Memaparkan catatan dengan label My cooking. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label My cooking. Papar semua catatan

Isnin, Ogos 15, 2011

15 Ramadhan 2011

Cepat giler dah sampai 15 ramadhan.. lepas tu.. 20 ramadhan.. lepas tu 30 ramadhan.. haku sedih! T__T

Saya tak update blog sbb sengaja menjauhkan diri dari lappy. Menikmati dunia keliling secara lebih. Berbuka puasa di sana sini. Which secara tak langsung malas or tak kosser nak snap pics bagai. Namun tetap bahagia itu milikku dan milikmu jua. ;p

So today dah Monday. Sepatutnya ke UM jumpa boss tp boss adalah super duper busy. So boss called pagi tadi bgtau tak payah la jumpa dia arini. Cool kan? So thursday ada meeting maka berjumpalah thursday saja. Set!

Di sebabkan itu hari ini saya declare sbg hari bebas. Bebas nak pergi mana pun. Offer terhad hari ini dan esok. Any takers? Ade. Mahunye takde. Maka keluar bersama emak dan makcik ke mana jua mereka pinta.

Menu berbuka? Oh.. apa kata masak ayam masak lemak cili api? Calit! Singgah mydin 18 beli chicken keel sebanyak 5 ketul yg berharga RM8. Beli bahan lain dan sampai je rumah terus gigih memasak. Berasa sgt jimat apabila chicken keel sebyk 5 ketul itu pabila di potong dua maka dpt 10 ketul. Baguih.  Lain kali beli bahagian itu je. Heh!

Pertama kali dlm hidup memasak ayam masak lemak cili api yg rupanya super easy. Pesal sblm ni tak penah mau cuba? Dasar pemalas! Utk temankan si ayam maka gentel begedel daging yg easy juga. Ciss.. kalaulah tahu memasak begini mudah tidakkan pernah mkn di restoran lagi. Cewahhh..


Si begedel daging yg enak
(gara2 ada potato lebih buat mashed potatoes last weekend)

Si ayam masak lemak cili api kegemaran sang kekasih

Since ini first time memasak mereka... lagi plak dlm bulan puasa yg di haramkan merasa maka hati adalah sikit gundah gulana. Tak cedok pun kuah ke dlm mangkuk (nasib masak dlm periuk hebat). Berkumandang je azan minum air seteguk terus merasa kuah lemak ayam ku. Fuhh.. lega.. lulus! Cukup rasa. Cukup segala. Okay. Syukur alhamdulillah..

Tapi macam byk pulak utk mkn berdua? Errr....

Nak sikit tak?

:p


Ahad, Ogos 07, 2011

7th Ramadhan 2011

Setelah dua hari ke'busy'an sampai lupa nak snap juadah berbuka, now sila tatap kembali. Menu yg biasa2 je. Yg sekadar menghilang rasa lapar saje. Tapi bak kata emak "Kalau bg org yg susah, takde benda nak mkn, ini pun dah paling besar rahmat". Kan?

Terung sambal (signature dish mak)

Udang goreng kunyit (signature dish mak gak)

Masak asam ikan pari

Ikan goreng



As usual no kueh mueh whatsoever. Takde tempat nak letak dlm perut dah.

Sekian.

Khamis, Ogos 04, 2011

4th Ramadhan 2011

Malam tadi ketika saya dan emak sedang tidur tetiba handphone mak berbunyi. Rupanya panggilan dari salah sorang cousin mak bagi tahu sorang lagi cousin telah meninggal dunia pukul 10 malam tadi. Takziah saya ucapkan. Saya dapat bayangkan bagaimana perasaan anak2 arwah nak menghadap raya tahun ni. Hmm..

Tengahari tadi juga dpt email dari boss minta saya review artikel. Masak! Book coding pun masih terhegeh2. Sekarang makin susah. Stress selama 10 minit. Buat appointment dgn beliau utk consult esok. Kalau tak mmg takkan faham arahan.

Cerita masak pula. Hari ni saya masak kurma ayam dan sayur kobis tumis udang di makan bersama telur dadar dan sambal belacan. Memang begini kombinasi terbaik makan kurma kat rumah ni. Hehe..

Sayur kobis 

Kurma Ayam

Telur dadar

Sambal belacan

Selamat berbuka semua :D

Rabu, Ogos 03, 2011

3rd Ramadhan 2011

Makan nasi lemak saja masa berbuka puasa tadi. Berbuka pun hanya berdua dgn emak. Saya panaskan juga sotong black pepper yg tak habis semalam. Masak sambal bilis hancur resepi arwah atok (read: nenek sebelah emak) dan rebus telur. Timun takde. Dah busuk dlm peti ais. Esok campak je dlm tong sampah. Seperti biasa air adalah air sirap. Jiran belakang rumah bagi puding caramel. Saya kurang gemar. Emak pun sama. Harus di simpan dlm peti sejuk tunggu sapa2 yg suka datang makan.

3rd-nasi lemak

Sekian.
:p

Ku menunggu

Hari ni saya masak nasi lemak je. Sbb ada balance sambal udang ari ahad. So kasi panas dan up dgn sambal, telor rebus dan timun.

Sekarang nasi dah kering. Tadi masa saya jenguk emak yg sdg mengaji di dpn saya tgk muka dia berkerut. Saya tanya kenapa. Dia jawab bau nasi lemak telah berleluasa serata rumah. Hahahaha...

Sila tabah :p


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Selasa, Ogos 02, 2011

Ramadhan #2 - 02082011

Menu berbuka puasa hari ini..

Ikan kering gelama

Sambal belacan

Siew Pak Choy tumis

Sotong Black Pepper

Masak Asam Ikan Pari



p/s: Practice makes perfect *wink*

Rabu, Januari 12, 2011

Masak lemak kuning~

Mlm tadi tidur mimpi buruk. Hmm.. bangun je sakit belakang. Hampeh.
Lepas breakfast dan selesaikan urusan bayaran bil semua rasa kurang sakit. Jadi pergi bilas baju dan sidai. Tengok meja makan lauk hanya ada sambal bilis. Keluarkan ikan cencaru yg beli semalam terus prepare nak masak lemak kuning.
164325_475239207363_693237363_5692328_1919815_n
Mujur santan masih ada seketul dlm fridge. Selamat! Dah siap semua panggil emak suruh lunch. Burrpp.. kenyang suda. Alhamdulillah…

signature