Rabu, Mei 20, 2009

Toyota Servis Centre

Saya sekarang sedang menunggu kereta di servis. Punyalah bosan hinggakan novel yg dibawa juga tidak dapat mengatasi kebosanan. Mungkin faktor waktu yg tak sesuai agaknya. Di televisyen terpampang sinetron indo 'Upik Abu & Laura'. Betulkah tajuk tu? Kelakar juga! Disebabkan tak tahan bosan saya bangkit dari duduk. Menuju ke IT corner dan update blog. Hehehe.. nasib baik.

Lepas selesai urusan di sini saya rasa saya nak ber'window shopping' la sebentar. Mungkin ke Jusco Bkt Raja. Alang2 dah keluar baik la berjalan2. Dapat juga membunuh beberapa kalori.

OKla.. nak cari minuman dulu. Free katanya kan..

Daa..

Isnin, Mei 18, 2009

Persandingan Zamarul-Diana

Malam minggu yg lepas di saat orang ramai sibuk dgn Konsert Akhir AF7 saya telah melakukan satu aktiviti menghilangkan bosan yg luar biasa. Kenapa saya kata luar biasa? Kerana saya telah duduk melepak secara happy di pinggir jalan raya di daerah saya. Wow! Tak pernah seumur hidup bermimpi nak duduk bertenggek di tepi tembok tu tau. Bukanlah saya nak menjadi poyo dengan melepak di tembok atau teringin hendak menjadi muka tembok. Tapi saya rasa seronok pula sbb di hari2 biasa adalah menjadi satu tindakan kurang manis jika duduk di situ.


Semuanya gara2 saya hendak bersama2 menyaksikan majlis persandingan Zamarul & Diana di padang tu. Sesambil melihat lenggok dan lenggang kangkung para artis yg bergaya sakan dengan kasut tumit tinggi 5 inci.


Walaupun saya menjangkakan mungkin akan ramai peminat berkerumun namun ternyata tanggapan awal saya silap. Tak ada pun ya. Yg ada cuma saya dan makcik yg bukanlah peminat tegar. Cuma menumpang kemeriahan sesambil menghilangkan tension sahaja. Dan ada juga 3 keluarga lain turut sama berkongsi aktiviti. Mengenali tabiat orang2 di kejiranan saya yg memang terkenal dgn buat hal sendiri dan sikap tidak campur hal sekeliling maka patut la tiada yg keluar melainkan saya dan makcik. Hahhahahah.. takpela.. diorg ada aktiviti hebat.


Tempat duduk saya memang ngam ngam tempat laluan para tetamu dan juga pengantin. Tapi malangnya saya tidak bawa kamera. Jadi hanya snap pics guna handphone aje. Walaupun pengantin lalu di sebelah saya tapi saya hanya snap pics di big screen yg ada aje. Oh.. Cik Fasha Sandarr dan Mariya Farida juga lalu di sebelah saya. Lokek senyuman mereka tu. Mementang saya selekeh je mlm tu. Hanya Norliana pelakon 3 janda tu yg sudi hadiahkan senyuman. Cait!


Photobucket

Cantik garden wedding ni..


Photobucket

Cantik juga pasangan pengantin ini. Saya rasa Zamarul adalah salah seorang lelaki melayu yg macho dan gentleman. (Tetiba!!)


Photobucket

Sempat snap DK merenjis aje. D.CT tak sempat.