Memaparkan catatan dengan label Shopping. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Shopping. Papar semua catatan

Jumaat, Ogos 17, 2012

Fabulous Friday #1


Love at first sight. Jalan2 di Parkson Subang Parade utk menghabiskan voucher yg akan tamat tempoh esok lusa. Tak tahu nak beli apa. Pusing shoes department, handbags. Naik ke tempat stationary. Turun semula ke shoes department dan jatuh cinta dgn dia. Dah lama tak beli court shoes sejak tak kerja. Looks black but dark brown ni.


Sabtu, Januari 30, 2010

160. Tiada tajuk

Semalam sewaktu dalam perjalanan pulang seusai kelas saya ternampak ramai students um berkumpul. Semacam ada tunjuk perasaan. Kononnya mereka membantah sistem e-voting. Saya agak ada pilihanraya kampus sbb banyak poster di sana sini. Ada di antara mereka yg piket itu membawa objek yg seakan toilet bowl. Hihihi.. entah betul entah tidak mata saya ni memandang sbb saya sedang enak mengunyah biskut IKO bungkus warna putih yg sangat sedap (OK. Ini iklan biskut IKO percuma). Saya lihat ramai yg berpiket adalah pelajar perempuan yg beria-ia berteriak. Tapi yg saya rasa lawak adalah riak muka mereka seolah-olah gembira mencari glamour sahaja. Mana tak glamournya ketika itu memang jalan sesak sbb orang pulang kerja. Di tambah pula dengan piket itu lagilah bersusun kereta menuju exit KL. Saya ikut exit KL kerana saya mahu ke Amcorp Mall sebenarnya. Hehehehe..

Selepas lebih kurang 15 minit baru saya dapat lepas dari sesakan itu. Lega. Terus tuju ke Amcorp Mall. Memang dah lama rancang nak ke situ tapi selalu malas byk benda lain kena buat. Jadi alang-alang sudah ke um baiklah ke situ terus. Sampai di Bookxcess kedai buku favourite saya itu saya seperti biasa jadi gelap mata. Memang banyak sungguh buku. Mungkin ada new shipment. Sangat teruja. Dari depan saya ke belakang. Meluangkan masa di sudut kegemaran chic lit sahaja mengambil masa sangat lama. Belak sana belek sini. Akhirnya mengambil keputusan membawa pulang 6 buah novel (6 buah novel = RM102.95). Saya dapat book thong percuma juga. Kali ini saya pilih book thong warna merah sbb berkenan dengan bebola cinonet yg comel itu. Rasanya ini purchase pertama saya di kedai itu utk tahun ini. Harap-harap saya dapat habiskan bacaan semuanya sebelum kembali jejak kaki ke situ.


See? Saya beli Cathy Kelly's books; What She Wants & Past Secrets, Cecelia Ahern's Thanks for the Memories, Chasing Harry Winston by Lauren Weisberger, The Playground Mafia and Clicking Her Heels (cerita pasal kasut mmg selalu menghantui diriku). Rasanya dlm dua tiga bulan lagi baru saya jejak kaki ke situ lagi (kalau tak ada keperluan memburu la i.e tetiba buku dlm wishlist ada jual kan)

Keluar dari Amcorp saya tersangkut lagi dalam kesesakan yg tidak berkesudahan. Mujur trafik lancar selepas susur LDP (tapi sebelum nak sampai situ hazab la kematu bontoad :p).

Then, saya ke Mydin sec 18 pula. Emak kirim sayur. Pilihan sayur di Mydin adalah sesuai utk org kebanyakan. Betul ni. Sbb biasanya mereka dah siap bungkus dgn tag harga sekitar RM1-RM3 saja. Sekarang setiap hari lunch kena ada sayur. Lebih baik sayur hijau. Saya rasa sayur hijau adalah sangat sedap. Pilihan saya selalunya sayur park choy atau sawi bunga. Dan bakul shopping saya ketika itu hampir penuh dengan 2 jenis sayur itu sahaja. Pernah tak anda makan sayur hijau dan berasa tiada lagi makanan seenak itu lagi di dunia? Hik hik.. jadilah seperti kambing mbekk mbekk.. :p

Sampai rumah saya tengok emak keseorangan. Emm.. malas nak ceritalah. Ke kanan macam tu. Ke kiri macam tu. Ke depan macam tu. Ke belakang pun macam tu. Faham tak? Simbolik ni. Bebuat faham jelah ya..

Lagi apa ya? Oh.. entry ini saya backdated kan. Sbb sudah ada dlm draft dan patutnya publish on the day itself tp saya pulak malas nak upload pics. So backdated la sudahnya.

Coming up next... karnival MPH la kot!

Tah Tah.

Sabtu, Januari 16, 2010

157. Letihnya

Hari ini buat pertama kalinya saya telah memecah rekod peribadi. Saya telah masuk satu .. err.. kumpulan. Hehe.. bunyinya agak ekstrem.

Pagi-pagi saya sudah bersiap dan melaung mencari emak mengajak pergi bersama. Rupanya emak mengajak adik ipar juga. Maka pergilah kami ke suatu tempat.

Akibatnya saya telah mendapat satu suntikan baru. Dan insyaallah setiap minggu saya akan berada di situ. At least weekend saya sudah ada 'sesuatu' yg menunggu.

Cerita selanjutnya saya sambung apabila usaha menampakkan hasil.

Pening betul baca kan? Seolah melakukan kegiatan bawah tanah saja. Jangan risau. Saya tidak melakukan perbuatan melanggar undang-undang. Nanti nanti saya cerita ok.

Setelah beredar dari tempat tersebut kami ke Jusco Bkt Raja. Saya hendak membeli sebuah thesaurus. Di Subang Parade semalam stok yg ada adalah buruk.



Disebabkan hari Sabtu di negeri Selangor adalah 'No Plastic Bag Day' maka saya dengan gembiranya membawa 'reusable bag' yg saya ada. Suka la bila ada hari macam ini. Saya nampak belum ramai yg membawa beg sendiri semasa membeli belah. Mungkin tidak aware atau apa pun saya kurang arif. Tapi saya secara peribadi adalah excited (sbb saya ada byk eco bag yg tidak digunakan).

Esok saya dan emak akan pulang ke kampung emak di Perak nun. Jadinya blog saya akan terbiar selama 3 hari. Doakan saya dan emak selamat pergi dan balik ok.

Anda semua jaga diri.

:)

Sabtu, November 14, 2009

136. Betulkan tudung kamu

Ya. Nampak tajuk di atas. Itulah pesanan terakhir abah utk saya, satu-satunya anak perempuan yg dia ada. Emak cerita selepas mendapat 2 orang anak lelaki dari perkahwinan pertama abah sangat-sangat hendakkan anak perempuan apabila berkahwin dengan emak. Emak pula sebaliknya mahu anak lelaki. Dan emak kata pada saya "Abah menang".

Di saat abah terlantar tenat di hospital, abah sempat berkata pada saya "Betulkan tudung kamu".
Apabila saya ke bilik air melihat di cermin memang rambut sejemput di kepala saya terkeluar. Dan seperti kata emak "Dia perhati betul awak tu".

Memang semenjak dua tiga bulan kebelakangan ini saya mulai rimas memakai tudung. Nanti. Jangan salah faham. Baca lagi. Saya rimas dengan tudung-tudung yg saya pakai sebenarnya. Selama ini saya pakai tudung bawal. Kalau tudung bawal gred 1 lagi saya rimas. Saya rimas sbb ia jarang dan mungkin fabriknya terlalu nipis serta bidang tudung 45 inci itu sememangnya tidak cukup menutupi dada saya.

Mengambil serius pesanan abah tercinta, saya dan emak ke TTDI pagi tadi.

Jeng jeng jeng...

Photobucket
Kunjungan pertama telah membawa balik 3 helai tudung Ameera yg berharga RM80 sehelai. Saiz saya adalah sama dengan emak iaitu saiz L. Design tudung yg lain belum menambat hati saya lagi. Akan datang belum pasti.

Photobucket
Kebetulan hari ini memakai baju kurung berwarna purple. Dan beli sehelai tudung berwarna purple utk emak sbb emak mempunyai koleksi baju kurung purple yg banyak. Sampai rumah posing dulu depan kabinet buku abah yg saya kemas beberapa hari yg lepas.

Amacam? Nampak lebih sopan dan selesa bukan? Cewah!

Yg penting tutup aurat ya buk!

Jumaat, September 04, 2009

98. Crocs pertama

Hoyeh! Hoyeh!

Akhirnya setelah org lain crocsnya udah lusuh, saya baru nak pakai. Biasalah saya ni pun. Serba serbi lewat. Org lain udah suam saya baru nak panas. Huhu..

Tengahari tadi saya ke Mines. Sudah lama mahu menjengah ke Crocs Outlet. Hendak membeli di Crocs boutique tidak mampu. Pasrah sahaja lah. Sebelum ini saya bukan minat kasut getah 'buaya' tu. Konon tak berkenan dgn design model Beach di awal kemasyhuran 'sang buaya'. But kemunculan malindi menarik perhatian saya. Alice juga. Minnie Mary Jane juga. Arghh.. sudah! Semakin lama semakin berkenan. Dan akhirnya..

... tadaaaa ... (kasi can la makcik mont poyo dgn kasut crocs barunya)..

My 1st crocs
My malindi Mango

My Malindi Mango. Walaupun warnanya sangat gilerr terang tapi itu je malindi yg ada pun. Saya try Alice tapi tak sesuai dgn kaki lebar saya. Mary Jane pulak rasa janggal memakainya. Jadi malindi mango saiz 9 itulah yg berjaya ikut saya pulang. Tahniah malindi mango! (Tetiba teruja?)

Kisahnya tujuan asal ke crocs outlet adalah hendak membeli sepasang kasut/sandal raya utk abah saya. Saya memang nak belikan kasut/sandal crocs sbb ciri-ciri water proof dan non-slippery itu. Sbb abah saya kan selalu mahu ke bilik air ketika bersiar-siar atau ke hospital. Jadi perlu cari kasut yg tidak licin dan tahan basah.

Memula nak belikan Baya atau Offroad. Tapi gedabak sangat. Aim Beach juga. Tapi tiada warna sesuai di outlet tadi. Dan akhirnya saya beli model Sobek (tidak tahu pun ada sandal model Sobek?)..

Photobucket

Sejurus pulang ke rumah saya dengan penuh keterujaan membawa sandal crocs baru abah ke biliknya. Abah yg sedang baring saya suruh bangun utk try sandal baru. Cuak juga jika tidak muat (walaupun saya tahu saiz kasut/selipar abah apa sbb sudah selalu sangat membeli).

Hoyeh! Muat! Veryyyy good!

Saya tengok abah sangat suka dgn sandal baru itu. Sbb pabila berjalan pun tidak licin sama sekali. Saya seronok. Selepas ini misi membeli crocs sassari pula utk emak sbb emak yg teruja melihat saya dan abah ada kasut 'kerok' (read: crocs) teringin juga sepasang tapi mahu yg tinggi. Perghh! Habislah lepas ni saya kelihatan kemetot pula. Harapnya adalah nanti crocs sassari saiz emak di outlet. Amin.

Btw, harga kasut saya RM64.50 dan sandal abah RM80.

Sabtu, Ogos 15, 2009

88. Sunway Pyramid dihati

Cak~!

Saya baru pulang dari Sunway Pyramid. Oh.. dlm minggu ini sahaja saya telah 3 kali ke pusat membeli belah itu. Kali pertama adalah pada hari Rabu yg lepas bersama bakal adik ipar. Kali kedua adalah selepas kelas hari Khamis. Dan kali ketiga pada hari ini.

Kisahnya saya sampai 3 kali ke Sunway Pyramid ialah pertama sbb hendak mencari kasut hantaran warna putih yg cantik. Jadi saya mengajak bakal adik ipar saya itu ke Charles & Keith. Kebetulan ada sale kan mana tahu dapat kasut sepasang dari situ. Tapi malangnya design yg kami berkenan tiada saiz beliau. Salesgirl itu kata tinggal saiz yg besar besar sahaja. Wah! Saiz saya ialah 9. Wah! Wah! Wah! Kepala otak saya dah meligat ni. Kang sesilap org lain yg hendak membeli kasut hantaran org lain pula yg mendapat kasut baru. Ececeh! Tapi saya tak beli pun sbb kesuntukan masa. Kena ke kedai lain pula mencari. Masuk sana sini masih tak jumpa yg sesuai. Last last ke Jusco. Dan jumpa sepasang kasut Nautini. Kasut yg di pilih mestilah berciri berwarna putih, tidak terlalu tinggi dan boleh dipakai kerja nanti serta tidak melebihi RM100. Itu kriterianya. Jadi saya kira kasut Nautini tu boolehhlaa.. (walaupun saya rasa tak cantik kedebaboomm dezasss sgt).

Saya pula.. ihikss.. membeli juga sepasang kasut. Sbb saya memang mencari kasut yg selesa menggantikan kasut merah kesayangan saya yg semakin menunjukkan uzur. Kasihan beliau. Nanti saya buat entri khas tentang beliau (read: Kasut merah). Kasut yg saya beli itu bukanlah kasut mahal pun. Cuma kasut Hawkeye berharga RM59. Selesa dan telah menjadi 'pengiring' saya ke kelas Khamis lalu. Nanti saya blogkan.

Amboi panjangnya kisah hari pertama ke Sunway Pyramid ya. Ok. Masuk cerita hari kedua iaitu hari Khamis. Hari Khamis itu saya ke sana sbb malam sebelum itu saya tak boleh tidur. Asyik teringat kasut di Charles & Keith. Jadi saya buat keputusan utk ke situ lagi selepas kelas. Apabila saya masuk C&K perasaan sangat teruja. Saya belek kasut yg menjadi igauan itu. Tapi apabila tenung lama-lama tiada kimia pula. Saya jenguk kasut lain. Ada sepasang yg saya berkenan. Ada 50% lagi. Tapi bila minta saiz saya salesgirl tu ckp TIADA. Arghh! Stress. Memang saja la tak bagi beli kan. OK. Saya melenggang keluar dgn tangan kosong. Masuk Jusco lagi. Kekonon nak menghapus kekecewaan di C&K nak beli sepasang dua di Jusco. Tapi teetttt.. saya balik dgn tangan kosong lagi.

Hari Jumaat saya lepak di rumah. Walaupun tarikan kuat utk ke Pyramid lagi tapi saya buat tak peduli. Konon. Padahal dlm diam diam sudah membuat plan bersama kamu (kamu tahu siapa kamu kan?). Dan hari ini saya dan kamu ke situ lagi. Kali ini dgn satu tujuan satu matlamat (entah apa apa jadi hamba kaki. Huh!). Hari ini tanpa was was saya melangkah ke kedai Skechers. Saya dah lama aim Skechers Cali Gear. Memilih design itu kerana saya mahu kasut 'plastik' yg boleh kena air supaya tidak sakit hati kasut basah ketika di toilet. Berbulan-bulan saya pertimbang antara Crocs dan Skechers. Akhirnya Skechers terpilih. Tahniah Skechers! (tetiba!!!).

Gambar-gambar saya upload kemudian ya.

p/s: Sedang saya asyik menghadap hidangan Wendy's tetiba kedengaran suara memberi salam (mati mati ingat org nak jual buku agama tahu) Hahhaa.. rupanya Eyzzah daaa.. waduhhh.. speechless saya. Dah ler saya selekeh hari ini. Dgn muka tak siapnya. Aduhaii.. itu pertama kali saya bersua muka dgn beliau. Waaahh! Peramahnya beliau. Saya sgt malu sbb saya sgt goblok tidak tahu ckp apa. Hehe.. eyzzah.. lain kali kita bergebang sesama eh? Aisyah pun ada. Aisyah adik Eyzzah is my classmate tahu. Tapi bila jumpa kat luar pun saya goblok speechless. Ciss!! Sangat memalukan bangsa (bangsa?). Heh!

Isnin, Jun 22, 2009

Singlet namanya?

Hujung minggu jalan-jalan keluarkan peluh di Bazarena. Nampak singlet berharga RM5 terus beli.

Pakai singlet di rumah sewaktu cuaca panas begini memang syok~!

Photobucket

One in purple, one in black and two in red. Satu lagi merah tiada dlm gambar sbb berada di badan makcik mont. Oh.. ada beads tau. Cool~!

Sabtu, Jun 06, 2009

DAISO

Setelah sekian lama menyimpan impian nak ke Daiso akhirnya hari ni saya tunaikan. Hehehehe.. macam jauh sangat Daiso IOI tu. Tapi itulah saya. Kekadang nak sangat pegi. Suka sangat pada sesuatu. Tapi suka mengabaikan apa yg saya hendak dan suka itu.


Di daiso saya telah membeli beberapa kitchen wares seperti rice mold (yg akan digunakan utk 'presentation' nasi goreng utk abah saya), filter utk coffee maker dan bebenda basic lain. Kalau ikutkan nafsu byk je nak dicampak ke dalam shopping basket tu. Tapi tahan. Sbb sebelum tu saya telah ke Branded Outlet dan berkenan pada sepasang kasut. Kasut lagi??!!~! Oppssie..


Lepas itu saya masuk juga Popular. Rupanya pintu 'rahsia' ke old wing IOI tersebut terletak di situ. Ceh~! Camtu pulak kan.. Kat Popular saya dok berkira-kira nak beli buku Twilight yg orang lain dah suam-suam kuku je nak hiraukan. Tapi bila fikir balik yg saya dah ada terlalu banyak stok buku yg belum di baca maka saya batalkan je niat nak membeli. Nanti next year bila ada warehouse sale baru la saya beli kot.


Pusing pusing jugak kat sekitar shopping mall tu tapi takde perkara menarik hati saya. Sebelum balik saya singgah semua Branded Outlet dan telah membeli pumps yg saya berkenan itu.


Dan makcik mont ini melangkah pulang dengan senyuman di bibir (walaupun macam sedikit berduka di hati :p .. )

Jumaat, Januari 30, 2009

sambungannya

Ok. Saya dah balik dari UM. Discussion dah setel. Dah lega sikit. So boleh meneruskan dengan acara kemuncak Sehaaatiii Berdansaaaaa.. (tetiba?) Hiks..


Ok meh saya cerita pasal Pesta Buku Alaf 21 yg saya pegi tadi. Saya dah tahu pasal sales ni sejak minggu lepas lagi. Jadi saya actually dah sediakan satu list buku2 yg saya nak skodeng dan beli. Di samping tu saya baca review2 blog buku yg ada. Kiranya kepergian saya membeli belah buku kali ini dengan persiapan yg rapi. Tetapiiii..


Bersiap je rapi. Tapi tak bawak pun list tu. Hampeh tak? Dah sampai kat premis Alaf tu baru saya teringat pasal list. Namun begitu (ayat skema) saya ingat la buku apa nak beli kan.. jadinya saya tumpukan sepenuh perhatian dan jiwa raga hanya pada buku yg ada dalam list. Suatu usaha mengawal ekonomi. Heheh.. bijak kan saya? (Lately saya agak riak kan? Hishh.. astaghfirullah..)


Meh tgk gambar pulak.


Photobucket


Gambar cam gelap sbb saya cam memalu nak ambik gambar. Nanti org tau saya blogger. Hanya blogger je suka beraksi pelik. Semua benda nak ambik gambar. Hehehe..time saya pegi tu baru pukul 10. Org dah mula nak ramai. Tapi saya dapat bershopping secara bebas dan mengepak-ngepak (sila bayangkan err.. apa eh.. ayam ke?. Acara shopping saya berlangsung hanya selama 10 minit. Persiapan awal tu penting ya.


Photobucket


Dua beg plastik sahaja. Satu beg utk saya. Satu beg utk abah. Kitorang kan geng ulat buku. Jadi kalau saya beli abah pun nak. Kalau abah beli saya pun nak. Saya je yg mewarisi obsesi buku abah ni pun. Calit sket bah!


Photobucket


Buku-buku saya. Ada yg baru. Ada yg lama.


Total spent adalah RM172.80. Wahh! Lepas ni nganga je ya. Tak boleh beli macam2. Simpan utk Pesta Buku Antarabangsa pulak. Nak beli buku ilmiah pulak.