Rabu, April 15, 2009

Yoh!

Yoh!


Yoh!


Yoh!


Tetiba jadi orang zaman batu. Main yoh yoh pulak~! Ok. Ini andaian saya semata yg mengatakan bahawa org zaman batu bertegur sapa dengan ungkapan "Yoh!".


Apa saya buat hari ni?


Hari ni pepagi saya ngantarin parents saya ke Hospital Pakar Selangor. Ada temujanji. Saya cuma hantar. Dan balik.


Sampai rumah saya terus naik atas. Switch on pc. Malas guna laptop sbb dok ada dlm bilik. Hari ni nak lepak kat library je. Buang masa dgn mentengok Facebook. Layan kuiz. Layan donlod lagu. Macam takde kerja penting nak buat je saya ni kan?


Pastu chit chat dgn adik saya secara YM. Tanya dia pasal projek 2010. Projek 2010 adalah projek menikahkan adik bongsu saya. Kalau sukses ia bermakna saya akan menjadi si bujang trang tang tang tang tang. Langkah bendul. Padan muka saya. Takpe. Nanti saya nak mintak satu hantaran berupa sebuah laptop Sony Vaio kaler pink. Bleh gitu? Hikss.. sesuka hati je.


Pukul 11 lebih saya turun ke dapur. Masak. Ya. Jadi perempuan kena tahu masak. Blajo tinggi mana pun kena tahu masak.


Hari ni saya masak asam pedas ikan bawal, ikan cencaru bakar dan sayur peria goreng.
Saya suka peria. Walaupun pahit tp jika menggunakan teknik yg betul nescaya pahit akan hilang (wah! mcm poyo jek ni). Tapi betul la. Saya suka peria.


Hari ni dah Rabu. Tak sampai 10 hari je lagi saya nak exam. Tapi satu persediaan pun belum buat. Excited nak ke book fair je lebih.


Haiyooo.. camne la ni.

Tiada ulasan: