Khamis, Ogos 04, 2011

4th Ramadhan 2011

Malam tadi ketika saya dan emak sedang tidur tetiba handphone mak berbunyi. Rupanya panggilan dari salah sorang cousin mak bagi tahu sorang lagi cousin telah meninggal dunia pukul 10 malam tadi. Takziah saya ucapkan. Saya dapat bayangkan bagaimana perasaan anak2 arwah nak menghadap raya tahun ni. Hmm..

Tengahari tadi juga dpt email dari boss minta saya review artikel. Masak! Book coding pun masih terhegeh2. Sekarang makin susah. Stress selama 10 minit. Buat appointment dgn beliau utk consult esok. Kalau tak mmg takkan faham arahan.

Cerita masak pula. Hari ni saya masak kurma ayam dan sayur kobis tumis udang di makan bersama telur dadar dan sambal belacan. Memang begini kombinasi terbaik makan kurma kat rumah ni. Hehe..

Sayur kobis 

Kurma Ayam

Telur dadar

Sambal belacan

Selamat berbuka semua :D

Tiada ulasan: