Malam tadi lepas isyak satu final meeting telah diadakan di antara pihak pengantin lelaki dan pengantin perempuan. Sebagai organizer majlis pihak lelaki saya telah cuba melakukan yg paling baik dan termampu.
Perbincangan mengenai hantaran - checked.
Penyerahan baju tandang utk hantaran - checked.
Sesi fitting baju songket pengantin perempuan - checked.
Perubahan aturcara majlis di sebelah pihak lelaki juga telah diberitahu. Perancangan asal majlis adalah kedua-dua pengantin akan berarak dari rumah jiran menuju ke rumah. Tapi demi menghormati keluarga pihak lelaki yg baru mengalami kematian saya minta perubahan dilakukan. Acara berkompang hanya akan dilakukan dengan pengantin turun dan keluar dari dalam rumah sahaja. Saya tidak suka majlis yg kelihatan berjoli katak sedangkan di dalam rumah emak saya sedang dalam edah. Jika abah ada dia pun tidak setuju. Dulu ketika jiran kami meninggal anaknya kahwin cuma buat kenduri arwah sahaja. Itu pun nasihat dari abah. Ini pula bila abah yg meninggal hendak buat majlis sakan? Tolonglah! Tolong hormat perasaan saya at least! Emak kata dia tidak peduli kata orang. Wah! Bila kena batang hidung sendiri semua jadi boleh pulak? Tolonglah! Sekali lagi tolong hormat perasaan saya AT LEAST!
Saya sedang dalam sedih walau kebanyakan masa saya ketawa terbahak-bahak. Itu luaran ya makcik. Di dalam hati hancur siapa yg tahu?
3 ulasan:
salam berkenalan,
saya sokong statement awak.
"Saya tidak suka majlis yg kelihatan berjoli katak sedangkan di dalam rumah emak saya sedang dalam edah".
Pada saya, itu yang seharusnya.
:)
akak dulu kahwin eiyra, biasa2 aje, tak ada kompang, tak ada lagu-lagu, tak ada sanding2, bukan akak sahaja..semua adik beradik yang lain..alhamdulilah..setakat ini rumah tangga aman bahagia, penting meraikan dan pegang pada konsep Islam, jgn marah2 eiyra nanti naik darah tinggi.he.he
Jay: thanks sbb sudi singgah
Kak NB: rumah kami pun gitu gak.. tak pernah ada pelamin, lagu jauh sekali, selalunya sekadar jamu tetamu mkn je.. cuma kali emak nak kompang.. tapi sy sok nak pelamin gadanglah.. hahahhahahahah (runtuh ler nanti)
Catat Ulasan