Persoalan yg bermain di fikiran saya sekarang adalah.. bagaimanakah yg dikatakan tanggungjawab seorang anak lelaki kepada keluarganya? Atau lebih tepat tanggungjawab kepada ibunya?
Suatu ketika saya pernah belajar di sekolah bahawa tanggungjawab anak lelaki pada seorang ibu adalah total. Ia bermakna seseorang anak perlu menjaga kebajikan ibunya seperti mana dia menjaga kebajikan isteri dan anak-anaknya. Atau adakah sebenarnya kedudukan ibu adalah secara hakiki melebihi kedudukan seorang isteri? (Graduan ilmu agama lulusan al-Azhar sila jawab)
Saya biasa dengar pepatah 'Syurga terletak di bawah kaki ibu'. Ungkapan 'Syurga terletak di bawah kaki isteri' adalah mungkin pepatah baru di alaf baru yg saya tidak sedari? Heh!
Sewaktu menemani makcik saya menghadap makan malam saya sempat meluahkan apa yg berlegar-legar di ruang fikiran saya.
"Tanggungjawab anak lelaki pada emak dulu ke isteri?" tanya saya.
"Emaklah", balas makcik saya.
"Yeke? Tapi emak cerita lebih berharap pada anak perempuan utk bela daripada anak lelaki", kata saya lagi.
"Elehhh.. anak perempuan kalau dah jumpa laki pun lupa nak jaga emak", getus makcik saya.
Hoho.. nauzubillah.
Di dalam hati saya berkata, "Janganlah Allah ubah hati saya menjadi sedemikian rupa. Saya tidak tega melihat ibu bapa saya menderita. Saya tidak rela melepaskan tanggungjawab yg menjanjikan Syurga. Suami mungkin boleh jumpa dua tiga tapi ibu bapa hanya mereka satu-satunya tiada dua."
Saya sayang emak abah saya. Allah tahu mengapa saya belum berkahwin semasa adanya abah. Dan saya rela tidak berkahwin jika itu membahagiakan emak saya.
"Saya nak masuk syurga jumpa abah bersama emak"
3 ulasan:
eiyra, akak selalu membebel dengan adik2 lelaki akak, tugas kau dengan emak ayah tak pernah habis, dari segi hukum..anak perempuan yang sudah berkahwin kena dapat perstujuan suami kalau nak jenguk emak abah, bukan apa...kadangkala kalau ada hal2 keluarga di kampung, kami yg perempuan terjengul dulu, yang lelaki walau dekat dengan rumah tak ambil tau..tak ke kita angin..
tapi orang lelaki skrg terlalu ramai yang lupa tanggungjawab dan yang menjadi isteri pula, suka kalau suami membuat dosa tidak menjenguk ibu bapa...
betul kan kak NB..
semoga terus menjadi anak solehah :)
Catat Ulasan