Memaparkan catatan dengan label Tudung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tudung. Papar semua catatan

Rabu, Oktober 20, 2010

Tips Penjagaan Tudung#2

Sambung lagi kisah tudung…

Lepas basuh mestilah kena simpan kan. Bagaimana cara simpan paling ideal? Actually takde. Mana ade peraturan khusus nak simpan tudung. Giler ke hape simpan tudung pun nak skema bagai. Ngeh…

Dulu saya simpan tudung2 berawning ni dlm laci. Lipat macam kat butik utk tudung munawwarah dan gulung utk tudung ariani. Tapi saya dapati ada kelemahan. Kelemahan paling saya boring adalah bila nak pakai tudung tu macam renyuk. Jadi kurang best la pakai tudung renyuk renyam ni. So tak ada pilihan lain kecuali gosok. Di sebabkan saya memang malas sungguh nak iron bagai ni semua maka saya guna cara simpan yg lain.

Bagaimana?

Begini…

 

simpantudung

Gantung. Mudah. Dari tempat sidai atau hang lepas basuh terus masuk dalam almari saje. Tudung ariani semua yg sebelah kanan. Saya gantung begitu supaya tak renyuk. Lagipun awning dia macam keras sikit berbanding tudung munawwarah. Tudung munawwarah pula yg sebelah kiri. Kena hang begitu sbb awning dia sangat lembut dan mudah patah. Jadi perlu extra careful pada awningnya.

Simple kan. Macam saya jugak. Haha…

Ok. Habis cerita tudung. Next entry sedang fikir.

For now, ma’as salamah.

Signing off,

signature

Selasa, Oktober 19, 2010

Tips penjagaan tudung~

Hehehe.. tajuk cam ye ye ooo je. Macam la banyak sangat tudung saya tu kan. Padahal semua yg memurah saje. So far tudung paling mahal yg saya beli adalah berharga RM80. Takde yg lebih mahal dari itu. Akan datang tak tahu ler. Bergantung pada rezeki dan keadaan semasa. Keadaan sekarang begitu pun dah cukup mahal. Yelah. Kije idak. Apa pun idak. Lagi mau pakai tudung rega ratus2? Ohh.. rentikan.

Walaupun begitu, murah ke mahal ke tetap saya sayang semua tudung2 tu. Dan selalunya tugas membasuh mereka adalah tugas saya. Bagaimana membasuh tudung munawarah dan ariani cara saya?

Begini …

Memula rendam. Gambo rendam tudung secara sebenar adalah tiada. Maka kira halal jika saya guna semula gambo yg di pinjam dari entry Hobi#2. Sbb teknik membasuh adalah merendam di dalam besen kecil kaler biru tersebut.

washtudung Orait.. rendam di dalam besen khas seperti di dalam kotak merah. Saya berpendapat lebih baik guna besen khas utk tudung supaya tidak ada unsur pembauan tidak di ingini. Contoh: Jgn sesekali merendam di dalam besen yg anda guna utk membasuh ayam. Hahahah.. Giler! Next!

Part sabun pulak. Dulu saya selalu rendam tudung guna sabun serbuk murah je. Contoh: Sabun Biozip. Lepas tu baru rendam dgn softlan. Tapi sbb prosesnya adalah byk (padahal takde la banyak mana pun. Alasan je byk!) jadi sekarang saya sudah bertukar kepada sabun khas seperti gambar di bawah:

wash6 Yesss.. sabun ini tidak memerlukan anda merendam dan membilas banyak kali kerana ia bersifat 2 dalam 1. Sekali rendam terus bilas. Sbb ia adalah sabun dan pelembut sekaligus. Senang! Sangat sesuai utk si pemalas seperti saya. Haha..Oh bau juga adalah wangi dan hasil basuhan adalah lembut dan mendamaikan hati. Ngee…harga juga murah iaitu RM9.90 di Tesco (di Mydin mungkin lebih murah kot!). Guna sedikit sahaja sudah mencukupi. (Baik punye promosi kasi! Cit!)

Lepas rendam selama lebih kurang 30 minit maka sila bilas. Tudung ni tak perlu di perah beria sbb nanti renyuk dan mungkin merosakkan awning jika berlaku gejala luar kawalan di mana anda mungkin terlupa lalu memerah secara melepas geram. Sedar sedar awning dah lunyai. Parah! Maka jika mahu perah sila perah dgn lemah lembut sahaja dan berhati2.

Proses akhir: Sidai.

wash2 Sidai di luar tapi di bawah atap utk mengelakkan pancaran matahari secara terus. Proses ini adalah utk mengetos air yg menitik sahaja. Lepas air dah tak menitik boleh sambung sidai di dalam rumah i.e hang sahaja guna hanger. Kalau tak nak hang boleh sidai secara terbentang begitu supaya tudung tidak renyuk lalu tak payah nak gosok nanti. Sonang!

wash3 Close up: Dari kiri, purple munawarah – coklat bata ariani – jingga ariani – hot pink munawarah – biru ariani. Semua jenis plain sbb saya tak suka pakai tudung corak2 sbb macam menambah semak muka tembam i. Yg awning dual tone pun tak suka. Muka gemok mmg macam tak sesuai. For me la…

Next, nanti saya buat entry cara bagaimana saya menyimpan tudung saya pulak. Kita share cerita la kan.

Signing off,

signature

Sabtu, November 14, 2009

136. Betulkan tudung kamu

Ya. Nampak tajuk di atas. Itulah pesanan terakhir abah utk saya, satu-satunya anak perempuan yg dia ada. Emak cerita selepas mendapat 2 orang anak lelaki dari perkahwinan pertama abah sangat-sangat hendakkan anak perempuan apabila berkahwin dengan emak. Emak pula sebaliknya mahu anak lelaki. Dan emak kata pada saya "Abah menang".

Di saat abah terlantar tenat di hospital, abah sempat berkata pada saya "Betulkan tudung kamu".
Apabila saya ke bilik air melihat di cermin memang rambut sejemput di kepala saya terkeluar. Dan seperti kata emak "Dia perhati betul awak tu".

Memang semenjak dua tiga bulan kebelakangan ini saya mulai rimas memakai tudung. Nanti. Jangan salah faham. Baca lagi. Saya rimas dengan tudung-tudung yg saya pakai sebenarnya. Selama ini saya pakai tudung bawal. Kalau tudung bawal gred 1 lagi saya rimas. Saya rimas sbb ia jarang dan mungkin fabriknya terlalu nipis serta bidang tudung 45 inci itu sememangnya tidak cukup menutupi dada saya.

Mengambil serius pesanan abah tercinta, saya dan emak ke TTDI pagi tadi.

Jeng jeng jeng...

Photobucket
Kunjungan pertama telah membawa balik 3 helai tudung Ameera yg berharga RM80 sehelai. Saiz saya adalah sama dengan emak iaitu saiz L. Design tudung yg lain belum menambat hati saya lagi. Akan datang belum pasti.

Photobucket
Kebetulan hari ini memakai baju kurung berwarna purple. Dan beli sehelai tudung berwarna purple utk emak sbb emak mempunyai koleksi baju kurung purple yg banyak. Sampai rumah posing dulu depan kabinet buku abah yg saya kemas beberapa hari yg lepas.

Amacam? Nampak lebih sopan dan selesa bukan? Cewah!

Yg penting tutup aurat ya buk!