Jumaat, September 04, 2009

98. Crocs pertama

Hoyeh! Hoyeh!

Akhirnya setelah org lain crocsnya udah lusuh, saya baru nak pakai. Biasalah saya ni pun. Serba serbi lewat. Org lain udah suam saya baru nak panas. Huhu..

Tengahari tadi saya ke Mines. Sudah lama mahu menjengah ke Crocs Outlet. Hendak membeli di Crocs boutique tidak mampu. Pasrah sahaja lah. Sebelum ini saya bukan minat kasut getah 'buaya' tu. Konon tak berkenan dgn design model Beach di awal kemasyhuran 'sang buaya'. But kemunculan malindi menarik perhatian saya. Alice juga. Minnie Mary Jane juga. Arghh.. sudah! Semakin lama semakin berkenan. Dan akhirnya..

... tadaaaa ... (kasi can la makcik mont poyo dgn kasut crocs barunya)..

My 1st crocs
My malindi Mango

My Malindi Mango. Walaupun warnanya sangat gilerr terang tapi itu je malindi yg ada pun. Saya try Alice tapi tak sesuai dgn kaki lebar saya. Mary Jane pulak rasa janggal memakainya. Jadi malindi mango saiz 9 itulah yg berjaya ikut saya pulang. Tahniah malindi mango! (Tetiba teruja?)

Kisahnya tujuan asal ke crocs outlet adalah hendak membeli sepasang kasut/sandal raya utk abah saya. Saya memang nak belikan kasut/sandal crocs sbb ciri-ciri water proof dan non-slippery itu. Sbb abah saya kan selalu mahu ke bilik air ketika bersiar-siar atau ke hospital. Jadi perlu cari kasut yg tidak licin dan tahan basah.

Memula nak belikan Baya atau Offroad. Tapi gedabak sangat. Aim Beach juga. Tapi tiada warna sesuai di outlet tadi. Dan akhirnya saya beli model Sobek (tidak tahu pun ada sandal model Sobek?)..

Photobucket

Sejurus pulang ke rumah saya dengan penuh keterujaan membawa sandal crocs baru abah ke biliknya. Abah yg sedang baring saya suruh bangun utk try sandal baru. Cuak juga jika tidak muat (walaupun saya tahu saiz kasut/selipar abah apa sbb sudah selalu sangat membeli).

Hoyeh! Muat! Veryyyy good!

Saya tengok abah sangat suka dgn sandal baru itu. Sbb pabila berjalan pun tidak licin sama sekali. Saya seronok. Selepas ini misi membeli crocs sassari pula utk emak sbb emak yg teruja melihat saya dan abah ada kasut 'kerok' (read: crocs) teringin juga sepasang tapi mahu yg tinggi. Perghh! Habislah lepas ni saya kelihatan kemetot pula. Harapnya adalah nanti crocs sassari saiz emak di outlet. Amin.

Btw, harga kasut saya RM64.50 dan sandal abah RM80.

2 ulasan:

lily lotus berkata...

makin jauhlah perjalanan lepas ni ekk...

Eiyra Mokhtar berkata...

hahaha ..cam tetahu je lily nih..