Selasa, Oktober 19, 2010

Tips penjagaan tudung~

Hehehe.. tajuk cam ye ye ooo je. Macam la banyak sangat tudung saya tu kan. Padahal semua yg memurah saje. So far tudung paling mahal yg saya beli adalah berharga RM80. Takde yg lebih mahal dari itu. Akan datang tak tahu ler. Bergantung pada rezeki dan keadaan semasa. Keadaan sekarang begitu pun dah cukup mahal. Yelah. Kije idak. Apa pun idak. Lagi mau pakai tudung rega ratus2? Ohh.. rentikan.

Walaupun begitu, murah ke mahal ke tetap saya sayang semua tudung2 tu. Dan selalunya tugas membasuh mereka adalah tugas saya. Bagaimana membasuh tudung munawarah dan ariani cara saya?

Begini …

Memula rendam. Gambo rendam tudung secara sebenar adalah tiada. Maka kira halal jika saya guna semula gambo yg di pinjam dari entry Hobi#2. Sbb teknik membasuh adalah merendam di dalam besen kecil kaler biru tersebut.

washtudung Orait.. rendam di dalam besen khas seperti di dalam kotak merah. Saya berpendapat lebih baik guna besen khas utk tudung supaya tidak ada unsur pembauan tidak di ingini. Contoh: Jgn sesekali merendam di dalam besen yg anda guna utk membasuh ayam. Hahahah.. Giler! Next!

Part sabun pulak. Dulu saya selalu rendam tudung guna sabun serbuk murah je. Contoh: Sabun Biozip. Lepas tu baru rendam dgn softlan. Tapi sbb prosesnya adalah byk (padahal takde la banyak mana pun. Alasan je byk!) jadi sekarang saya sudah bertukar kepada sabun khas seperti gambar di bawah:

wash6 Yesss.. sabun ini tidak memerlukan anda merendam dan membilas banyak kali kerana ia bersifat 2 dalam 1. Sekali rendam terus bilas. Sbb ia adalah sabun dan pelembut sekaligus. Senang! Sangat sesuai utk si pemalas seperti saya. Haha..Oh bau juga adalah wangi dan hasil basuhan adalah lembut dan mendamaikan hati. Ngee…harga juga murah iaitu RM9.90 di Tesco (di Mydin mungkin lebih murah kot!). Guna sedikit sahaja sudah mencukupi. (Baik punye promosi kasi! Cit!)

Lepas rendam selama lebih kurang 30 minit maka sila bilas. Tudung ni tak perlu di perah beria sbb nanti renyuk dan mungkin merosakkan awning jika berlaku gejala luar kawalan di mana anda mungkin terlupa lalu memerah secara melepas geram. Sedar sedar awning dah lunyai. Parah! Maka jika mahu perah sila perah dgn lemah lembut sahaja dan berhati2.

Proses akhir: Sidai.

wash2 Sidai di luar tapi di bawah atap utk mengelakkan pancaran matahari secara terus. Proses ini adalah utk mengetos air yg menitik sahaja. Lepas air dah tak menitik boleh sambung sidai di dalam rumah i.e hang sahaja guna hanger. Kalau tak nak hang boleh sidai secara terbentang begitu supaya tudung tidak renyuk lalu tak payah nak gosok nanti. Sonang!

wash3 Close up: Dari kiri, purple munawarah – coklat bata ariani – jingga ariani – hot pink munawarah – biru ariani. Semua jenis plain sbb saya tak suka pakai tudung corak2 sbb macam menambah semak muka tembam i. Yg awning dual tone pun tak suka. Muka gemok mmg macam tak sesuai. For me la…

Next, nanti saya buat entry cara bagaimana saya menyimpan tudung saya pulak. Kita share cerita la kan.

Signing off,

signature

Tiada ulasan: