Memaparkan catatan dengan label Ramadhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ramadhan. Papar semua catatan

Isnin, Ogos 15, 2011

15 Ramadhan 2011

Cepat giler dah sampai 15 ramadhan.. lepas tu.. 20 ramadhan.. lepas tu 30 ramadhan.. haku sedih! T__T

Saya tak update blog sbb sengaja menjauhkan diri dari lappy. Menikmati dunia keliling secara lebih. Berbuka puasa di sana sini. Which secara tak langsung malas or tak kosser nak snap pics bagai. Namun tetap bahagia itu milikku dan milikmu jua. ;p

So today dah Monday. Sepatutnya ke UM jumpa boss tp boss adalah super duper busy. So boss called pagi tadi bgtau tak payah la jumpa dia arini. Cool kan? So thursday ada meeting maka berjumpalah thursday saja. Set!

Di sebabkan itu hari ini saya declare sbg hari bebas. Bebas nak pergi mana pun. Offer terhad hari ini dan esok. Any takers? Ade. Mahunye takde. Maka keluar bersama emak dan makcik ke mana jua mereka pinta.

Menu berbuka? Oh.. apa kata masak ayam masak lemak cili api? Calit! Singgah mydin 18 beli chicken keel sebanyak 5 ketul yg berharga RM8. Beli bahan lain dan sampai je rumah terus gigih memasak. Berasa sgt jimat apabila chicken keel sebyk 5 ketul itu pabila di potong dua maka dpt 10 ketul. Baguih.  Lain kali beli bahagian itu je. Heh!

Pertama kali dlm hidup memasak ayam masak lemak cili api yg rupanya super easy. Pesal sblm ni tak penah mau cuba? Dasar pemalas! Utk temankan si ayam maka gentel begedel daging yg easy juga. Ciss.. kalaulah tahu memasak begini mudah tidakkan pernah mkn di restoran lagi. Cewahhh..


Si begedel daging yg enak
(gara2 ada potato lebih buat mashed potatoes last weekend)

Si ayam masak lemak cili api kegemaran sang kekasih

Since ini first time memasak mereka... lagi plak dlm bulan puasa yg di haramkan merasa maka hati adalah sikit gundah gulana. Tak cedok pun kuah ke dlm mangkuk (nasib masak dlm periuk hebat). Berkumandang je azan minum air seteguk terus merasa kuah lemak ayam ku. Fuhh.. lega.. lulus! Cukup rasa. Cukup segala. Okay. Syukur alhamdulillah..

Tapi macam byk pulak utk mkn berdua? Errr....

Nak sikit tak?

:p


Khamis, Ogos 11, 2011

Random 11 Ramadhan 2011

Wah! Dah 11 ramadhan... bermakna ramadhan akan cepat sangat berlalu. Sedih. T__T

Semalam saya tak sempat nak snap pictures makanan berbuka kami. Sbb masak pun dah lewat. Jadi masa hidang tu dah anytime je nak berbuka. So lupa. Camera pulak dlm handbag so lagi la tak kosser nak ambik bagai. Semalam kami mkn simple je. Ikan kembung masak sambal, sayur bayam dan saya buat cucur sbb mak request. Lauk 2 jenis je. Amazing kan? Well, itu je ada selera. Dah try masak mcm2 jenis tp yg di mkn 2 jenis je caner?? Alhamdulillahh.. keberkatan ramadhan  tahun ni kami perolehi. Syukur.

Semalam jugak saya teman mak beli baju raya dia. Jubah to be exact la. Lately mak dah boleh beli jubah siap. Bermakna dia dah slim down a bit. Saya yg tak slim down lagi ni. Tekanan! Tapi bila lagi tekanan lagi la it goes up up up! So better bersyukur dgn current state and enjoy life more. Itu lebih baik. Kan?

Oh.. saya sambung sikit cerita meeting yg saya attend hari Selasa lepas. Pasal book coding tu. Selain book coding tu diorg suruh saya look for journals yg diorg nak submit article tu. Sambil cari related articles utk diorg jadikan reference. So saya dpt identify beberapa and that day saya present la my findings. Seriau woo.. lagi plak depan my supervisor and the rest of the researchers. Perghh! Risau aku! Tapi mujur... yg saya buat tu mmg ada yg diorg suruh purchase sbb very important. Fuhh.. selamat. Sebelum attend meeting tu punyela saya berdoa dipermudahkan urusan. Lupa pulak nak cerita. Sejam sebelum meeting tu saya duduk kat sitting area fakulti tu. Dok semak artikel kot ada yg tertinggal ke ape. Tetiba dtg sorg budak lelaki. Mintak tlg kat saya convertkan file 'word' dia ke 'pdf'. Dia nak antar tesis tp kena convert dulu. Nasib baik saya ada converter tu mmg dah install dlm lappy. So dptlah menolong. Lepas budak tu pergi saya doa dlm hati "Ya Allah, saya dah tolong budak tu, tolong lah saya permudahkan urusan saya pulak ya". Gituu..

Hari ni saya ada check up kat PPUM nun. Mcm biasa kenalah sediakan mental dan fizikal menghadap tempat tu. Kalau pergi sana tak duduk 4-5 jam bukanlah PPUM namanya. Padahal nak check bp je pun. Eiii.. harap balik nanti jalan tak jem. Amin..

Sambung nantilah...

:p

Ahad, Ogos 07, 2011

7th Ramadhan 2011

Setelah dua hari ke'busy'an sampai lupa nak snap juadah berbuka, now sila tatap kembali. Menu yg biasa2 je. Yg sekadar menghilang rasa lapar saje. Tapi bak kata emak "Kalau bg org yg susah, takde benda nak mkn, ini pun dah paling besar rahmat". Kan?

Terung sambal (signature dish mak)

Udang goreng kunyit (signature dish mak gak)

Masak asam ikan pari

Ikan goreng



As usual no kueh mueh whatsoever. Takde tempat nak letak dlm perut dah.

Sekian.

Jumaat, Ogos 05, 2011

5th Ramadhan 2011

Hari ni nyaris malas update lagi. Hari ni juga takde gambar makanan. Lega la kan?

Kisahnya hari ni saya sibuk sikit. Pagi ke UM jumpa my boss to clarify certain things. Then off to Mydin USJ utk beli brg dapur dan jenguk2 telekung kat sana. Tapi telekung semua pun stok lemau belaka. Kat Mydin juga ada satu insiden yg saya tak jangka berlaku di bulan ramadhan yg mulia ni. Kot si pelaku tu bangsa asing tu boleh la juga ampun. Tapi ni melayu. Astaghfirullahh.. malas nak cerita lebih lanjut sbb mak kata leave them to Allah. Buat baik balasnya baik. Mengguriskan hati org nanti hati kita pun Allah guris sama. So tunai everything sekarang kan. So diam je. Masuk dlm otak. Flush ikut dubur. Pergilah dikau insiden negatif dari tubuh badanku ini. Nyah!

Balik je dari Mydin dah pukul 5 lebih. Nak masak memang tak kosser la mak nyah! Penat la. Lepas tu dpt tahu yg letrik kat rumah ni certain area takde. Tgk kat box depan  takde pulak yg trip ke ape. Call my fiance tanya mengapa dan kenapa. Mujur dia baru je keluar office dan belum jauh lagi perjalanan so dia return ke SA. Setengah jam juga tunggu dia sampai. Jalan sesak gamaknya. Lega tgk dia dah sampai depan gate. Kalau tak bergelap la kami mlm ni. Dia check box kata letrik takde kat kabel. Hanya satu kabel je ada letrik. Lagi dua yilek kepochi. Dia suruh saya call TNB. After 15 minutes diorg pun sampai. Memang betul. Dua fius lagi takde karen. Nasib baik cepat call gak. Tahniah TNB atas servis yg pantas dan sungguh eifsyen sekali. Tak sesia bayo mahal pun kan. Baguihhh...

Hari ni kami berbuka dgn nasi briyani bukhara beli kat Restoran Syed je. Saya bancuhkan si dia air nescafe ais segelas beso. Saya minum air oren. Mak minum air sirap. Mkn bertiga kat depan tv. Habis je mkn dia solat maghrib dan terus balik ke Btg. Jauh lagi perjalanan dia tu. Harap sempat la dia nak terawih.

So itu kisah lima ramadhan. Esok lusa entah macam mana lagi plot kehidupan kami ni.

Nanti cerita lagi ok.

Jaga diri :)

Khamis, Ogos 04, 2011

4th Ramadhan 2011

Malam tadi ketika saya dan emak sedang tidur tetiba handphone mak berbunyi. Rupanya panggilan dari salah sorang cousin mak bagi tahu sorang lagi cousin telah meninggal dunia pukul 10 malam tadi. Takziah saya ucapkan. Saya dapat bayangkan bagaimana perasaan anak2 arwah nak menghadap raya tahun ni. Hmm..

Tengahari tadi juga dpt email dari boss minta saya review artikel. Masak! Book coding pun masih terhegeh2. Sekarang makin susah. Stress selama 10 minit. Buat appointment dgn beliau utk consult esok. Kalau tak mmg takkan faham arahan.

Cerita masak pula. Hari ni saya masak kurma ayam dan sayur kobis tumis udang di makan bersama telur dadar dan sambal belacan. Memang begini kombinasi terbaik makan kurma kat rumah ni. Hehe..

Sayur kobis 

Kurma Ayam

Telur dadar

Sambal belacan

Selamat berbuka semua :D

Rabu, Ogos 03, 2011

3rd Ramadhan 2011

Makan nasi lemak saja masa berbuka puasa tadi. Berbuka pun hanya berdua dgn emak. Saya panaskan juga sotong black pepper yg tak habis semalam. Masak sambal bilis hancur resepi arwah atok (read: nenek sebelah emak) dan rebus telur. Timun takde. Dah busuk dlm peti ais. Esok campak je dlm tong sampah. Seperti biasa air adalah air sirap. Jiran belakang rumah bagi puding caramel. Saya kurang gemar. Emak pun sama. Harus di simpan dlm peti sejuk tunggu sapa2 yg suka datang makan.

3rd-nasi lemak

Sekian.
:p

Selasa, Ogos 02, 2011

Ramadhan #2 - 02082011

Menu berbuka puasa hari ini..

Ikan kering gelama

Sambal belacan

Siew Pak Choy tumis

Sotong Black Pepper

Masak Asam Ikan Pari



p/s: Practice makes perfect *wink*

Isnin, Ogos 01, 2011

Ramadhan yg indah

Weekend yg lepas ni saya pulang ke kg mak di perak tu. Kali ni tunang saya ikut sekali sbb atok saudara saya yg dah pindah ke sitiawan nak jumpa. Beliau dah uzur dan mungkin tak dpt hadir ke wedding saya nanti. So sbg yg muda kita pergi ziarah yg tua. Ni first time si dia ke kg saya tu. Haha..kena lintas dgn kucing ye. Tu tanda org baik la tu :p

Letih berjalan sampai malam je tidor awal. Siang pulak ke sana sini. Sempat singgah rumah saudara mara lain utk titip wang zakat. Makcik saya la berzakat.

Harap2 kamu tak serik ya wahai tunang saya.. :p

Bangga dgn kamu :)


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Jumaat, Ogos 21, 2009

93. Ramadhan datang lagi

Salam everyone..

Ramadhan datang lagi. Keluarga di barzakh pulang lagi. Selamat pulang atok, atok putih, pak alang dan semua keluarga saya.

Saya harap ramadhan kali ini penuh barkah utk saya dan keluarga. Dengan terbukanya pintu syurga dan makbul saya harap semua impian dan harapan kami tercapai. Semoga mak abah saya dapat mengecapi bahagia seperti sepatutnya. Utk diri saya juga. Begitulah.

Utk anda?

Selamat beribadah di bulan ramadhan ya.

p/s: Segala entri geram dan negatif akan cuba dielakkan. Insyaallah.