Memaparkan catatan dengan label artis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label artis. Papar semua catatan

Selasa, Oktober 12, 2010

Yg kusangkakan makcik jual keropok -updated

Semalam saya menemani rakan saya yg bermasalah sihir tu mencari CD surah al-baqarah kan. Biasanya tempat yg senang nak cari bebenda macam tu adalah di kompleks pkns. Lagi pulak sekarang bulan ramadhan lagi la senang nak cari kat situ. Tapi malangnya parking di kompleks pkns tu penuh. Kalau ada pun kat parking terbuka yg jauh giler kena menapak dah tu pulak kena menyeberang jalan la pulak. Saya memang malas nak jalan jejauh bebulan puasa ni. Jadi saya park kereta di SACC. Ya. Jika anda mahu ke kompleks pkns tapi parking full sila parking di parking terbuka SACC mall kerana lebih dekat. Perlu melintas jalan juga tapi bukanlah jalan besar mcm highway nun. Hishh tak koserr..
Semasa nak masuk ke kawasan parking SACC tu saya nampak ada group sedang shooting pelemfilem. Or maybe drama pun saya tak sure. Saya cuma tengok dari jauh je sbb lokasi shooting diorg dgn kereta saya jauh. Jadi just ignore jela. Kami terus ke tempat yg nak dituju je.
Setelah selesai membeli apa yg dicari (Ohh.. saya nampak ada wedges yg saya berkenan juga kat Bata. Kalau takde tempat lain yg lebih menarik saya plan nak beli yg tu je. Ohh.. raya ni saya mahu kasut baru please.. isk) kami pun menuju semula SACC. Tapi kali ni lalu ikut dlm bangunan. Sbb tengahari kan panas nok! Hehe..
On  the way nak ke bangunan SACC tu ada seorang makcik ni tegur. Dia jual keropok dan minta kami beli satu utk tolong dia. Isk. Bukan saya tak nak beli. Tapi harap makcik faham saya sedang berada dalam kondisi tight budget. Lain kali kalau ada rezeki pasti saya beli la kan. Bukan sekarang. Isk.
So kami terus menuju ke mesin auto pay yg dekat pizza hut tu. Nak dijadikan cerita kat tetengah pintu kaca tu ada lagi sorang nampak macam makcik jual barang jugak. Pakai baju kurung cotton (amboii.. cotton lagi you!) dan bawak beg besar petak2 tu. Hishh.. macam mana nak describe ni. Tahu tak beg yg empat segi besar yg slalu maid nak balik indon bawak tu? Ishh.. susah nak cakap. Pepaham jela ye. Saya dan rakan saya ni dah jalan laju2 sbb tak sampai hati nanti kena tolak jualan dia lagi kan. So kami straight bayar parking je. Tanpa toleh kiri kanan.
Lepas setel bayar parking tu kami terus nak ke kereta. Nak dijadikan cerita saya nampak crew shooting yg saya nampak mula2 tadi dah pindah kat depan tu pulak. Jadi kalau kami nak lalu memang bebetul depan diorg la. Saya nampak ada satu kereta myvi hitam dok parking kat depan tu. Saya fikir maybe diorg shoot kereta tu la. Saya toleh gak tengok kot ada pelakon yg saya kenal ke kat dlm tu. Tapi yilek. Time kami lalu tu memang takde orang lain lalu lalang. Hanya ada saya, rakan saya dan guess who? Makcik yg pakai baju cotton tu ok! Dia jalan bebetul depan saya dan rakan saya tu. Then, saya nampak director tu tunjuk tangan suruh lalu tepi. Saya ingatkan dia tak bagi lalu tengah sbb diorg tgh shoot ke apa. Sekali cuba teka???
Makcik yg lalu depan kami yg pakai baju cotton yg bawak beg besar mcm nak jual barang tu ialah makcik FAUZIAH NAWI ok!!!
18a1-fauziah nawi *picture credit to google
Gila malu haku ngan member haku ni. Isk..
Gila bengong sampai tak perasan siapa dia. Dan lebih bengong sbb dgn selamba kodok dok membontot je makcik tu. Harap2 la tak masuk muka dedua insan tak berdosa ni dlm scene tu. Isk.
Malu wehh. Malu den! Grrr..
Ok. Moralnya apa? Lain kali sila peka dgn sekeliling. Titik.
p/s: Entri ni saya up sekali lagi sbb saya dah dapat kenalpasti drama apa yg shooting tu. Rupanya Cerekarama tajuk dia “Kuih Makmur”. Menjerit haku satu rumah bila nampak diri haku yg gebu devas ni terkantoi masuk tv. Akibat tak peka dgn sekeliling. Padan muka. Nasib baik tak zoom in muka ni ha.. kalu idak.. haishhh.. malu makcik. Ngeh~
signature

Sabtu, Oktober 17, 2009

123. Datuk CT sekangkang kera

Kisahnya malam semalam jiran saya yg kaya-raya itu mengadakan majlis tahlil sempena siapnya sayap baru rumah beliau. Malangnya saya tidak dapat hadir kerana dilanda penyakit muntah-muntah yg agak kronik. Sudahnya saya hanya mengintai di sebalik langsir sahaja. Dah tu rumahnya depan rumah saya aje kan.


Dan kisahnya juga Datuk CT Nurhaliza dan Datuk K turut hadir. Wah! Sekangkang kera aje jaraknya tu. Makanya dari mengintai di sebalik langsir saya melangkah setapak lagi iaitu mengintai di sebalik tembok pula. Dengan rambut kusut masai, dengan badan berbau tiger balm, dengan berkain batiknya (bistu dah sakit muntah cirit takkan nak pakai seluar pulak!).. maka saya dok lah mengintai di sebalik tembok di dalam kegelapan malam rumahku. Memang sengaja lampu sayap kiri tidak dinyalakan. Kasi orang tidak nampak rumahku yg seadanya itu.


Komen makcik saya, "Hensem jugak Datuk K tu ya". Kah Kah kah.. Ok. Memang agak hensemlah. Tidak buruk rupa macam cerita sinetron itu. CT? Punyalah ramai orang berkerumun. Sampai sanggup tidak pulang terus ke rumah semata-mata nak tengok CT balik. Tapi beliau memanglah cantik. Walaupun simple tetap cantik juga. Jika di TV persepsi saya beliau agak kontrol. Tapi bila di depan mata beliau pun biasa biasa aje. Takdelah nampak lemah gemalai sangat. Laju melesit je saya tengok masuk ke kereta. Cuma DK la saya rasa agak ..err.. apa eh? Kisahnya orang belum habis cakap dia dah undur kereta.


Dan kisahnya lagi saya tidak lah mengambil gambar pun. Sebabnya udah lah keadaan saya yg tidak semenggah lagi mau berflash flash di sebalik tembok karang orang yg dok menebeng di tepi gate rumah saya tahu pulak kehadiran seorang manusia 'busuk' di situ. Hiks.. malu lah ai you!


Ok. Sekian.


:p


p/s: Hari ini saya rasa ok sikit. Tak ada rasa nak muntah. Tak ada rasa nak cirit bir. Cuma perut rasa agak keras. Adeii.. harap oklah sbb esaimen saya belum buat lagi :(

Isnin, Mei 18, 2009

Persandingan Zamarul-Diana

Malam minggu yg lepas di saat orang ramai sibuk dgn Konsert Akhir AF7 saya telah melakukan satu aktiviti menghilangkan bosan yg luar biasa. Kenapa saya kata luar biasa? Kerana saya telah duduk melepak secara happy di pinggir jalan raya di daerah saya. Wow! Tak pernah seumur hidup bermimpi nak duduk bertenggek di tepi tembok tu tau. Bukanlah saya nak menjadi poyo dengan melepak di tembok atau teringin hendak menjadi muka tembok. Tapi saya rasa seronok pula sbb di hari2 biasa adalah menjadi satu tindakan kurang manis jika duduk di situ.


Semuanya gara2 saya hendak bersama2 menyaksikan majlis persandingan Zamarul & Diana di padang tu. Sesambil melihat lenggok dan lenggang kangkung para artis yg bergaya sakan dengan kasut tumit tinggi 5 inci.


Walaupun saya menjangkakan mungkin akan ramai peminat berkerumun namun ternyata tanggapan awal saya silap. Tak ada pun ya. Yg ada cuma saya dan makcik yg bukanlah peminat tegar. Cuma menumpang kemeriahan sesambil menghilangkan tension sahaja. Dan ada juga 3 keluarga lain turut sama berkongsi aktiviti. Mengenali tabiat orang2 di kejiranan saya yg memang terkenal dgn buat hal sendiri dan sikap tidak campur hal sekeliling maka patut la tiada yg keluar melainkan saya dan makcik. Hahhahahah.. takpela.. diorg ada aktiviti hebat.


Tempat duduk saya memang ngam ngam tempat laluan para tetamu dan juga pengantin. Tapi malangnya saya tidak bawa kamera. Jadi hanya snap pics guna handphone aje. Walaupun pengantin lalu di sebelah saya tapi saya hanya snap pics di big screen yg ada aje. Oh.. Cik Fasha Sandarr dan Mariya Farida juga lalu di sebelah saya. Lokek senyuman mereka tu. Mementang saya selekeh je mlm tu. Hanya Norliana pelakon 3 janda tu yg sudi hadiahkan senyuman. Cait!


Photobucket

Cantik garden wedding ni..


Photobucket

Cantik juga pasangan pengantin ini. Saya rasa Zamarul adalah salah seorang lelaki melayu yg macho dan gentleman. (Tetiba!!)


Photobucket

Sempat snap DK merenjis aje. D.CT tak sempat.