Rabu, Ogos 10, 2011

9 Ramadhan…

Sejak semalam hidup saya mmg agak tunggang terbalik. Saya mmg runsing buat kerja book coding ni. Terasa begitu bengap sekali bila buat sesuatu yg kita tak tahu hujung pangkal. Guideline pun very minimum. Sudahnya saya buat ikut kepala otak saya je.

Oh.. meh saya cerita apa yg sebenarnya saya buat sekarang. Actually sekarang perjalanan masters saya sudah berada di tahap terakhir iaitu fasa menulis tesis. Dlm konteks saya bukan di panggil tesis. Project paper je. Bermakna lebih longgar penyediaannya berbanding tesis. Bagi saya yg tak pernah langsung ada pengalaman buat tesis mmg agak mencabar diri jugak la. Masa undergrad di UIA mmg takde tesis. Ada kelas research method pun saya ponteng (jgn tiru amalan ini!). Kesudahannya sekarang diri sendiri menganga. Nampak tu adik2? Itu akibat tidak peka pada kebajikan otak dan pencapaian diri sendiri.

So selain dari perlu menyediakan diri utk menulis saya juga sedang berkhidmat sbg pembantu penyelidik utk seorang lecturer dari jabatan lain. Jabatan lain bermakna bukan dari jabatan TESL yg saya stay sekarang. Saja nak explore dunia lain. Dah beberapa kali sejak tahun lepas saya ikuti meeting mereka. Memang pening. Semua yg terlibat adalah otai2 yg buat saya rasa diri saya yg besar ni jadi kecil. Termasuk sorg Prof yg merangkap supervisor saya juga. Sbb utama kenapa saya bertabah dan bertahan dlm group ni. First meeting langsung tak faham. Second, third… sampai lah semalam akhirnya baru saya enjoy buat kerja ni. Sbb dah faham! Hahaha.. very the slow lah i kan. Ciss! Dan saya sgt bersyukur sbb at least saya belajar mcm mana diorg nak tulis paper tu. Cari artikel la. Semak journal la. Framework la. And nanti akan ke field utk collect data pula. Tapi sekarang masih dlm proses nak tulis framework. Perghh! Mencabar betul. So sbb tu la di saat org lain berjimba cuti semester saya pulak dok ulang alik UM yg sunyi sepi.

Okay enough of my story part tu. Saja nak cerita my struggle tu. Org lain maybe rasa enteng je bab tu. But hey! Ini cerita saya. Cerita saya beginilah. Sila terima saya seadanya. :)

Ini kisah 9 Ramadhan 2011..

 

p/s: setelah di publish entry ni rasa tergantung. Hihi.. nantilah saya sambung. Saya nak keluar cari angin jap.

Tiada ulasan: