Khamis, September 10, 2009

99. Gangguan

Waktu adalah pukul 12 tengah malam. Sedang saya sibuk 'mengutip hasil tanaman' di fesbuk tetiba telefon rumah berbunyi. Giler! Siapalah yg menelefon ni? Ada kecemasankah? Kematian? Saya bergegas keluar bilik. Eh.. mati pulak! Kalau ahli keluarga dalam kecemasan sudah tentu mereka menghubungi telefon bimbit saya kan. Telefon berbunyi lagi kali kedua. Saya berlari-lari anak. Perlu segera mengangkat telefon untuk mengelakkan parents saya terkejut.

Bunyi suara seperti orang asing. Siap tanya adakah saya boleh berbahasa inggeris. Huh! Rupanya mat saleh sesat bertanyakan rumah sewa. Kok udah tengah malem bisa menelepon ke rumah orang ya? Emang kamu tidak tahu etika dan budaya di sini? (Tetiba berbahasa indon!). Geram sungguh saya. Sudahlah emak saya sakit kakinya. Abah pula nanti terkejut dan panik pula. Hishh! Memang geram. Saya suruh si mat saleh telefon esok pagi pukul 10. Padahal waktu itu saya tiada di rumah. Jadi tidak perlu melayan karenah beliau. Bukannya apa. Rumah yg ditanya itu memanglah untuk disewa. Tapi saya pasti emak saya tidak akan menyewakannya pada orang asing. Leceh!

Jumaat, September 04, 2009

98. Crocs pertama

Hoyeh! Hoyeh!

Akhirnya setelah org lain crocsnya udah lusuh, saya baru nak pakai. Biasalah saya ni pun. Serba serbi lewat. Org lain udah suam saya baru nak panas. Huhu..

Tengahari tadi saya ke Mines. Sudah lama mahu menjengah ke Crocs Outlet. Hendak membeli di Crocs boutique tidak mampu. Pasrah sahaja lah. Sebelum ini saya bukan minat kasut getah 'buaya' tu. Konon tak berkenan dgn design model Beach di awal kemasyhuran 'sang buaya'. But kemunculan malindi menarik perhatian saya. Alice juga. Minnie Mary Jane juga. Arghh.. sudah! Semakin lama semakin berkenan. Dan akhirnya..

... tadaaaa ... (kasi can la makcik mont poyo dgn kasut crocs barunya)..

My 1st crocs
My malindi Mango

My Malindi Mango. Walaupun warnanya sangat gilerr terang tapi itu je malindi yg ada pun. Saya try Alice tapi tak sesuai dgn kaki lebar saya. Mary Jane pulak rasa janggal memakainya. Jadi malindi mango saiz 9 itulah yg berjaya ikut saya pulang. Tahniah malindi mango! (Tetiba teruja?)

Kisahnya tujuan asal ke crocs outlet adalah hendak membeli sepasang kasut/sandal raya utk abah saya. Saya memang nak belikan kasut/sandal crocs sbb ciri-ciri water proof dan non-slippery itu. Sbb abah saya kan selalu mahu ke bilik air ketika bersiar-siar atau ke hospital. Jadi perlu cari kasut yg tidak licin dan tahan basah.

Memula nak belikan Baya atau Offroad. Tapi gedabak sangat. Aim Beach juga. Tapi tiada warna sesuai di outlet tadi. Dan akhirnya saya beli model Sobek (tidak tahu pun ada sandal model Sobek?)..

Photobucket

Sejurus pulang ke rumah saya dengan penuh keterujaan membawa sandal crocs baru abah ke biliknya. Abah yg sedang baring saya suruh bangun utk try sandal baru. Cuak juga jika tidak muat (walaupun saya tahu saiz kasut/selipar abah apa sbb sudah selalu sangat membeli).

Hoyeh! Muat! Veryyyy good!

Saya tengok abah sangat suka dgn sandal baru itu. Sbb pabila berjalan pun tidak licin sama sekali. Saya seronok. Selepas ini misi membeli crocs sassari pula utk emak sbb emak yg teruja melihat saya dan abah ada kasut 'kerok' (read: crocs) teringin juga sepasang tapi mahu yg tinggi. Perghh! Habislah lepas ni saya kelihatan kemetot pula. Harapnya adalah nanti crocs sassari saiz emak di outlet. Amin.

Btw, harga kasut saya RM64.50 dan sandal abah RM80.

Isnin, Ogos 31, 2009

97. Demotivated

Apakah?

Di saat saya perlu membaca artikel utk assignment dan presentation tapi saya masih melongo melayan internet membaca blog orang.

Semester ini tahap motivasi saya menurun sebanyak 40%.

Banyak tu.

Adakah kerana saya cuma mengambil satu subjek?

Sepatutnya bila tak byk nak fikir tumpuan adalah melebih.

Tapi sekarang sebaliknya.

Saya totally membosan utk menghadap kerja sekolah.

Huhu.. not good. Not Good~!

Semacam sedang menghadapi krisis dalaman je saya ni.

Makcik stress nok?

Isk.