Ahad, April 26, 2009

Santai

Salam...


Akhirnya saya dah pun habis exam semalam setelah bersengkang mata membaca sampai otak saya tak boleh digest apa yg di baca. Persediaan saya bermula sejak seminggu sebelum tarikh exam. Memang lambat. Saya ni jenis study last minute. Saya suka belajar dalam keadaan stress.


Semester ni seperti semester yg lepas saya hanya ambil dua subjek sahaja. Research methodology dan Statistik utk penyelidikan pendidikan. Dedua tu subjek wajib fakulti. Secara terus terang saya agak risau dgn paper RM berbanding stat. Mungkin sbb stat saya dah praktis dan byk buat latihan secara sangat mati-matian. Dan bila masuk ke dewan peperiksaan saya sudah tahu apa yg perlu saya buat. Cumanya ada juga kerisauan.. iaitu risau calculation saya silap. Yelah. Manalah tahu kita ni manusia. Kekdg kita rasa macam betul. Tapi tak betul gak. Heh..


Ok.. dengan habisnya exam bermakna saya akan bercuti dari kuliah selama 2 bulan. Yahoo! Seronok kan? Dalam kepala otak saya ada macam-macam perkara yg saya nak buat. Nak kemas rumah lah. Nak masak masak lah. Nak ke sana lah. Ke sini lah. Gembira sungguh bila otak free tak payah fikir pasal nak ke kuliah la, nak buat assignment la.. huhu.. gembira!


Tapikan.. hari ni saya tak dapat buat aktiviti sangat. Sebabnya kepala saya sangat sakit. Sejak keluar dari exam hall semalam dah rasa sakit yg menusuk-nusuk. Agaknya teruk sangat penangan stat tu ya. Sampai pening kepala. Berlanjutan pulak tu sampai hari ni. Sudahnya saya telan panadol lepas sarapan dan berehat sambil online. Bosan online saya capai buku yg saya beli masa book fair aritu. Tapi macam takde mood pulak nak mula. Terasa pula nak baca Gilmore Girls. Saya suka la adaptasi dari tv series ni. Nanti nak cari lagi. Saya baru ada satu. Mungkin nak tengok kat MPH Clearance nanti kan. Huhu.. ada yg nak ikut tak? Hehe.. tak nak pun takpe. Sbb lps tu cadangnya nak ke library UM pulak.


Oh ya.. lepas asar tadi kepala dah ok sikit.. saya pun mula aktiviti pertama iaitu mengemas peti ais. Heheheheheheh.. gembira emak saya tengok peti ais dia bersinar mcm baru. Jumpa pulak roti dan kismis. Cadangnya nak buat puding roti. Nanti boleh bagi orang tu sikit rasa. Nak tak?


Ok la ya.. nak sambung layan Gilmore Girls.


Jumpa lagi.


Daa..

Tiada ulasan: