Sabtu, Julai 25, 2009

Oatmeal Shortbread Choc Chip Cookies

Entri ini adalah sticky mode. Sila scroll ke bawah utk entri terkini. TQ

Saya kini pengedar cookies yg sedap ini.

Mempersembahkan..

OATMEAL SHORTBREAD CHOC CHIP COOKIES

High Fibre

Egg Free

Preservative Free

Harga: cuma RM15 utk 50pcs (termasuk kos penghantaran di sekitar Shah Alam, Puncak Alam dan Universiti Malaya sahaja, area lain boleh dipertimbangkan)

ORDER NOW!!

Sms: 0123988431
Email: eiyra78@gmail.om

Bukan sahaja utk hari raya malah hari tak raya pun bleh order. Sepanjang tahun ye..

Utk raya aidil fitri order terakhir adalah pada minggu pertama Ramadhan. Lepas tu cuti rayoooo..

Meh order meh!

Sedap tau!

Photobucket

Sekali rasa pasti nak lagi. Macam saya! Hehehehe

Jumaat, Julai 24, 2009

Hari yg sibuk

Hari ini saya agak sibuk.

Pagi-pagi selepas breakfast nasi goreng kampung yg emak masak saya dan emak menuju ke bandar Klang. Byk urusan hari ini yg perlu diselesaikan.

Pertama, ke Pejabat Tanah dan Daerah Klang. Sedang saya menunggu di tepi bangunan saya telah dihalau oleh sekuriti dengan alasan tidak boleh meletak kenderaan di situ. Siap tunjuk signage No Parking lagi. Saya kata kenapa dia tidak menghalau kereta belakang yg jelas blocking pintu masuk utama? Malas mahu bertegang urat di hari Jumaat yg mulia saya beredar sahaja dgn perasaan bengang. Bengang kerana hanya kereta saya dihalau sedangkan kereta lain tidak. Kenapa? Sbb saya seorang perempuan? Emak pula sekembalinya ke kereta merungut tentang sikap pekerja kaunter di pejabat tersebut yg bersembang perihal peribadi semasa bekerja dgn rakan kaunter sebelah sedangkan urusan emak dan beliau masih belum selesai. Saya kata kenapa tidak complaint sahaja tentang sikap pekerja itu? Emak juga malas mahu merosakkan mood di hari Jumaat lalu bersabar.

Kedua, saya telah mengambil stok cookies utk pesanan kawan-kawan di tempat kerja lama saya. Syukur ramai yg suka cookies tersebut. Oh ya.. saya juga akan menjual cookies itu dlm packaging yg lbh kecil. Saiz cookies juga lebih besar dari yg dalam balang dan akan dijual dgn harga RM5 sahaja utk 10 keping.

Ketiga, ke tempat kerja lama saya menghantar cookies.

Keempat, saya ke Pesta Buku Selangor di Kompleks PKNS. Seperti biasa booth adalah sedikit dan tidak meriah. Mungkin masih hari pertama. Namun begitu saya telah membeli 3 buah novel: 'Surat Ungu utk Nuha'&'Panggil Aku Dahlia' dari booth Jemari Seni dan sebuah buku terbaru Norhayati Berahim 'Aku bukan Billy Miligan'. Semua dgn harga diskaun yg memuaskan. Tiada diskaun saya pun tak mahu beli. Hehehe..

Kelima, drive thru KFC di Seksyen 2. Membeli dinner plate utk mak abah dan saya order Chikaroni. Saya memang suka macaroni. Oh.. itu mengingatkan saya kepada Spaghetti Olio pula. Esok mahu membuatnya lah.

Ke enam, pulang ke rumah sahaja. Letih.

Esok mahu ke Klang lagi. Urusan wedding itu pula.

Khamis, Julai 23, 2009

Permulaan bisnes dan kelas

Hari ni saya ada kelas. Kejap lagi pukul 1 pm dah nak pergi. Kelas pukul 3 pm. Pergi awal sbb nak return buku library. Malasnye.. :(

Kisah bisnes. Mulanya tak ada niat pun nak berbisnes. Sbb saya jenis tak pandai. Oatmeal shortbread cookies tu sebenarnya cookies favourite saya. Jadi alang-alang saya beli saya jual sekali. Sbb seperti komen emak saya yg memang bukan penggemar cookies, oatmeal shortbread cookies ni ringan, tak muak, tak ada rasa marjerin dan sedap. Jadi emak saya pun suka. Semua family saya suka. Dan yg bagusnya cookies ni sesuai dijadikan kudapan bagi mereka yg menjaga kesihatan atau penghidap penyakit seperti jantung, darah tinggi dan kencing manis. Sbbnya ia tinggi fiber (nama pun oat kan jd sesuai utk yg berdiet tp nak mengunyah), tanpa telur (so kolesterol pun tak risau sgt), dan tak manis sgt (sbb makcik saya pesakit diabetes dan dia yg kata tak manis).

Ada org kata saya mula bisnes utk raya. Oh tidak sebenarnya. Order cookies ni boleh dibuat sepanjang tahun. Sbb ia khusus utk kudapan. Bukan santapan raya semata-mata. Jadi kalau teringin boleh rujuk side tepi blog saya ni.

Saya mcm pening pulak ni. Artikel kelas hari ni pun tak baca lagi. Malas sungguh nak ke kelas. Grr....