Org kata sebelum buat sesuatu kena bersedia awal. Supaya segala perancangan dpt dijalankan dgn lancar. Tapi org juga kata kita merancang. Tuhan menentukan. Klise.
Kisahnya saya dan emak sepatutnya ke LHDN atas suatu urusan pindah milik. Nak pindah milik kena isi borang 14A. Setel part tu. Nak buat stamping di duti setem itu kena isi satu lagi borang. Tak ingat nombor siri borang tersebut. Selepas isi dan serah segala borang kena tunggu surat.
Dan surat yg ditunggu telah tiba pada hari Sabtu lepas. Dan hari ini adalah rancangan utk menyambung prosedur.
Maka saya dan emak berlenggang kangkung ke Plaza Peransang di mana terletaknya LHDN di bandaraya Shah Alam. Sesampai di kaunter emak menyerahkan surat yg diterima tersebut. Dan tatkala Si Pegawai bertugas meminta borang 14A saya dan emak terkesima. Cewah!
Tak bawak daaaa....
Hampeh.
Utk mengubati kekecewaan kerana telah berdandan segala saya dan emak ke SACC pula. Berjalan-jalan. Pusing-pusing. Exercise kaki. Penat. Duduk. Jalan kembali. Penat lagi. Duduk lagi.
Heh..
p/s: Telah beli beg hantaran serta sampin songket.
p/s2: Hiks.. utk perkahwinan adik saya daaa...
Babai..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan