Jumaat, November 26, 2010

Buat baik di balas kenyang~

Semalam sewaktu saya sedang bertungkus lumus menyiapkan tampalan demi tampalan scrapbook kedaung tu tetiba perut terasa lapar. Saya terus bangun dan ambil diet shake dari peti sejuk. Sambil minum saya teman emak tonton tv.
Sejak akhir2 ni emak selalu sakit pinggang. Mana tidaknya, emak tak jaga pemakanan langsung. Kalau sebelum puasa dulu saya latih emak minum HL shakes dgn saya elok je kesihatannya. Saya syak punca emak sakit pinggang adalah sbb dia makan buah kuini santan byk sangat. Pokok kuini di kebun emak berbuah lebat. Dan buahnya elok. Tak ada ulat. Tak ada busuk. Lagilah emak suka.

kuini Gambar kredit pada Google. Macam inilah dia makan kuini tu. Letak santan. Letak gula. Makan sampai puas tekak. Saya tak sentuh langsung. Sbb utama tak mahu makan santan lemak berkrim. Walaupun bau kuini ni memang semerbak sebuah rumah.
Balik pada cerita emak sakit pinggang tadi. Lepas habis shake saya, emak minta tolong ambilkan air panas dan garlic oil. Saya pun ke dapur. Hulur air panas semug dan sebiji garlic oil. Lepas tu saya terus kembali ke meja dan sambung kerja menampal.
Lebih kurang 10 minit lepas tu emak masuk ke dalam bilik. Emak kata “Di sebabkan tadi ko tolong ambil air panas jadi ni mak bagi upah roti sandiwch satu”. Hahaha..
sandwich Kredit gambar kepada tuan empunya blog tersebut. Saya pinjam gambar sbb begitulah rupa roti sandwich yang emak bagi. Telur dadar campur mayonis sikit dan sos pencicah. Emak pesan “Jangan makan sekarang. Makan bila dah siap kerja”.
Dan sebagai anak yg patuh lepas siap semua kerja saya pun ngap sandwich tersebut. Kedaung lah diet. Tapi takpe. Cakap emak jangan di lawan. Rezeki jangan di tolak.
Tamat kisah “Buat baik di balas kenyang”.
Signing off,
signature

Separuh bebanku pergi

Macam tajuk telemovie je.. or lagu ke? Buat tajuk novel pun cun ni..
Phewww… sebenarnya nak cerita pasal saya dah siapkan 2 assignments major utk subjek Perkembangan sepanjang hayat. Satu tu semester questions yg dah siap beberapa hari yg lepas. And satu lagi scrapbook yg baru siap kejap ni. Belasah jela buat scrapbook tu. Dah namanya dari sekolah rendah sangat benci kerja2 tampal menampal apatah lagi bila dah tua kedaung ni kan. Pasrah!
So hanya tinggal 2 kertas lagi belum buat. Saya akan cuba siapkan by saturday. Kalau tak siap pun takpe. Still boleh hantar dlm bulan disember. Lagipun dah nama pun kena beramas mesra dgn kampus sejak jadi r.a ni so takde hal la. Tapi kalau dapat hantar this sunday pun bagus la.
Sbb saya akan ada baanyaaaaaaak masa lapang (selain masa nak baca artikel utk research tu). Dan sudah boleh berlapang hati menyoping barang hantaran. Vavavavavaaa… macam geli je bunyinya. Tak kuasa mak nyah! Eiiii…
Keterujaan utk membuat persiapan kali ni macam malas. Kalau dulu saya buat sbb rasa tanggungjawab. Sekarang utk diri sendiri adalah rasa.. alah ala kadar jela. Nasib baik la utk tunang ni hanya barang makanan semata. Nan ado barang lain kecuali sirih dan cincin serta bunga rampai as requested by bakal omak mentuo. Perghhh.. lagi sekali kembang tekak menyebutnya. Maklum la adik2.. dah tua baru terhegeh2 kan. Nak buat camno.. jodoh den lambek kekdahnyo kan..
Walaupun begitu.. stillll kena buat gak preparation reben sume tu ha. Saya plan nak guna kotak plastik je. Senang. Tampal sana sini udah ler. Kang yg penting nak makan je kan. So jgn membazir di situ. Duit tu lebih baik buat beli kasut je. Opsss…
Oklah .. cukup2lah memokak tu kan. Baik gi nonton dvd. Kata baru beli dvd berkoyan2 semalam kan. Harussss nonton.
Yok!
Signing off,
signature

Isnin, November 22, 2010

Updates yg banyak~

Lama tinggal blog ni. Kesian dia kesunyian.
Kisahnya saya busy. Tu je alasan kalau malas update blog kan. Tapi serius ni. Di hujung2 semester ni biasalah busy dgn assignments yg bertimbun (nih pun masih struggle buat lagi). Busy jugak dgn musim exam. Walaupun semester ni ada satu je subjek yg ada exam. Tetap jugak nak bagi alasan busy sbb study utk exam. Pfttt…
Aik.. tadi masa type tajuk rasa macam byk nak update. Sekali rasa macam nan ado. Ciss..
Ok ok.. ingatkan balik. Maklum ler dah dewasa ni (read: makin tua) ingatan pun makin kedaung.
Oh ya.. nampak tak kat atas tu? Hehehehe… ya people. Saya sudah selamat di lamar. Walaupun masa lamaran tu siap gaduh bermasam muka dgn i-City menjadi saksi pertelingkahan dua manusia terjal. Org lain nak kahwin hepi2. Kitorg siap gaduh2 lagi. Nak buat macam mana kan.. redha jelah.
Jadi lepas selesai segala class 28 Nov ni kenalah bertungkus lumus pulak membuat hantaran. Jika dulu org lain punya hantaran saya buat beria2 kali ni saya sendiri punya mahu buat yg simple saje. Mak nak dah letih nok!
One more thing, sekarang saya sudah ada kerja. Huhu.. walaupun part time saje. Tapi saya rasa sangat berguna utk perjalanan study dan masa depan. I’m happy lah.
Mcm tak best je entry ni kan. Takpelah. Ada masa lain buat yg lebih gempak. Sekarang mahu menyudahkan assignment.
Dada..
signature