Isnin, Ogos 15, 2011

15 Ramadhan 2011

Cepat giler dah sampai 15 ramadhan.. lepas tu.. 20 ramadhan.. lepas tu 30 ramadhan.. haku sedih! T__T

Saya tak update blog sbb sengaja menjauhkan diri dari lappy. Menikmati dunia keliling secara lebih. Berbuka puasa di sana sini. Which secara tak langsung malas or tak kosser nak snap pics bagai. Namun tetap bahagia itu milikku dan milikmu jua. ;p

So today dah Monday. Sepatutnya ke UM jumpa boss tp boss adalah super duper busy. So boss called pagi tadi bgtau tak payah la jumpa dia arini. Cool kan? So thursday ada meeting maka berjumpalah thursday saja. Set!

Di sebabkan itu hari ini saya declare sbg hari bebas. Bebas nak pergi mana pun. Offer terhad hari ini dan esok. Any takers? Ade. Mahunye takde. Maka keluar bersama emak dan makcik ke mana jua mereka pinta.

Menu berbuka? Oh.. apa kata masak ayam masak lemak cili api? Calit! Singgah mydin 18 beli chicken keel sebanyak 5 ketul yg berharga RM8. Beli bahan lain dan sampai je rumah terus gigih memasak. Berasa sgt jimat apabila chicken keel sebyk 5 ketul itu pabila di potong dua maka dpt 10 ketul. Baguih.  Lain kali beli bahagian itu je. Heh!

Pertama kali dlm hidup memasak ayam masak lemak cili api yg rupanya super easy. Pesal sblm ni tak penah mau cuba? Dasar pemalas! Utk temankan si ayam maka gentel begedel daging yg easy juga. Ciss.. kalaulah tahu memasak begini mudah tidakkan pernah mkn di restoran lagi. Cewahhh..


Si begedel daging yg enak
(gara2 ada potato lebih buat mashed potatoes last weekend)

Si ayam masak lemak cili api kegemaran sang kekasih

Since ini first time memasak mereka... lagi plak dlm bulan puasa yg di haramkan merasa maka hati adalah sikit gundah gulana. Tak cedok pun kuah ke dlm mangkuk (nasib masak dlm periuk hebat). Berkumandang je azan minum air seteguk terus merasa kuah lemak ayam ku. Fuhh.. lega.. lulus! Cukup rasa. Cukup segala. Okay. Syukur alhamdulillah..

Tapi macam byk pulak utk mkn berdua? Errr....

Nak sikit tak?

:p


Tiada ulasan: