Selasa, Oktober 13, 2009

117. Hospitalised

Malam tadi selepas mak abah saya berbuka puasa, abah nampak macam penat. Saya usulkan ke hospital utk rawatan. Yelah kita mana tahu kan apa-apa penyakit dalam badan. Lagi lagi pulak sekarang macam-macam penyakit timbul. Jadi pukul 8 lebih malam tadi saya bawak abah ke KPJ Selangor. Nasib baik dekat je. Dan nasib baik juga memang ada rekod kat situ. So urusan mudah.


Memula doktor suspek buah pinggang sbb perut abah buncit dan pusat sampai terjojol. Saya cuak takut jantung dia problem lagi je. Pastu doktor suspek jangkitan kuman pulak. Dan ketiga doktor suspek denggi sbb suhu badan abah tinggi juga. Demam malam pulak tu. Siang semalam elok je ikut saya jalan pusing-pusing.


So abah terpaksa admitted. Perlu pemantauan rapi sbb abah ni banyak pakej penyakitnya. Lemah jantung la. Kencing manis la. Darah tinggi la. Gout la. Memacam la.


Pagi tadi semasa menghantar emak ke hospital saya teman buat ECG, ultra sound dan X-ray. Lepas selesai semua saya balik rumah sbb nak basuh baju. Petang nanti saya ke sana lagi.


Alamak! Baju yg di laundry dah siap. Nak sidai dulu.


Tata.

Ahad, Oktober 11, 2009

116. Laporan semasa

Laporan 1: Jumaat lepas adalah sesi kunjungan saya kedua ke SPA. Kali ni lebih komprehensif treatmentnya. Saya masuk sauna (yg baru 5 minit peluh telah membasahkan kain batik yg saya pakai umpama terjun sungai je), buat full body scrub dan mandi susu. Antara semua tu saya paling suka mandi susu. Walaupun bau susu adalah sedikit busuk tapi saya suka bubble yg agak menghuru-harakan kain batik yg saya pakai. Oh! Minus bunyi bising jacuzzi tulah. Bingit seh!


Laporan 2: Ba Nau telah pulang pada petang semalam. Tamat sudah penantian saya. Akhirnya dapat jumpa Ba Nau semula. Sungguh tak sangka. Bila saya buka pintu Ba Nau tengok saya dengan perasaan lega. Dan saya pun lega. Cuma ia kelihatan seperti trauma sedikit. Mungkin kena kurung atau kena buang atau berkelahi dengan kucing lain. Tak kisahlah. Janji sekarang semua anak Tama sudah ada. Lega.


Laporan 3: Hari ini bersamaan hari Ahad saya telah berjaya menyudahkan projek cat rumah sewa di S10. Tenant baru juga sudah dapat. Barangan buangan peninggalan tenant lama juga telah selamat dikeluarkan dari dalam rumah. Hanya menunggu di buang sahaja. 15hb ini tenant baru akan masuk. Double lega.


Laporan 4: Lately saya selalu sakit dada belah kiri. Kenapakah? Mungkin patut buat check up di klinik?


Laporan 5: Saya penat. Mungkin mahu tidur awal.


Sekian.

Isnin, Oktober 05, 2009

115. Kepulangan yg dinanti

Kepulangan yg dinanti .. tajuk lagu rayakah?


Ok saya bukan mahu bernyanyi bersuka hati. Tapi saya menanti si Ba Nau. Yg masih tak balik balik. Hilang ke manakah? Kena langgar keretakah? Kena patuk ular lagikah? Kena pukul di rumah orangkah?


Isk. Ba Nau ni seekor kucing yg unpredictable. Dulu masa dia kecik saya tak berapa suka main dgn dia sbb dia dulu berkutu teruk. Bulu dia penuh dengan bintik-bintik putih macam kelemumur tu. Dah tu jarang-jarang pulak bulunya. Tidak lebat dan padat. Senang cerita tidak ler comel gebu. Tapi bila kucing hitam kesayangan saya si Ketong dulu mati, si Ba Nau inilah yg cuba memujuk saya seolah-olah menawarkan diri menjadi pengganti. Siap merayu-rayu lagi lagaknya memuncungkan mulutnya dan matanya tidak lepas dari memandang saya. Menjadi saya yg ambil masa utk menerima sesuatu yg baru memang saya lama baru boleh main-main dengan Ba Nau. Makin lama saya pun makin sayang dengan Ba Nau. Hingga saya membeli ubat kutu dan merawat dia bagi comel. Dan sekarang saya dan Ba Nau menjadi kawan baik. Sejak Citamuna mati dialah yg saya selalu dukung. Selalu main-main. Sebelum Ba Nau hilang saya main menyerabutkan bulu dia. Seronok sbb dia macam rimas je bulu dia saya serabutkan. Ba Nau ni kemahiran dia menangkap cicak di dinding. Memanjat grill dan pagar pun dia pakar juga. Kali terakhir saya tengok dia panjat pagar rumah ke tanah sebelah. Pastu berlari-lari melompat dalam semak nun. Lepas tu dia suka lari laju-laju dalam rumah sampai semua dia nak langgar.


Emm.. manalah Ba Nau ni. Mencari binikah?


Isk. Kot yer pun baliklah. Saya sedihlah.


:((