Memula saya bawak mereka ke UM nak tengok tempat saya belajar dan 'berperang' secara intelektual. Cewah~! Perasan lebih~! Abah kata itu first time dia masuk UM. Dedulu masa kami adik beradik masih kecik (umur kecik ya bukan saiz badan harap maklum!) abah selalu bawak kami ke UKM jalan-jalan hirup udara sekeliling kampus supaya kami pun dapat aura masuk U. Abg saya yg sulung dulu masuk UKM. Jadi satu-satunya universiti yg abah biasa masuk adalah UKM. Abah saya dulu belajar di luar negara jadi tak dapat ler nak tunjuk tempat dia belajar kat kami ni. Cuma adik saya jelah dapat jejak bumi Mesir dan belajar di sana. Saya? Sadakallahulazim gitu. Kesian.
Keluar dari UM saya terus ke Amcorp. Nak beli ehem ehem tu lah kan. Sekaligus nak collect membership card saya. Mak dan abah tunggu dalam kereta je. Masa nak balik tu sekali abah tanya "Takde ke buku hadiah utk abah?" Aisehh.. kat situ mana ada buku-buku melayu ke agama ke kan. Emm.. kena cari sebuah juga nanti utk abah supaya dia hepi macam saya dpt buku juga. Saya dan abah adalah seumpama terkena sumpahan 'gila buku'. Pantang nampak buku. Walaupun kekadang masa nak baca tu adalah sangat mencemburui.
Kami singgah lunch di USJ. Memang saya nak bawak abah makan kat Nasi kandar Padang Kota tu dah lama. Tapi dulu abah tak suka makan kat luar sbb masalah prostat dia. Sekarang dah ok sikit dan dah beberapa kali saya bawak makan luar. Harap abah terus sihat dan panjang umur.

Kami makan nasi kandar je. Lauk hidang. Hehe.. pilihan lauk adalah ayam kurma seketol, kari sotong 2 ekor, tlor ikan sepiring dan tlor sotong sepiring. Sikit je bunyinya tapi tu pun tak habis. Tlor ikan siap bungkus.

Itu tlor sotong. Kalo goreng mesti lagi best. Saya snap tu dah separuh habis kena makan. Hehehe.. tapi dpt lah hilang kempunan sbb memang dah lama mengidam tlor sotong.

Itu pula kari sotong. Mak kata liat. Sbb gigi mak kekurangan bilangan (pening tak? hehe) Bagi saya ok je. Sbb saya dan sotong juga adalah seperti terkena sumpahan :p

Seterusnya tlor ikan. Saya tak makan tlor ikan. Entah kenapa. Mungkin saya rasa benda berbiji-biji adalah mengerikan.
Ayam kurma tu tak payah tunjuk la. Sama je kalau saya masak pun. Oh ya.. mak dan abah minum ayor nyorr (air kelapa ler tu). Saya order teh ais. Rasanya tahun ni belum minum teh ais lagi (gila ingat tu!).
Total semua adalah RM42.60.
Burpp..kenyang.. alhamdulillah.
Esok nak ke IJN lagi. Nak lunch kat mana lagi ya?
Kat mana best?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan