Rabu, Jun 03, 2009

Cerita ceriti

Dear blog,

Lama saya tak update kan.. sengaja tak update sbb takde idea nak tulis apa.. walaupun byk je cerita yg boleh di catat tapi sekali lagi alasannya adalah sengaja tidak mahu berkongsi. Atau pun lebih tepat lagi istilah yg boleh diberi adalah MALAS. Ngeee...


Ok now saya nak bercerita. Wiken lepas saya dan makcik balik kampung mak saya di Perak nun. Balik berdua sahaja. Mak abah saya tinggal dan saya amanahkan adik bongsu saya utk menjaga sepanjang ketiadaan saya. Kami bertolak pagi Sabtu. Singgah pekan Sg. Besar utk menjamu mata. Sempat merembat sepasang kain utk dibuat baju raya. Raya tahun ni saya nak buat baju kurung sebanyak 2 pasang sahaja. Lebih tak nak. Kurang pun tak nak. Dua pasang cukup. Sesambil pusing2 saya cari saloon utk gunting rambut. Cuaca panas sejak akhir2 ini cukup merimaskan saya untuk meneruskan misi berambut panjang sampai ke pinggang. Tak jumpa pula di pekan tu.


Singgah beli jambu batu. Jadinya lunch hanya dgn makan jambu batu sebanyak RM2. Sejak akhir2 ni saya sudah menjadi penggila buah juga. Namun bukan semua jenis buah menjadi pujaan hati. Yg saya suka hanya betik, jambu batu, jambu madu, mangga lemak manis dan juga tembikai susu.


Habis sebungkus jambu batu bergerak ke pekan Sabak Bernam pula. Masih lagi dgn misi mencari saloon. Nampak sebuah. Tapi takde parking pulak. Tak sangka di pekan Sabak Bernam pun susah mencari parking. Jadi batalkan niat untuk singgah dan terus menghala ke jambatan sempadan Perak-Selangor.


Nak tahu akhirnya saya gunting rambut di mana? Hehe.. di pekan kecil di perkampungan ibu saya itu. Punyalah susah mencari merata rupanya ada di depan mata. Dengan bayaran RM8 sekali zaapp.. kemetot sudah rambut yg saya simpan sejak penghujung 2005. Lega~!


Cerita hari Ahad pula..


Hari ahad pepagi lagi sudah bersiap. Misi utama adalah untuk menjelajah pekan Teluk Intan pula. Membawa mak andak saya yg sudah mengidam sepinggan rojak di kedai Mastan Ghani dan air batu campur tanpa susu. Merayap ke pekan sehari yg ketandusan barang agaknya utk dijual. Tak menarik langsung. Hanya gah pada nama. Setiap kali ke pekan itu saya mesti jengah ke The Store utk mencuci mata melihat kasut yg banyak terpamer. Sukanya saya. Berkenan dengan sepasang berwarna gold. Sangat menepati citarasa tapi tidak membeli kerana saiz selesa sudah kehabisan. Siapalah yg berkaki besar membelinya ya? Jadi utk menutupi kekecewaan saya beli juga sepasang yg lain. Mesti bawak balik satu supaya boleh tidur malam dengan lena. Ngee..


Sepulangnya dari Teluk Intan saya call mak. Mak kata abah saya sakit. Aduhaii.. susahnya hati. Tepat pukul 7 malam saya bergerak pulang ke Shah Alam dgn titisan air mata kerisauan. Rupanya abah rindukan saya.


Ok.. lepas ni saya ke mana-mana saya bawak abah dan mak sekali ya.


:)


Sekian.

Tiada ulasan: