24, 2009

Saya sibuk

Saya sangat sibuk sekarang.


Pasal wedding.


Rumah nak di kemas. Langsir nak ditukar. Perabot nak di susun.


Pasal study.


Satu laporan kajian nak di hantar minggu depan. Nak kena baca. Nak kena tulis. Nak kena semak. Nak kena analyze.


Pasal renovation rumah.


Saya juga yg nak drive mak ke kedai hardware. Ke kedai pintu. Ke kedai cat.


Jadi rutin saya bermula di awal pagi dan berakhir di lewat malam.


Pada yg tak faham boleh tolong faham? Tak susah pun nak faham. Dah setel majlis wedding (yg bukan pun wedding saya tp sibuknya saya ngalahkan pengantin yg only God knows why). Dah setel laporan kajian nanti dan SEMUA saya boleh luangkan masa lebih BANYAK.


Dalam sibuk sibuk ni saya terfikir nak stop blogging.


Tengoklah nanti.


Stress.


Penat.


Bosan.


Faham?

Sabtu, Januari 31, 2009

Rasa gugur hati

Hari ni saya membuat kerja memasukkan gegula ke dalam plastik utk di isikan bersama item lain sebagai cenderahati tetamu. Gegula tersebut adalah berjenama Choclair sebyk 3 biji, Lot 10 orange sebyk 2 bijik dan Lot 10 strawberry sebyk 2 biji juge. Selain gegula nanti akan ada coklat zip 2 btg, sebijik cupcake yg di sponsor oleh sang katerer dan sebijik cenderahati misteri. Dah siap pack semua nanti saya story the mory.


Masa saya berehat sekejap tadi saya layan si Jojo. Entah macam mana dia tetiba macam terperanjat dan melompat. Melompat dan jatuh ke lantai. Kedepek! Isk. Menjerit tak ingat si Jojo. Saya pun apa lagi terus terkam. Check badan dia kot ada yg patah. Dah la baru sambut besday ke sebulan hari ni. Terjadi lak kejadian tak di ingini ni. Isk. Kesian Jojo. Risau sungguh saya. Entah apa la dia takutkan tetiba tu.


Malam ni sebelum Jojo tidur saya check lagi badan dia. Saya nampak ada satu luka kecil kat leher dia. Saya agak itu bekas gigitan mama dia. Hishh.. citamuna ni kan memang la meroyan. Anak dah boleh berjalan laju pun dia masih nak dukung lagi. Esok saya bubuh minyak gamat la.


Photobucket


Budak kecik yg baru usia sebulan yg jatuh gedebuk tadi. Kesian dia. Tidur suda..


Photobucket


Sangat adorable..


Photobucket


Mama yg miang lagi gatal. Kena guna sabun dettol ni kasi slow down kegatalan. Hahahaha..


Esok saya plan nak ke ikea. Ada benda kena beli. Sure ramai orang la kan. Hmmm.. we see how la hoh!

Jumaat, Januari 30, 2009

sambungannya

Ok. Saya dah balik dari UM. Discussion dah setel. Dah lega sikit. So boleh meneruskan dengan acara kemuncak Sehaaatiii Berdansaaaaa.. (tetiba?) Hiks..


Ok meh saya cerita pasal Pesta Buku Alaf 21 yg saya pegi tadi. Saya dah tahu pasal sales ni sejak minggu lepas lagi. Jadi saya actually dah sediakan satu list buku2 yg saya nak skodeng dan beli. Di samping tu saya baca review2 blog buku yg ada. Kiranya kepergian saya membeli belah buku kali ini dengan persiapan yg rapi. Tetapiiii..


Bersiap je rapi. Tapi tak bawak pun list tu. Hampeh tak? Dah sampai kat premis Alaf tu baru saya teringat pasal list. Namun begitu (ayat skema) saya ingat la buku apa nak beli kan.. jadinya saya tumpukan sepenuh perhatian dan jiwa raga hanya pada buku yg ada dalam list. Suatu usaha mengawal ekonomi. Heheh.. bijak kan saya? (Lately saya agak riak kan? Hishh.. astaghfirullah..)


Meh tgk gambar pulak.


Photobucket


Gambar cam gelap sbb saya cam memalu nak ambik gambar. Nanti org tau saya blogger. Hanya blogger je suka beraksi pelik. Semua benda nak ambik gambar. Hehehe..time saya pegi tu baru pukul 10. Org dah mula nak ramai. Tapi saya dapat bershopping secara bebas dan mengepak-ngepak (sila bayangkan err.. apa eh.. ayam ke?. Acara shopping saya berlangsung hanya selama 10 minit. Persiapan awal tu penting ya.


Photobucket


Dua beg plastik sahaja. Satu beg utk saya. Satu beg utk abah. Kitorang kan geng ulat buku. Jadi kalau saya beli abah pun nak. Kalau abah beli saya pun nak. Saya je yg mewarisi obsesi buku abah ni pun. Calit sket bah!


Photobucket


Buku-buku saya. Ada yg baru. Ada yg lama.


Total spent adalah RM172.80. Wahh! Lepas ni nganga je ya. Tak boleh beli macam2. Simpan utk Pesta Buku Antarabangsa pulak. Nak beli buku ilmiah pulak.