Khamis, Mac 03, 2011

Hari Bertemu Pelanggan~

Tajuk macam ye ye je berniaga juta juta. Hehehe.. takde la.. saja je buat tajuk macam tu supaya ada semangat kental sikit. Chaiyok!
Kisahnya beberapa hari lepas (errr.. minggu lepas la sebenarnya) saya ke Sogo (setelah lebih setahun tak jejak kaki ke Sogo) utk berjumpa dgn kak Norhayati Berahim dan rakan-rakannya yg berminat dgn bookmark saya. Seperti biasa KL adalah azab dgn trafik jem. Huishhh.. nasib baik yg memandu bukan saya. Sedangkan duduk di sebelah pun sudah pening inikan pulak mahu memandu? Adeii.. awat la hang KL trafik teruk sangat! Setelah di kaji apa punca rupanya jem sbb laluan masuk ke parking Kompleks Pertama tutup sbb penuh. Huishh… ramai betul nak ke Pertama ek? Ada apakah? Nasib baik parking Sogo tak tutup. Kalau tak double stress la saya nok!
Sampai Sogo En. Cipetos ajak makan. Yeaaa.. makan di warung masakan minang di Sogo memang sedap. Jadi alang-alang sudah ke sana mari makan bersama. Lagipun waktu tu sudah hampir pukul 5 petang. Mari makan malam terus. Gitu…
Bila duduk terus call kak NB. Tup tup dia dah ado depan mato ni ha.. seperti biasa saya agak kemalu-maluan. Ciss.. memang lambat panas betul la saya bab bab bersosial ni. Memang rasa segan melampau. Isk…
Sebelum berjumpa, kak NB dah pesan bawa je bookmark apa yg ada di tangan saya. Yelah. Nama pun handmade kan. Saya pun biasa buat sikit2 je. So yg ada hanya 20 pcs. Alhamdulillahh.. 20 pcs tu kak NB dan kak Liza Bujang dari Sarawak beli semua. Ternganga saya tengok bekas tu kosong. Tapi takpela.. rezeki.. saya boleh buat lagi. Hehehe.. syukurrr… terima kasih banyak kak NB, kak Liza Bujang dan lain-lain. Saya minta maaf jika ada salah silap semasa berjumpa. Dah la makan lembab. Mana saya tau org tunggu saya makan! Owhh.. T__T

sogo2
Saya dan mereka…

Ahad, Februari 20, 2011

Nasi goreng cendawan

nasi goreng cendawan
Salah satu makanan favourite. See the body lah! :p
Kat Restoran Jayati Sec. 13. Mmg menepati selera. Kalau order mesti dgn telur dadar.

B mkn
Makan dgn tunang. Terima kasih la belanja ye. Hehehe..

Isnin, Februari 14, 2011

Sedang membaca …

Yg tidak berkesudahan. Kaedahnya tahap kelajuan dan kegigihan membaca saya agak slow. Terutamanya membaca bahan-bahan akademik ni. Jadi … selagi belum habis maka terletak ler buku-buku ni di rak ‘sedang dibaca’ itu. Kecuali baca novel “Thirteen Tales” agak melaju la ..he he he…
Lola's0766
Pic taken using my cheap nokiah phone… huhu…

signature